edDy sYrOl

Friday, November 25, 2011

cuci akuarium, ikan mati lemas

pehal panjang gedabak tajuk entry kaw?

tadi petang, balik dari pekan setelah solat jumaat, aku memandikan diri dengan gayanya. hasihh... dosa bayangkan aku tgh mandi dol.. =.= habis mandi, aku menonton astro rancangan so you think you can dance. homaiiiiiiiii..... tarian yang best-best belaka, tapi tak baik untuk santapan mata. kaw faham2 lah kan pakaian org2 dari negara barat camna.

selesai solat asar, aku bergegas cuci akuarium abang ipar aku.sebelum balik bercuti ke kulim, dia dah amanahkan aku dan anak menakan aku untuk jaga makan minum ikan-ikan dia. dia cakap toksah tukar air, cuci filter saja. tapi setelah dua tiga hari, aku tengok one of the aquarium telah berlumut. haishh.takley jadik. maka dengan kerajinan yang jitu, aku telah bertungkus lumus memerah tenaga kurus keding aku tukar air aquarium tu.

step:
1. alihkan gerombolan ikan tersebut ke dalam baldi berisi air. gunalah errr.... ape nama benda tu ek? yang jaring2 utk tangkap ikan tu. ada pemegang tu. sorry, gua taktau nama dia. biorlahhh..

2. sila asingkan/buangkan air yang kotor tadi. kalau kaw mampu, kaw tonggengkan aquarium tu buang je sekali harung.oleh kerana aku ni "kuat sangat", maka aku gunakan gayung secara berirama. biar lambat asalkan habis air tu.

3. kemuadian alihkan hiasan2 dalam aquarium tersebut termasuklah batu2 mini yang sangat mini. jangan sekali-kali terbuang, sebab tu harta org.

4. gosokkan dengan manja aquarium tersebut untuk hilangkan lumut kaler hijau yang melekat di dinding aquarium. basuh dengan air mutlak yang berwarna putih, dan buang lagi air tu.

5. ekceli, sebelum memulakan operasi pembersihan ni, silalah off-kan segala suis yang berkaitan. bimbang kaw keras pulekkk terkena renjatan.

6. pastikan segala aksesori dan bahan2 yang menghiasi aquarium, termasuk segala wayar dan lampu ikan dibersihkan.lap lah dengan tuala. batu2 tu toksahlah kaw lap. cuci rendam je dengan air bersih.

7. isikan lah semua isi aquarium tu kembali ke tempat asalnya. dengan penuh berhati-hati. pastikan air yang diganti tu adalah air yang bersih berwarna putih seperti air laut. air laut biru dol..

MALANGNYA, time aku nak pindahkan ikan ke dala aquarium. seekor ikan telah mati. yang kat atas tu. kat pic tu. hasihh.. careless tol aku. ekceli, ada dua ke tiga ekor lagi yang juga dah nyawa2 ikan (dah nama pun ikan). maybe sebab lama sangat dalam baldi tu kot. tak dpt oksigen yang mencukupi. ke baldi tu tak cukup luas. aku pun tak tahu. takziah buat keluarga ikan tersebut.. *erkkk...

p/s: mengayung air umpama angkat dumbel besi saja. =.=

1 comment:

Unknown said...

salam takziah....

air mutlak tu kot yg buat ikan mati?

heheheheh