edDy sYrOl

Friday, July 15, 2011

membebel petang jumaat

gambar hiasan saje


Assalamualaikum... brapa hari dah tak buat entry panjang meraban?banyak hari dah kan..huhuhu... hari ini hari jumaat. mungkin ada yang masih ingat bila aku ada buat beberapa entry tentang pandangan aku pada sesuatu perkara di hari jumaat ni.. lihat SINI ataupun di SINI .

Both entry tersebut aku buat sebab tiba2 muncul ilham di hari jumaat. ye lah, kita ni biasa banyak berfikir bila kita banyak meemrhatikan sesuatu. but make sure sesuatu yang kita fikir itu biarlah berfaedah dan tak merapu bagai.

sebelum aku nak share perjalanan hidup aku harini, tema khutbah jumaat harini ialah tentang SABAR. itu adalah intipati utama dalam khutbah kali ini. itu just pembuka kata je lah ye...kat tpt korang ape lak tema dia?

harini sebenarnya aku agak busy gak. duduk sorang2 kan sebab yang lain semua khoje. so, aku apa lagi mencuci baju lah sebab dah beberapa hari dah tak cuci baju.banyak siot. awal2 pagi aku dah rendam baju tu sebab aku nak cuci lepas hantar akak aku gi sekolah. dah beres hal kakak aku, dalam perjalanan aku nyanyi lagi lagu najwa latif CINTA MUKA BUKU (korang mampoo?) hehehe... so sesampainyer aku kat rumah, aku apa lagi bersarapan pagi lah. sebab td habis je aku nyanyi lagu CINTA MUKA BUKU, aku menyempat lah singgah sat dekat gerai tepi jalan. katenyer nak beli nasi lemak, takdok...!! sempat lagi aku marah akak jual tu (dalam hati je) kenapa cepat sangat habis nasi lemak dia yang murah tp sedap tu. so aku beli mee goreng sajork. habis dah kenyang aku dengan pantasnya membasuh baju (guna tangan ok, mesin rosak :( uwaaa) itu pun setelah aku puas hati tengok citer JUVANA yang aku download. tu pun ada lagi aku belum habis download. sape ada full dr episod 1 - terbaru?lau ade sound2 aku k.

sebelum g keje abg aku ada pesan belikan ikan masin liking (ikan masin istimewa di sini) untuk pengarah dia. pengarah dia nak balik KL petang ni. so habis je membasuh aku mandi dan pecut ke pekan. terget leh kirimkan ikan masin tu (kirim guna teksi p town) sampai dlm tengah hari dkt tangan pengarah tu. jumpa makcik ikan masin aku senyum sambil tenyeh2 ikan masin dia. then aku senyum lagi. maka, berlakulah sesi tawar menawar harga. aku nak gak beli ikan masin yang tebal (takmo yang nipis walaupun murah) sebab tu pesanan abg aku. beli dua ketul, dua2 ekor, satu yang ada cili satu takde cili. pok pek pok pek, akhirnya harga semua RM33.00, lari dari budget yang abang aku bagi. so, aku plan nak claim balik dekat abg aku RM3.00 (kedekot aku kan?). ala, bukan untuk aku, untuk pengarah abg aku.

settle benda tu, aku pecut amik abg aku dari sekolah (abg aku number dua). jauh giler sekolah dia mengajar. so aku dengan pemanduan yang agak slow dari biasa, aku nyanyi lagi lagu CINTA MUKA BUKU walaupun hot.fm tgh on. syukur la aku tak lelaju, sebab dalam pertengahan jalan ada abang2 polis traffic (dan sorang akak polis) tengah buat road block. maka aku macam lipas kudung tarik2 seat belt dengan sepantas mungkin. berjaya! (tak sangkut cam biasa). sambil aku menghabiskan nyanyian aku CINTA MUKA BUKU, aku buka je lah tingkap siap2 then senyum bila dah betul2 dekat abg polis tu. kire nak borak2 jap (bongok punya idea) tapi abg polis ni takde lah tanya apa2 kan, dia just tgk kereta aku pandu dr depan ke belakang, then jalan. kirenya aku nak tunjukkan lesen dengan dia (nak tunjuk pic aku kat lesen yang emsem (~_~) lol ) tp dia tak minta. malah dia suh aku gerak. so aku gerak sambil lalalalalala.

dari amik abg aku, kami direct gi masjid. sampai d masjid aku rasa nak terkucil. haishhh..tandas hancing.. memang depa tak basuh ke hape. ke ada yang makan benda tak bagus sampai kencing bau hancing.. eh...bukan memang kencing bau cenggitu ke? lalala... selesai..!! aku gerak nak mengambil wudhu, tetiba ada bising2.. lorr..rupanya ada penunggang motor gaduh ngan penjaga masjid. dari pergaduhan drg tu (yang aku tak tau mula dia) aku dpt tangkap yang penjaga tu larang motor parking kat laluan kereta tu (even motor2 tu parking separuh dr jalan je). so berlaku lah perang mulut blah3x... tua2 lak tu nak gaduh. kat masjid pun nak gaduh.hari mulia ni..

aku amik wudhu awal dari biasa. so masuk masjid duduk tunggu azan pertama sambil tengok persekitaran masjid. aisehmen.... jam digital mati lah kat masjid ni. aku noticed dah lama dah, rupanya depa tak bagi baiki lagi..hey..kan tabung masjid ada, tak guna ke?macam2 lah dorang... so aku tundukkan kepala tanak dah tengok benda2, kang ade lagi yang aku mengomel (dalam hati).

harini hari yang agak main ke sana ke mari je. takpe....best gak kan... kenyang je makan tengah hari ( aku tapau saje), trus aku layan juvana lagi, yang baru aku download. eh tapi, ada yang terpotong2 la yang aku download. sape ade tau link yang leh aku download penuh kat youtube?sape tahu bglah aku tahu, nanti aku sayang kat korang lebih (sila muntah hijo).

kereta tempatan yang aku pandu dah bersih petang ni, aku dah lap2 dia dengan air mutlak.esok exam, haih....nebes lak...buat tenang sudah la kan...doakan aku.. (~_~)

p/s : petang2 membebel... (~_~)

3 comments:

ieza ashaari said...

Betul2 berjalan sakan tue.. hihi.. banyak sangatlah link juvana tue..

try yg nie..
Juvana

jom tgk tutorial lipat baju..org laki nie kdg tau pakai bju jer.. huhu..
Tutorial lipat-melipat

eddy syrol said...

tq izfanora :)

::FAIZ:: said...

wah model2 lah. hehe