edDy sYrOl

Thursday, October 6, 2011

Eddy Interview Retis : Hans yang misteri

guys...! bertemu lagi dalam segmen ES interview Retis. kali ini, cabaran ES agak besar ya sebab ES temu bual seseorang yang sangat misteri. misterinya dia sebab susah bebenor nak tengok muka dia from top to toe. sampaikan ES terpaksa minta dia ni emailkan pics dia, dapatlah dua keping. memang retis sangat2..!! baiklah, ES tampilkan seorang Hans untuk anda semua. jom ikuti temu bual ES dengan Hans..

1. apa yang hans suka dengan blogging?

Hans : Aku boleh berkongsi tentang pengalaman atau pandangan yang aku rasa menarik untuk dikongsi dan yang seronoknya aku boleh mengetahui pula tentang pengalaman pembaca – pembaca yang lain berkenaan topik yang aku hasilkan jika mereka sudi berkongsi. Blogging juga membuatkan aku lebih matang dalam penulisan dan aku juga boleh berkongsi kisah – kisah lucu rekaan aku sendiri kepada pembaca blog aku.

2. adakah hans ada masa yang flexible untuk blogging, atau perlu set-kan masa tertentu untuk buat sesuatu entry/BW?

Hans : Aku nih jenis kalau tak menaip entry blog setiap hari macam rasa tak lengkap jer rutin hidup. Hahaha! Tapi, aku tak pernah paksa diri untuk buat entry kerana buktinya kalau tak ada idea maka tak berupdate la blog! Cuma Alhamdulillah idea agak banyak timbul kerana mungkin aku suka memerhati keadaan sekeliling atau membaca sesuatu berita.

3. soalan lebih santai, selain blogging, apa aktiviti masa lapang hans?

Hans : Menonton filem di panggung wayang, Melancong, Memasak jika ada yang membantu dan Baca novel. Aktiviti aku semuanya memerlukan wang! Hahaha!

4. penting tak follower blog bagi hans?

Hans : Semestinya penting tetapi ingin aku tegaskan disini kepentingan yang aku maksudkan bukannya untuk mengejar populariti atau cuba menunjuk – nunjuk tetapi pentingnya follower blog nih bagi aku disebabkan aku merasakan blog aku tu sentiasa ada pembaca dan ia memotivasikan aku untuk menghasilkan entry yang lebih baik dan paling tidak ada juga manfaat walaupun sedikit kepada pembaca. Senang cakap follower adalah salah satu elemen yang buat aku rasa puas apabila menghasilkan sesuatu entry.

5. kebiasaannya, blogger suka melakukan aktiviti blogwalking (BW), hans sendiri suka BW dekat blog yang macam mana? Boleh bagi contoh?

Hans : Owh! Aku tak pasti tentang ini sebab aku suka BW dekat orang yang komen blog aku. Blog yang aku suka baca. Atau blog yang mengupas isu yang aku cari. Itu jer lah kut. Kadang – kadang kalau ada masa yang banyak aku rajin juga lah BW dekat blog – blog yang ada dekat group – group di facebook tu. Cuma sekarang sebab kekangan masa maka memang susah nak BW.


bersama aziz satar..idola dia (~_~)

6. saya ada terbaca dalam sebuah blog, dalam entry beliau, beliau marah2 sebab apa bila dia berkunjung ke sesebuah blog dan meninggalkan jejak (komen dll), blogger lain tidak melakukan perkara yang sama kepadanya. Komen sikit.


Hans : Hahahahaha!! Maaf ketawa sebab teringat kisah lama! Aku dulu pun pernah jadi macam tu lah juga tapi tak ada lah sampai buat entry marah - marah. Cuma selepas dah lama berblog dan sekarang sibuk dengan tugasan serta kerja maka kita akan sedar sendiri bahawa bukan semua blogger mempunyai masa yang lapang seperti sewaktu kita mempunyai banyak waktu sewaktu berblog untuk membalas balik komen kita atau melawat blog kita. Senang cakap macam ni lah! Tak perlu marah – marah! Ikhlas kan diri mengomen di blog tersebut tanpa mengharap balasan. Jika tidak pemilik blog mungkin pembaca di blog tersebut akan berkunjung ke blog kita. Kadang – kadang kita nih tak sedar yang blogger lain juga ada kehidupan mereka. Jadi, jangan ambil hati lah! Berblog dengan gembira tanpa perlu bersengketa.

