edDy sYrOl

Saturday, September 24, 2011

Eddy Interview Retis : Hizami kata Daniel adie ....

bertemu lagi kita u'ols dalam segmen temu bual eddy bersama personaliti laman blog. harap untuk temu bual yang lepas-lepas, korang dapatlah perkongsian idea dari para bloggers yang memang tegar dalam menulis blog.

baiklah, sekarang aku nak menampilkan seorang Hizami Li @ Hizami Rahim untuk korang semua. wah.............! (aku nampak ramai cikaro2 datang dekat skrin laptop sampai melekat muka..grrrr). mari kita sama-sama ikuti temu bual bersama Hizami.

1. Apa Hizami suka dengan blogging?

Hizami : paling suka dengan blogging sebab kita boleh create satu watak yang mungkin bertentangan dengan peribadi sebenar, sebagai contoh, dalam real life, zami tak peramah sangat macam kat dalam blog bukan sombong tapi zami ni jenis pemalu sikit. so, secara tak langsung perasaan malu tu lama-lama hilang dan zami terjadi macam watak tu pulak..haha..mesti tak faham kan ?

eddy : =.=

2. hizami ada masa yg flexible ke untuk ber-blogging?atau kena set masa2 tertentu untuk buat sesebuah entry dan BW?

Hizami : zami ade masa-masa yang tertentu untuk update blog, tapi kadang-kadang zami tak ikut jugak masa-masa tu sebab kadang-kadang masa taip entry tu, rasa macam teruk sangat entry tu. so, ikut kecurahan idea tu. kalau mencurah macam air terjun, mmg laju la update.

3. soalan lebih santai, selain blogging, apa aktiviti masa lapang hizami?

Hizami : wayang & karaoke & gym. baru je start pergi gym. bila pergi gym tu, rasa sihat je sebab peluh keluar banyak sangat.

4. penting tak follower blog bagi hizami?

Hizami : antara penting dan tak penting sebab ada blog yang tak bergantung kat follower, ada blog yang bergantung kat follower. contoh blog yang tak bergantung kat follower ialah blog-blog yang penuh dgn berita2 panas gosip-gosip artis dan sebagainya. sebab blog-blog macam tu lebih kepada enjin carian macam apa yang orang google. terus ke blog-blog macam tu, so blog-blog macam tu tak penting sangat follower ni. tapi kalau blog-blog yang personal tentang apa yang kita buat sehari-hari, kira penting la jugak followers ni sebab kalau kita ada masalah ke, kita nak tanya pendapat ke, kita nak minta tolong ke, followers la yang dapat memenuhi semua tu.


ini dia Hizami

5. hizami kelihatan sangat menjaga hubungan baik dengan bloggers lain.komen sikit.

Hizami : alamak...!kadang-kadang tak terjaga juga. zami dah jarang pergi blog-blog dorang yang rajin komen kat blog zami, sebab zami busy dengan benda lain. tapi seeloknya hubungan ni memang kena jaga tak kira la secara hujung jari atau bersua muka. seboleh-bolehnya jaga la dgn baik. zami ada bloggers yang dah jadi kawan-kawan baik. i mean, sebab blog la kitorang kenal jumpa and then berkawan. sangat best!

6. komen sikit tentang rakan anda daniel adie. :)

Hizami : daniel adie ? kalau ada yang tak tahu zami satu sekolah menengah dengan daniel adie, so, kitorang memang rapat masa kat sekolah tu. dia sangat kreatif, dia sangat rajin, tepat pada masa dan janji, seorang yang kemas, pandai bergaya, rajin tolong orang yang memerlukan, tidak mementingkan diri. wah..! puji je semua ni.. (hehehehe)


:)


hizami dan bloggers feymes

7. blogger biasanya sukakan BW, hizami sendiri suka BW dekat blog yang macam mana?boleh bagi contoh?

