edDy sYrOl

Saturday, October 1, 2011

FIFA haramkan team bola wanita Iran

AMMAN-Media massa Barat menonjolkan bagaimana air mata dan sujud para pemain bola sepak wanita Iran yang tidak bersedia mengorbankan kemuliaan mereka sebagai Muslimah ketika mengikuti pertandingan pemilihan Olimpik 2012 yang bakal diadakan di London. Pihak pengurusan Bahrain Berjaya membantah dan menggagalkan pertandingan team bolasepak wanita Iran ketika perlawanan dengan team Jordan pada Jumat 3 Jun di Amman baru-baru ini dengan alas an team dari Iran mengenakan pakaian Islam dan berjilbab.
Setelah keputusan berat sebelah itu, para pemain Team Iran bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan Iran, kemudian berlari menelilingi padang sambil mengibarkan bendera Iran. Setelah itu mereka bersujud di atas bendera Iran dan meninggalkan padang dengan mata berkaca-kaca.
Keputusan pihak pengurusan Bahrain itu sangat mengecewakan apabila kedua team sudah siap masuk di padang untuk memulakan pertandingan. Namun sikap team Iran membuat para pemain Team Jordan dan juga para penonton terharu. Mereka memberi sokongan dengan bertepuk tangan mengiringi para pemain Iran ketika keluar padang.


Peristiwa tersebut mendapat sorotan meluas dari media massa Barat termasuk BBC, New York Times, Xinhua, dan bahkan Times of India. Dalam berbagai laporan disebutkan, "Team bola sepak wanita Iran dilarang mengikuti pertandingan pemilihan Olimpik 2012 London kerana memakai pakaian Islam."
berita selanjutnya di SINI

P/S : temu bual terkini di SINI

8 comments:

ZSZ said...

Pny la dia tak suka Islam kn...hish

Unknown said...

kenapa perlu haramkan.itu hak masing-masing dan sebagai orang Islam kita wajib menuntut aurat.itu tuntutan agama.asalkan benda itu tidak menggugat keselamatan,tak wajar saya rasa fifa haramkan.

eddy syrol said...

dah yg pimpin FIFA sape... kalau ikut betul, boleh report kat hak asasi manusia...

Azmir Shah said...

nk report tak leh buat ape..dah
fifa tu badan bola sepak dunia...

PemilikCahaya said...

takpe atleast dorang yg x suka akan islam sedar yang org islam yg betul2 berpegang pada prinsip xkn mudah mencabulkan diri walaupon tahap kecintaan trhadap sesuatu itu amat tinggi..so dlm hal ni walaupon dorg sgt ingin main bola dn brtanding tapi demi kecintaan trhadap ALLAH mereka keluar pdg dgn bermaruah..

Abu Bagi said...

wah aku baru tahu info ni... ndak adil betul..

Unknown said...

pantang orng islam buat improvement ade jer dicantas

kim heeruul said...

tak adil betul