edDy sYrOl

Sunday, October 30, 2011

Eqbalzack Monthly Contest: Rich Blogger: Fact or Fiction?


Hendak seribu daya, mahu seribu cara. Pepatah yang sangat tepat untuk menggambarkan tajuk yang diberikan. Memang diakui ada pro dan kontra dalam menentukan sama ada benar bahawa ada blogger yang boleh meraih keuntungan melalui dunia blog. Sebenarnya, jika kita fikirkan dengan baik, setiap apa yang kita lakukan dengan usaha yang gigih, pasti akan membuahkan hasil. Semuanya bergantung kepada usaha gigih kita dalam memastikan sesuatu usaha itu berhasil atau hanya merupakan tindakan melepaskan batuk ditangga.

Jika anda membaca novel karya Habiburrahman El-Shirazi berjudul “ketika Cinta Bertasbih” jilid ke-2 ada menyatakan jenis manusia yang bekerja. Petikan dialog berbunyi:

“rajin dan aktif pun belum cukup. Ada yang lebih penting sebelum rajin dan aktif, iaitu alasan kenapa harus rajin dan aktif. Ada aktif yang sering menimbulkan kepenatan sahaja dan ada giat yang membawa hasil yang luar biasa. Banyak orang yang tidak dapat membezakan antara sibuk tetapi tidak produktif. Mereka yang Cuma sibuk tetapi tidak produktif, dalam bahasa Caroline Donnelly diibaratkan kincir angin berupa manusia. Nampaknya bekerja keras tetapis sedikit hasilnya.”

Kita teliti ayat di atas “ada yang lebih penting sebelum rajin dan aktif, iaitu alasan KENAPA harus rajin dan aktif”. Seorang blogger yang tahu alasan kenapa perlu aktif dan rajin untuk menulis blog, pasti akan mencapai matlamat yang diinginkan. Jika alasan mereka adalah untuk memperolehi keuntungan, maka mereka perlu menetapkan elemen yang boleh mendatangkan hasil di dalam blog mereka. maka di sini benar, keuntungan melalui blog adalah satu kenyataan, bukanlah bualan kosong.

Jika kita ingin menjadikan blog kita sebuah blog personal, tidak bermakna kita menguruskan blog dengan cara “asal ada” sahaja. Kita masih perlu untuk merancang dari hari ke hari. Apatah lagi jika kita inginkan blog yang boleh memberikan pulangan wang ringgit. Blogger yang bijak adalah mereka yang tidak pernah berhenti untuk terus meningkatkan kualiti penulisan kerana sesebuah blog perlu terus berkembang dan berkembang.

(300 patah perkataan)

7 comments:

aslann as said...

whoaa..puitisnye ayat..gudluck eddy..smart header kau..haha.

eddy syrol said...

puitis? sengal ler..aku ingat ilmiah tadi..hehehehehe

AnMB said...

done follow
follow back please
http://antechno.com/
follow me with networkblog

**::CIKNUURUL::** said...

waaaa,..mcm best tp aduhaii,.cm payah je CN nak generate idea ilmiah2 nak mengarang ni,.ehe

neway,gdluck k,.

eqbalzack said...

salam eddy,
abg eq terima entry ni.
nnt terus htr details via form. cuma klik kat CONTACT kat blog abg eq. isikan form then submit. abg eq pos button dulu. yg lain abg eq dah poskan...
Thanks eddy..

kim heeruul said...

blog gua just public diary..^^
tak kesah org nk bc or tak..^^

Khairiz said...

betul la tu apa yang dikata :)