bila kita fikirkan semula, hidup ini bukan semudah memetik jari. bukan as simple as main farm town. dan tidak juga senang macam masak mee segera. hidup ni sukar. sangat complicated.
hidup kita hanya kita yang tahu (juga Allah swt yang Maha Mengetahui). selain itu, orang lain, keluarga,sahabat, kekasih hati, tidak.....mereka takkan tahu hidup kamu. sebab itulah, mudah untuk orang judge kamu macam2. mereka akan cakap kamu adalah A, kamu adalah B dan mungkin abjad2 yang lain. kamu sedih, marah atau kecewa bila ada yang katakan kamu begitu? pasti...... tapi kamu yang tahu hidup kamu.
semua orang ada pengalaman lalu. bukan mudah kita ingin melupkan pengalaman lalu. bukan mudah untuk melupakan yang kamu pernah jadi bahan ejekan rakan2 di sekolah. bukan mudah untuk melupakan yang kamu pernah disepak oleh guru akibat kesalahan orang lain. bukan mudah untuk melupakan yang kamu pernah naik pentas terima hadiah tanpa kehadiran ibu bapa. bukan mudah juga untuk kamu melupakan yang dulu ada seseorang yang pernah melukakan hati kamu. semua ini bukan mudah untuk dilupuskan, semudah kita melupuskan folder tidak berguna dari komputer.
mungkin ada orang yang berharap kamu akan tunaikan apa yang dia inginkan. dan mungkin kamu menjadi manusia yang dia rasa akan mampu fulfill the need. dan bila kamu kata tidak boleh, dia kecewa dan merasakan tidak mampu berbuat apa2 lagi. adakah kamu bersalah kerana hal ini?kamu bukan sengaja dan kamu juga bukan jenis yang mahu membuatkan orang lain kecewa. kalau boleh kamu mahu menjadi manusia yang boleh menggembirakan semua orang. biarlah andai kamu sebatang lilin,akhirnya kamu akan cair lebur dan tidak digunakan lagi. tapi.... kamu juga pasti ada hidup sendiri, yang kamu rasa perlu untuk decide arah tujunya. bukan niat kamu untuk kecewakan dia..bukan... sumpah bukan.... tapi oleh kerana dia bukan berada dlm situasi kamu, maka dia tidak mampu faham dengan jelas.sabarlah, kamu sudah berusaha.
tetapkan lah matlamat kamu. kamu bukanlah teruk sangat pun. bukankah sudah banyak yang berlaku dalam hidup kamu, selama ini kamu masih mampu jalani semuanya. takkan bila tiba hari2 sukar seumpamanya, kini kamu mahu mengalah. kembalikan roh kekuatan kamu yang dulu. kamu tau tidak, hidup manusia ini cuma singkat. ibarat jangka waktu antara azan dan iqamah, begitulah singkat hidup kamu. jadi dalam waktu yang singkat ini, apa kata kamu pergunakan sepenuhnya. jangan kamu biarkan perkara negatif sekat diri kamu. kamu kena pandang warna putih, dan lupakan hidup yang gelap. seperti kamu memiliki pen berwarna hitam, ada kertas berwarna putih dan hitam di meja. adakah kamu perlu memilih kertas warna hitam? pilihlah kertas berwarna putih, biar nanti kamu boleh banyak menulis. lalu banyak perkara baik mendatang.
hey kamu...! pandanglah kehadapan. mungkin masa itu belum sampai lagi. satu hari nanti masa kamu akan sampai juga. dan, hanya kamu yang mampu untuk fahami diri kamu. bukan orang lain.
kamu.............. panggil aku eddy =.=
6 comments:
mcm entry nk bgkitkan smgt jer.. ada masalah atau org tak cukup berpuas hati dengan apa yg dah dikorbankan?
sabarlah. Dia Maha Mengetahui dan Maha Mendengar.. :)
tq ya...N3 yg cukup bagus...
welcome ladyzul
dan aq x kan lupa masa skolah.. aq slalu kena buli dengan budak2 kelas aq... :(
sbb aq ni kan kecik.. pastu skema...
sob sob sob
sungguh bermakna entry ni..=)
gunakan pen hitam itu sebaik mungkin :D
Post a Comment