edDy sYrOl

Thursday, October 27, 2011

Jawapan untuk Mr. Shuwiit....

fine..! bikin panas... adalah sorang mamat ni berani betul tag aku soalan-soalan cepumas.. kalau dinar emas takpe gak. ni soalan emas je.ley tukar dekat bank negara malaysia ke aku tanya kaw? opkos lah tak..! siapa orang itu? dialah Fezul Fadhley.
korang tak kenal? pe cer kaw tak kenal. kalau kaw tak kenal, jangan harap kaw boleh masuk sarawak. aku kenal dia, so boleh lah aku masuk sarawak makan kek lapis banyak-banyak-banyak. (arghh...membebel).

sebelum jawab soalan, ada rules yang kena patuhi. kaw tak tau yang aku tak suka rules and regulation. kene ke buat? tapi aku tetap gigih untuk copy+paste di bawah ini:

  • You must post these rules. Each person must post 11 thing about themselves in their journal.
  • Answer the questions the tagger set for you their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.
  • You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
  • Go to their page and tell them you have tagged him/her.
  • No tag back.
  • No stuff in the tagging section about "you are tagged if you are reading this" you legitimately ( a.k.a really, trust, with all honesty ) have tagged 11 people.
BTW,11 things about Eddy Syrol yang kacak are:

1. lahir di sabah berketurunan jawa (suku sunda).
2. sangat suka nasi lemak dan soto.
3. berat badan tak pernah cecah more then 55kg.
4. i am so different in reality,sebab dalam laman sembang aku cam gampang banyak cakap itu ini.
5. tak suka coffee + nescafe atau makanan seerti dengan dua benda ni.
6. mudah sakit perut =.=
7. suka buangett dengan pantai dan pulau-pula indah.
8. tak reti berenang =.=
9. panas baran, tapi jarang tunjuk kemarahan.
10. pe-mandi yang lama. sgt lama dalam bilik mandi....
11. putih+hitam+hijau+biru+gray are match with my heart.

jawapan utk soalan Fezul:

1. Bila tarih lahir anda?
8.12.1986 (sila ingat..!!) aku nak hadiah..

2. Berasal dari keturunan, agama & tempat asal mana?
keturunan sila rujuk atas. Islam agama terbaik! asal sabah, the cawboy of the east.

3. Sekiranya dilahirkan sebagai artis, anda nak jadi siapa?
serious aku tanak jadi artis.kalau just public figure selain artis nak lah.beza kan?nak seperti Ally Iskandar. dia pengacara yang hebat.

4. Bila kali terakhir anda menangis? Sebab?
tadi. sebab abang aku sakit lagi dan aku takley jenguk dia sebab duduk jauh. =.=

5. Awak minat gadis yang macam mana?
bersopan santun, mentaati agama dan BIJAK.

6. Korang tengah buat apa tadi sebelum jawab soalan ni?

aku baru habis baca yasin then call abg aku tanya khabar.

7. Saat-saat indah bersama orang tersayang, bila...
hari raya.. semua family berkumpul.memang indah.irreplaceable moment.

8. Kalau berlakon dalam filem hantu, nak jadi watak hantu siapa?
jarang hantu lelaki.kak limah lah.sebab dia cun!

9. Apa korang selalu buat kat Blog aku?
baca dan kadang2 komen.

10. Kenapa suka berblog?
sebab aku suka menulis dan membaca. manusia di kurniakan dua mata, dua telinga,dua tangan dan mcm2 dua. so, jrg bercakap tapi banyak melihat dan mendengar. (menjawab kew?)

11. Apa pendapat korang tentang aku? JUJUR!
errmm... kaw meningatkan aku pada kek lapis sarawak..okbai..! hehehe... well, kaw blogger yang hebat.hebat itu subjective dan aku ada persepsi aku tentang orang2 yang hebat pada pandangan aku.

so, utk cukupkan syarat entry ni, aku nak bagi soalan padu maut. hambekk kaw..

1.fullname anda.
2.berasal dari mana dan sekarang berada di mana?
3.siapa manusia pertama yang kaw jatuh cinta sangat2..nyatakan! (optional to tell the name)
4.apa perkara yang sama antara kaw dengan aku?kalau ada.
5.yang kaw nak sangat complain pasal blog aku, apa dia?mesti ada.
6.tempat percutian idaman?
7.target kahwin?
8.result SPM berapa?jujur dan jangan malu2!
9.hp pertama yang dibeli sendiri?
10.perkara yang kaw nak sangat terjadi berulang kali dalam hidup. (cthnya: konvo <--ni aku, takley tiru).
11.kaw rasa aku ni mcm mana orangnya
?


p/s: silalah jawab, dan tag aku.aku nak baca entry kaw2 semua dan aku nak kutuk! okbai..



4 comments:

hawiz said...

pehh..soklan..hahaa..malu2....insyaALLAH..

izfanora said...

pergh.. soalan maut tue..

Keyrill Eduardo Willeyhem said...

Adoiyai, nnti kantoi plak jawapan aku. heheheh. ..

Fezul Fadhley said...

hua3>>> thanx sebab Encik Eddy sudi menjawab ye.. hehex... :)