edDy sYrOl

Saturday, July 23, 2011

syukur + impian + hidup


manusia memang ditakdirkan untuk hidup dengan pelbagai impian. impian yang sinonim dengan apa yang dinamakan dengan mimpi. bermula dengan satu angan2, kemudian menjadi satu mimpi dalam igauan, lantas menjadi satu impian. kalau hatinya besar, maka ia akan menjadi satu matlamat hidup. moga kita menjadi manusia yang mengimpikan sesuatu yang baik2 saja... amin ya Rob...

aku juga ada impian. besar impian aku. luas seluas bumi dan segala isi cakrawala. sedalam 7 petala langit dan lapisan bumi. mungkin tidak terbatas. memang begitu kan sikap manusia, mana pernah mengenal erti keterbatasan dalam menanam impian. kalau satu dah tercapai, akan wujud lagi yang baru, lagi dan lagi dan lagi. impian aku paling utama, ingin membuatkan ibu ayah bangga dengan aku. siapalah aku tanpa keduanya. Allah mengizinkan mereka berdua menjadi asbab kelahiran aku di muka bumi ini. jadi, sebagai insan yang mahu membalas jasa, bukankah itu yang paling kita idam2kan sebagai seorang anak. biarlah apa org kata, mencaci ataupun mencerca, yang penting ibu bapa masih mahu menjadikan kita modal kebanggaan mereka..CUKUP!! kalau kita mahu memikirkan kata2 orang lain, siapa mereka yang mengetahui susah jerih dan payah hidup ibu bapa kita,dan diri kita sendiri. maka, abaikan saja..

aku bersyukur, hidup di persekitaran yang mudah dekat dengan siapa sahaja. ntah la, bagi aku aku mudah dekat dgn siapa saja, walaupun pernah ada melabelkan aku sombong atas dasar mereka tidak kenal siapa aku. tp, bila sdh kenal, ya this is who i am... aku juga diizinkan Allah untuk bertemu dengan insan-insan yang begitu ambil berat dengan aku. kadang2 aku terfikir, siapa aku dalam hidup orang lain sehinggakan ada yang sanggup mengambil berat tiap inci hidup aku. tapi bila ada yang mengatakan yang tindakan yang dilakukan adalah kerana Allah, aku jadi luluh.hati tambah parah. sebab segala budi yang ditabur adalah menjadi tanggung jawab aku untuk membalas. walaupun tidak pernah secalit pun terluah sebutir kata meminta balas,tapi itu tanggung jawab aku. apa yang terlintas di fikiran aku kini, mahu membuat sesuatu yang membanggakan utk insan ini. doa.................dipanjatkan buat Sang Pencipta agar aku di murahkan rezki dan di permudahkan jalan untuk menggembirakan hati orang lain. apa lagi yang aku mampu lakukan sebagai seorang hamba Allah yang sangat lemah dan tidak punya apa2.

aku yakin, dalam hidup ini semua orang mahu jadi yang hebat. inginkan sesuatu yang hebat2.dan ingin diri mereka di pandang hebat. aku juga ada merasakan hal seumpama itu. tapi, pada satu hari (malam), waktu aku sdg bersiap2 untuk ke suatu tempat pada keesokan harinya, aku selak almari baju. hah?!!!! baru perasan yang aku dah tak memiliki baju yang HEBAT untuk aku pakai esok. aku cuma ada seluar slack yang cantik. selain itu tidak ada lagi yang HEBAT, kasut aku yang HEBAT juga sudah tiada. hilang..... aku terduduk seketika, dan berfikir macam mana aku nak tampil dalam keadaan HEBAT esok??? setelah lama berfikir, aku rasa mcm kepala aku dan dinding hati aku di ketuk oleh satu kesedaran.. ya..satu kesedaran, di mana aku sepatutnya tidak memikirkan sesuatu yang bersifat HEBAT. aku sepatutnya pandang cermin terlebih dahulu, dan tunjuk pada cermin itu kenapa aku harus kelihatan HEBAT sedangkan kau tak layak pun untuk jadi HEBAT.kau tak rasa baju yang ada tu hebat?sedangkan ada lagi yang tengah bermati-matian utk memiliki baju seperti kau.kasut HEBAT kau hilang?itu salah kau dan kau patut mencari jalan agar esok kau ada kasut.dan itu salah kau sebab kau nak jadi HEBAT esok...bukan HEBAT yang kau perlu tampilkan, tapi cukup dengan menampilkan siapa sebenarnya diri kau.selesa dengan siapa sebenarnya diri kau. jadilah diri kau yang sebenar, maka esok akan jadi baik2 saja.... maka, pada keesokan harinya aku masih rasa HEBAT tetapi dengan menjadi diri aku sendiri.... dengan apa yang aku ada... buat pertama kali aku rasa melakukan sesuatu yang paling paling paling benar....



impian itu adalah lumrah kita, kita sebagai manusia... impian paling besar adalah impian terhadap sesiapa yang kita sayangi di dunia ini.moga kita dapat berpimpin tangan dengan mereka di syurga kelak...aminn ya Rob.... bersyukurlah kerana Allah selalu tunjukkan kasih sayangnya melalui pelbagai kejadian yang selalunya tanpa kita sedari sedikit pun. maka setiap hari kita perlu bersyukur. hidup sememangnya sukar buat manusia, sebab itu hidup ini sering di umpamakan sebagai perjuangan.malah, akan bertambah susah bagi mereka yang besar keinginannya. berjuanglah asalkan ianya masih baik untuk kamu.

sebagai mana manusia yang lain, tiada pernah aku terlepas dari menitiskan syahdunya air mata.tiada pernah aku terlupa selalu meminta-minta pada-Nya. selalu aku merayu meminta belas agar aku terus menjadi si perayu rindu, rindu pada yang aku cinta atas rasa cinta pada Yang Maha Memiliki Cinta,menjadi si penghibur kepada hidup org yang ingin aku gembirakan atas rasa tanggungjawabku sebagai manusia... izinkan aku...izinkan aku...izinkan aku...

p/s : andai hidup ini sukar, maka itu memang pilihan kita.andai hidup itu senang,kerana itu apa yang telah diberikan-Nya... (~_~)

5 comments:

Mesin Taipku said...

syukur dengan kehidupan yang di penuhi byk impian....

d^_^b

hawiz said...

insyaALLAH...moga2 tercapai segala impian ko....amin...entry yg pnjg giler..jenuh nk bace..haahaa

Hans Hanis said...

insyaallah
Allah tidak akan menguji makhluknya dengan ujian yang mereka tidak boleh hadapi
:-)

Filem Hantu Bonceng

ieza ashaari said...

syukur itu kadang lebih sukar dari sabar..

moga Allah berikan apa yang terbaik utk kita..

Lya Amie said...

moga stiap impian , angan2 n hrapan mjadi knyataan