edDy sYrOl

Tuesday, September 20, 2011

Eddy Interview Retis : Yazidy tak suka pura-pura

apa khabar semua? bertemu kita semula setelah lama segmen ini menyepi. seperti sebelumnya, ceq nak bagitahu yang segmen ni merupakan temu bual ceq dengan personaliti2 blog. alhamdulillah, most of them yang aku temu bual merupakan blogger. InsyaAllah ceq akan cuba untuk temubual personaliti2 lain, yang mungkin tak terlibat dalam dunia blog. mungkin dunia lain (bunian ke?).

baiklah, harini Eddy Syrol akan menampilkan seorang Yazidy untuk anda. mari sama-sama baca temu bual ES dengan hencek Yazidy.

1. Apa yang Yazidy suka sangat dengan blogging?

Yazidy : Ermm... dapat luahkan perasaan kot. sebab kadang-kadang ada yang terbuku di dalam hati, dan facebook tak sesuai dijadikan media.

2. yazid ada kerja tetap bukan? adakah yazid perlu set masa tertentu untuk blogging dan buat sesebuah entry?

Yazidy : Ya..semestinya...Sebab kerja kat ofis ni tak menentu. Bila-bila masa je orang boleh suruh buat kerja. So bila ada masa terluang dan ada idea, baru boleh update entry. Kalau takde masa, selepas waktu kerja baru boleh update.

3. pernah tidak yazid terfikir untuk menjadi blogger sepenuh masa?

Yazidy : setakat ini belum terfikir lagi.

4. Selain blogging, apa aktiviti masa lapang Yazidy?

Yazidy : Paling suka melukis dan menyanyi (ketawa)

5. Yazid tidak terfikir untuk serious dalam bidang melukis?

Yazidy :
Dulu yazid pernah lukis komik yang agak panjang, tapi bila dah sampai kat muka surat 30, dah malas nak sambung. Akhirnya komik tu terbengkalai je. Komik tu untuk bacaan kawan2.. So diorg marah sbb komik tu tak habis.

ini dia Yazid Yahya @ yazidy

6. yazid rasa penting tak followers blog?

Yazidy : Followers penting, jika followers tu adalah returning visitors. Kalau followers yang datang blog kita sekali jer, follow, lepas tu dah takde datang lagi dah, tak guna gak. So followers penting tapi bukan dari segi jumlah. Sebab tu yazid tak kisah followers tak ramai.. Sebab yazid tau followers yazid tu ramai gak yang merupakan returning visitors.

7. semua blogger suka BW, blog yang macam mana menjadi pilihan yazid? boleh bagi contoh?

Yazidy : Ok, yazid suka blog yang simple.. Simple dari segi design dia. Dan yazid lebih suka blog personal berbanding blog info. Suka baca cerita pasal orang lain.. Lagi-lagi kalau blogger tu pandai dan kreatif dalam penulisannya. So kita terhibur bila baca entry dia, even entry dia hanya berkisarkan pasal kuih sarang semut.

8. suka tak isu-isu tentang artis?

Yazidy : Suka juga la, tp tak sangat..

yazidy pandai melukis. ko mampu?

9. apa yang orang tak tahu mengenai yazid yahya? :)

Yazidy : **^*^**^ .. opsss..jangan tulis tu (gurauan censored).

ES : hehehehe

Yazidy : Yazid suka kopek kuku kaki sampai tercabut dan berdarah... Sebab tu kuku kaki yazid tak cantik

ES : erkkk (terkedu)

10.
akhir sekali, ucapan yazid buat semua followers yazid dan juga readers blog aku&hidup. silakan

Yazidy :
Ucapan... Emmm. Ok, yazid harap semua bloggers, tak kira la followers yazid atau followers blog eddy dapat 'be true to themselves'. Tu je, tak perlu berpura-pura.


begitulah berakhirnya temu bual bersama Yazid yahya @yazidy. jadi, untuk korang2 semua, bolehlah click mana-mana pics di atas untuk terus ke laman blog hencek yazidy kita ni ya. dia seorang yang cukup kreatif. malah boleh dikatakan suka hal-hal yang kreatif lah juga. jumpa lagi bersama personaliti seterusnya. dangsin-eul dasi chamjohasibsio.

p/s : terima kasih untuk semua yang sudi untuk di temu bual. siapa2 lagi yang sudi, boleh emailkan kepada ES di eddy86bloke@gmail.com (~_~)

14 comments:

Anum said...

suka soalan dan jawapan yang pertama

eddy syrol said...

terima kasih anum (~_~)

yazidy said...

huhu.. malulaaaaa.. aku bukan retis.. tp thanks bebanyak yer.. terharu~~~

Kaki Wayang said...

Menunggu WARTAWAN ES untuk di temu bowalll

zieta said...

knp yazid nampak chubby dlm gmbr nie...kakakakakaka=P

Azham Vosovic said...

sy setuju pasl returning followers tu.. walaupun sy pounya x byk, tp sy bersyukur dgn apa yg sy ada...

Un Phat Lee said...

nak gak.haha

Mohd Khairi Khadzir said...

hoho... hebat! jwpn pun sgt sedap didengar heee

yazidy said...

ita : mane de chubby laa.. huhu.. sbb pic tu dh diedit kot..

Nor said...

betul kata Yazid tu..kalau follower tu ramai kalau setakat datang sekali pastu tak dtg2 dah dan tinggalkan apa2 komen..memang tu tak memberi makna. Saya suka kalau follower sikit..tapi yg sikit tu selalu dtg dan tinggalkan komen..terasa cerita kita org baca..betul tak?

blog-tips-kurus said...

saye bw jumpa blog Yazidy then dtg blog ni. beliau memang kreatif le. kim slm le kat beliau yek. (>.<)

hawiz said...

ramai artis kt blog ni.......

Eyra. said...

Bole jd interviewer berjaya ni :D

Zam Ijam said...

abg Eddy , ni kalao tajam kan lg soklan2 ni , buleh ganti michelle o zwan kat melodi? *erkkk