Hizami : zami ikut mood kalau nak blogwalking. selalu zami blogwalking blog-blog yang rajin komen kat blog zami. kadang-kadang zami pergi kat group blogger kat facebook, blogwalking kat situ. ikut nasib la blog siapa zami terblogwalking..haha (aku punye? kata ES dlm hati =.= )

anyway, blogwalking merupakan salah satu cara yang baik untuk mendapatkan kawan blogger. kalau kita selalu blogwalking dan tinggalkan komen kat blog org tu, for sure blogger tu ingat kita.

8. siapa hizami li untuk 5 tahun akan datang?

Hizami : sah sah la jadi cikgu sekolah..haha...mungkin masa tu blog zami dah berubah, takde la macam budak-budak lagi. mungkin perkataan "budak" tu akan dibuang. tinggal "lelaki sebelah pintu" je..haha...!

9. satu perkara yang orang tak tahu tentang hizami li?

Hizami : mana boleh bagitahu ? nanti dorang jadi dah tahu..haha..! okay-okey

eddy : grrrr

Hizami : mungkin...zami pernah wakil negeri melaka untuk pesta pantun peringkat kebangsaan tahun 2005..dah tahu ke ?

dulu aku ingat kaw ni model!

10. akhir sekali, ucapan untuk follower hizami dan juga utk readers aku&hidup.silakan

Hizami : terima kasih sebab sudi baca blog budak lelaki sebelah pintu yang entah apa-apa.

memang kurang faedah kalau baca blog zami ni, sebab kalau nak lebih faedah sila pergi perpustakaan sebab situ sah sah la banyak ilmu pengetahuan...haha...! dan untuk readers aku & hidup, jadikan blog sebagai kawan. sekian.

hah..! dah tamat temu bual aku dengan Hizami li. banyak yang dapat kita kongsi dengan beliau kan kan kan? so untuk readers semua, bolehlah click gambar yang telah aku songlap melalui official FB Hizami. jangan marah ye Zami. gambar-gambar kaw smart2 belaka. jumpa lagi dengan wartawan ES bersama personaliti yang akan datang. jeongmal gamsahabnida. dasi mannaseo..!

p/s : hati aku tgh rungsing ni... tak tau ngape wase camni =.='

23 comments:

hyz said...

wahhh ala2 wartawan.....

Hizami Rahim said...

:D

Hizami Rahim said...

:D

hyz said...

incik eddy mo temubual sy plak? perghhh rasa cam retis plak.. heheh buley......

Fiq Fikri said...

naseb baik xde kotrobasi ahhaah

DanieL AdiE said...

Aduhai...terharu dgn pujian zami..

Nak puji zami gak la. Zami hensem wooo..erk...mcm sume mmg tauu
je zami hensem kn?

ila said...

memang ske bce blog budak lelaki sbla pintu..
n3 dye sempoii je..
daniel adi pon best gk

eszyamin said...

kelas...so lps ni jd lah reporter tegar..hahah..mampu tak nk temuramah aku?? hahaha..

Mra Mastura said...

wooooo

Zul Fattah said...

ko dah jd wartawan retis ke? haha.. sengal.. tp memang bagus jugak r, dapat r org knal dgan blogger lbih dlam lg.

meaw said...

lepas daniel adie,hizami lak...dari kita tatau kita jadi tau...tengs yawwww...



p/s: cerita abang english tu best!

alif ismail said...

ek...segmen ape ni ala2 artis nih????

hawiz said...

hehe...artis tol..

Reen said...

tu diaaa. mcm wartawan melodi dah. hehe :P

Eyra. said...

Dah lama follow blog Hizami ni :D

aydah ahmad said...

aydah like dis . hoho ! err , tnyee laa lagi kat dye ! i like hizami ;)
#kby

Noorsha Muhamad said...

camtu ke alkisahnyer..haha..

Edy Fee said...

model type!
hurmmm byk gak soklan dia tanye....hehe mcm formal betul

mr.syazwan said...

retis2

tpi xde soalan panas sgt

hahaha

Finaz Jaafar said...

kelesssss kauu kan..urmm hizami dengan daniel adie ni ada aura tersendiri la..hihi

adrinaqamarina said...

hai~ saya datang dari blog zami~

::FAIZ FARISH:: said...

ala2 komen retis gituw hehe

iksharizan said...

nak jugek =="