Assalamualaikum
good morning peeps...
good morning peeps...
pe habaq hangpa? harini consider raya ke-6 bukan? sunday blues. harini masih ada lagi rakan2 yang buat open house, aku yakin itu. so, di hari cuti2 weekend ni, tak salah gamaknya korang mengunjungi mana2 rumah terbuka. best ape rumah terbuka.makan2 free. minum2 free. borak2 dengan member2 lama dan kenal org baru.
entry kali ni nak fokus kepada peminat alam maya (internet lor). tak kisah lah facebookers ke, tweeters ke, waimah bloggers sekali pun. masih kita ingat pada tanggal 1 Ramadhan lepas, kurang lebih 95% status/entry di FB/tweet/blog adalah penuh kesedaran,kesucian,keimanan,keinsafan, dan macam2 lagilah hal2 positif menghiasi laman sesawang ni. sampaikan kita yang membaca akan merasakan kesedaran yang tidak ada taranya. membuatkan kita celik mata dan nak sama2 menyertai orang2 yang hebat ini menuju ke arah kebaikan.
habis sahaja bulan ramadhan, hambekkk ko..!! mencarut, memaki,mengeji,menghina,menyentap,membogelkan (istilah debaters) dan macam2 lagilah hal2 negatif yang muncul. malah pada 1 syawal haritu, aku dah start buka FB, memang dah ada sorang rakan ni mula mencarut itu dan ini. maka, kecarutan ini berjangkitlah kepada seluruh umat manusia ketika itu. masing2 berlumba-lumba untuk mencarut.
apa kes ni bhai? waktu bulan puasa bukan main lagi sikap di jaga, pertuturan serta penulisan..semua nak dijaga. habis saja bulan puasa, semua hal yang di jaga tu hilang entah ke mana. adakah doktrin pemikiran kita memang telah di tetapkan "fine!bulan puasa saja kena jaga tingkah laku, habis puasa...... tett tett.." silap siapa?
1. silap diri sendiri : sebab puasa di anggap bulan menjaga tingkah laku dan mind set dah anggap hanya bulan puasa saja kena jaga tingah laku.
2. silap kau!! : sebab kau tak nak mendalami erti latihan di bulan puasa.bulan puasa ni untuk kita latih diri kita berbuat kebaikan, dan kebaikan itu perlu di teruskan walaupun dah habis puasa.
3. silap ilmu kau!! : sebab kau tak mengamalkan ilmu yang kau ada sepenuhnya.maka, kau buat sesuatu hal pun separuh jalan.cthnya, buat baik just pada bulan puasa saja. tu kerja separuh jalan tu.
so, jgn salahkan siapa2. salahkan saja diri sendiri yang membenarkan diri anda sendiri untuk melakukan hal2 yang tidak baik.jgn salahkan pengaruh kawan, sebab sebagai manusia yang sudah dewasa, anda boleh membuat pertimbangan sama ada memilih untuk melakukan hal yang mendatangkan kebaikan, atau pun nak pilih hal yang akan mendatangkan kemudaratan.
p/s : just peringatan untuk diri sendiri jugekkkk (~_~)
2 comments:
AgreeD!
tahu tak apa..
try bace entry gua yg nie..ada kene mengena gak dgn entry lu..
http://kimheerulstory.blogspot.com/2011/09/tahu-la-bulan-puasa-dah-lepas.html
Post a Comment