Lagi satu aku rasa blogger – blogger sekarang harus menghentikan entry bertikam lidah, memaki hamun atau memalukan sesame sendiri. Tegurlah secara baik dan biarlah teguran itu hanya diketahui oleh si penegur dan si yang ditegur. Sebab bila dah jadi isu besar pelbagai aib keluar sebab kita kena ingat walau siapapun kita bukan semua orang sukakan kita walaupun hakikatnya kita tak pernah buat salah dengan mereka.

7. siapa hans untuk 5 tahun akan datang?


Hans : Seorang suami yang bekerjaya tetap dan mempunyai isteri yang sedap mata memandang serta sepasang anak kembar dan hidup dengan aman dan bahagia bersama keluarga! Jawapan nih menjawab soalan kan? Hehehe!

bersama teman-teman

8.
hans kelihatan sangat menjaga hubungan dengan followers/rakan blog yang lain.boleh komen?

Hans : Macam biasa kita manusia bukannya sempurna. Kadang – kadang ada juga tersilap kata hingga menimbulkan sengketa. Apa – apapun, aku cuba lah sedaya upaya menjaga hubungan baik dengan mereka kerana tak rugi pun kita berbuat baik kan? Sebagai contoh banyak blogger yang aku kenal sekarang sudah menjadi rakan dan ada yang seperti adik beradik. Jadi, jaga lah hubungan jika ia positif kea rah kebaikan.

9. satu perkara yang orang tak tahu tentang hans

Hans : Perkara yang aku sendiri pun tak tahu! Hahaha!

model iklan. kaw mampoo?

10.
akhir sekali, ucapan untuk followers hans hanis dan juga readers blog Aku&Hidup.silakan.

Hans : Aku nak ucap terima kasih pada followers dan juga readers blog aku serta blog Aku&Hidup kerana kalian semua sudi memberi sokongan dan menjadikan blog aku berjaya bertahan sehingga mencecah usia 3 tahun sekarang. Bagi aku semua blog boleh berjaya asalkan korang memang betul – betul berminat dan fokus pada perkara yang betul – betul korang suka yang korang kongsikan di blog. Katakanlah korang sukakan berkenaan makanan dan korang berblog kerana mahu berkongsi tentang info makanan jadi fokus pada perkara yang korang suka dan tahu. Insyaallah pasti berjaya dan tak mustahil untuk blog Aku&Hidup atau mana – mana blog lain untuk turut sama berjaya.

begitulah berakhirnya temu bual ES dengan hans. banyak yang dapat kita kongsi melalui temu bual ini kan kan kan? selain dunia blog yang di lalui oleh hans, kita dapat juga menyelami sisi hidup hans yang lain (ni ayat PhD ok..!). bertemu lagi kita bersama personaliti akan datang.

p/s : aku sakit perut makan bubur kacang + rojak buah. kombinasi tak tepat! =.=

7 comments:

Ash said...

hehe.. 1st time aku nampak muka si Hans ni.. mmg misterius sungguh..

Hans Hanis said...

hahahahaha....perenggan pertama dengan caption gambar last tu memang cari gaduh...hahahaha

p/s : tq sangat2 sebab sudi interview saya... :-)

eddy syrol said...

misterius kannnnnnnnnnnnnnnnnnn...!

Unknown said...

Suke item 2,4,8 dan 10.

eddy syrol said...

thx hidayati

ch000tz said...

bila nak terbiew saya plak ni :D

Unknown said...

hk eleh!ini exhousmate aku nie!!!kakaka