edDy sYrOl

Thursday, September 1, 2011

Merdeka dari penjajah, tapi ....


buat seluruh warga malaysia, selamat menyambut hari kemerdekaat yang ke-54. wah, dah 54 tahun usia MALAYSIA MERDEKA. kalau ikutkan perkhidmatan kakitangan kerajaan, tinggal beberapa tahun lagi nak pencen. kalaulah aku dah berusia 54 tahun, for sure waktu tu aku ada cucu dah. kematangan fikiran pun dah di tahap maksimum.

tapi adakah kita dah merdeka sepenuhnya? selalu kita ditanyakan tentang "apakah maksud merdeka?" lalu dengan mudah kita akan merujuk kamus dewan bahasa dan pustaka iaitu bebas daripada penjajah (lebih kurang, nak lagi tepat rujuk kamus dewan). maka, doktrin di kepala kita dengan secara automatic akan menyatakan maksud seumpama itu. tapi, syukurlah ada juga yang mampu untuk mencerna minda mereka dengan menyatakan maksud merdeka dari persepsi kematangan pemikiran mereka.

maksud merdeka bagi eddy syrol : merdeka merupakan pembebasan fizikal,minda, rohani dan jasmani daripada dijajah. tapi, merdekanya sesebuah negara bukan bererti "bebas" melakukan apa sahaja tanpa batasan. merdeka sesebuah masyarakat adalah bertunjangkan moral yang tinggi. rosaknya moral masyarakat, maka tiadalah erti merdeka.

aku rasa sedikit terkilan dengan segelintir pihak yang kelihatan sangat "merdeka" dalam menulis sesuatu di laman sesawang. aku terbaca satu entry yang di tulis oleh blogger dari blog antijumud.blogspot dengan tajuk yang cukup membuatkan aku berkerut dahi. agak lancang dan lucah. entry yang bertarikh 28 Ogos 2011 ini merupakan entry yang tidak senang dengan kenyataan salah seorang pemimpin PAS,yang membuat kenyataan "menghina pejuang negara". pendapat aku ialah, apabila seseorang itu melakukan perkara yang buruk, adakah kita yang sedar akan perkara itu buruk turut berkata sesuatu yang buruk. maka, masyarakat kita akhirnya akan menjadi buruk2 belaka, sebab budaya saling buruk memburukkan menjadi satu hal yang biasa2 sahaja. tidak ada masalah aku nak burukkan kau, kau nak burukkan aku. sebagai rakyat di sebuah negara merdeka, aku rasa sedih dan kesal. jika perkara ini masih berlaku, adakah kita masih merdeka?

semalam aku on9 facebook, view posting dari member2 facebook dan view beberapa gambar hari raya kawan2 facebook. aku jadi tersenyum sendiri. bertapa hebatnya impak hari raya yang mewarna warnikan dunia facebook. apatah lagi semalam adalah hari kemerdekaan, maka berbaju melayu di hari merdeka umpama seluruh rakyat benar2 tahu menghargai suasana kemerdekaan. tapi, aku tertarik untuk membaca satu status yang di tulis oleh seorang rakan facebook yang "maaf" aku terpaksa rahsiakan namanya. si dia buat satu status marah2 dengan menyebut perkataan "hanjing" kepada warganegara asing yang memenuhi kaunter tiket sebuah pengangkutan awam. si dia kata, dia marah sebab dia terpaksa beratur panjang dan tak jadi nak beli tiket sebab ramai sangat warga asing yang beratur.malah si dia nak buat aduan kepada pihak pengangkutan awam tersebut agar mengutamakan rakyat malaysia dalam pembelian tiket. aku baca status tersebut berulang kali sampai aku naik pening kepala. malunya bila ada rakyat malaysia seperti ini. adakah salah warga asing tersebut beratur nak membeli tiket seperti mana yang lain? warga asing tersebut bukan membuat kacau. siapa yang salah dalam hal ini? warga asing yang beratur awal ataupun si dia yang tidak cekap dalam merancang perjalanan? kita harus malu dengan doktrin pemikiran mcm ni, bila nampak warga asing aspek negatif serta merta muncul tanpa memberi ruang sedikit pun nilai positif untuk mereka. berubahlah atas dasar merdeka. merdekakan minda yang sempit. tidakkah kita malu dengan diri sendiri yang lambat dalam mengatur tindakan berbanding si warga asing? bayangkan bila tiba2 ada penjajah datang nak menawan negara kita, dan kita lambat membuat tindakan, apa akan jadi? sepatutnya sebagai warga negara malaysia ber-IC-kan warna biru, kita perlu lebih pantas dari mereka yang ada di negara ini dengan pasport negara asing. fikir2kan....

p/s : selamat menyambut hari merdeka yang ke-54. mari kita sama2 menzahirkan maksud merdeka sepenuhnya. (~_~)

maaf pada pihak yang terkait dengan entry kali ini, kita sebagai manusia kan saling memberi teguran, aku yakin ini untuk kebaikan bersama.


1 comment:

aslann said...

salam kemerdekaan yg ke 54 eddy. syawal dirai, kemerdekaan dihayati. ^^,