edDy sYrOl

Wednesday, October 26, 2011

bunga tahi ayam

POKOK bunga tahi ayam menghasilkan bunga yang cantik dan warnanya sama ada kuning atau oren terang memang menarik lagi sesuai untuk dijadikan tanaman hiasan di halaman rumah.

Mungkin kerana baunya tidak seharum bunga mawar, melor, cempaka dan lain-lain, pokok bunga tahi ayam tidak begitu diminati sebilangan orang.

Pada asasnya tumbuhan ini mempunyai khasiat yang baik pada sudut perubatan herba kerana ia mempunyai sifat antiseptik yang sesuai untuk merawat luka-luka pada tubuh badan.

sifat antiseptik tumbuhan yang dalam saintifiknya dinamakan sebagai Lantana camara ini, terkandung pada lendir yang keluar dari daun-daunnya yang segar bila diramas.

Kalau dipupuk daun-daun yang diaramaskan itu pada luka yang kita alami, ia mampu mengelakkan infeksi, menghentikan darah keluar dan luka-luka cepat sembuh

berdasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan tradisional tempatan, daun-daun pokok bunga tahi ayam ini juga sesuai untuk merawat bengkak ataupun terseliuh pada anggota yang tertentu

Caranya adalah dengan meramas beberapa helai daunnya dan pupukannya di tempat yang bengkak atau tenseliuh. Balutlah ia dengan sehelai kain dan biarkannya sehingga rasa bengkak itu hilang.

p/s : so, jangan lah pinggirkan bunga ni okey (~_~)

1 comment:

vendoline said...

aku baru je siap memnanam pkok pg td..tanam je..pokok pe aku tatau


singgah my post
http://edyfee.blogspot.com/2011/10/lawak-pergi-sekolah.html