edDy sYrOl

Wednesday, November 30, 2011

Eddy Interview Retis: Abang Yen fobia labah-labah

hoyehhh... azab untuk minggu ni dah beres. ekceli, bukan lah azab, tapi lebih kurang cabaran lah. hah! cabaran kan rencah kehidupan. hadapilah. well, kita bertemu lagi dalam segmen EIR. ES teruja sebab tak lama lagi akan memulakan sesi baru untuk segmen ini. ini bermakna, entry ini adalah yang terakhir untuk musim pertama. hohoho..

Untuk itu, ES dengan ini mempersembahkan seorang jejaka stylo untuk anda. blog pun blog stylo u'ols. kaw hade???!! seorang jejaka sama negeri dengan khairul fahmi penjaga gol meletop tu. ES tampilkan seorang abang yen untuk anda. mesti ramai yang kenal dia kan? mari ikuti temu bual ES bersama abang yen.

1. Apa yang Abang Yen suka dengan blogging?

Abang Yen : to be honest memang tak pernah terlintas langsung nak ade blog or buat blog, memang tak fikir langsung. minat ni dtg sendiri...sejak setahun lalu. itu pun mcm minat-minat ayam je sebab still blurr pasal dunia blog dan semua belajar sendiri. So, oleh kerana berdikari sendiri so minat yg berkobar-kobar tu padam seketika setelah sebulan berblogging. so sejak 5 bulan lalu abg yen jadi betul-betul serius dlm buat blog. syukur sbb masa dan tarikh untuk buat comeback adalah tepat. blog abg yen diterima dan dapat sambutan yang alhamdulillah.

2. Anda pasti ada komitmen lain dalam hidup. Susah tidak nak bahagikan masa antara blogging dan komitmen2 lain?

Abang Yen : bagi abg yen tak susah. abg yen pandai bgkan masa cume yg menyukarkan ketiadaan internet sejak balik kl, sgt2 susah nk online guna berukband ni. kalo kt umah guna streamyx. tu masalah besar bg abg yen. untuk bg masa antara kerjaya dan berblog tu tak jd masalah. janji kita pandai bg masa dan bersifat adil. mcm poligami gak la, kena adil, tak bole bias.

3. penting tak follower blog bagi abang yen?

Abang Yen : bg abg yen nope. kualiti dlm blog tu lg ptg, apakah isi yang kita bagi untuk org baca. kualiti entry yng kita bagi itu dah cukup untuk buat org dtg dan baca. kalo jd follower semata-mata pastu komen pun tak, baik tak yah. lebih baik lagi pembaca senyap yg walaupun tak follow tp hari-hari dia stalker blog kita dan baca. so abg yen more tu kualiti dr kuantiti tp kalo ianya seiringan its a bonus lah...

brother stylo/abg yen

4. ada tidak yang menjadi sumber inspirasi abang yen dalam dunia blogging ni?

Abang Yen : mcm yg abg yen ckp awal-awal td abg yen kenal blog sendiri dan berdiri sendiri... cuma sejak dah boleh berdiri sendiri baru abg yen nampak otai-otai dalam dunia blog ni yang bole abg yen berguru dgn mereka... antara tok guru abg yen abg ben, bro framestone, abg eqbal,izamir,eddy syrol, daniel adie,alya esfresso...diaorg byk share ilmu dan membantu mengukuhkan kedudukan blog abg yen sampai skang...

Eddy : bile masa plop aku otai ni? Peril kannn.. huhuhu =.=

5. selaian blogging, apa aktiviti masa lapang abang yen?

Abang Yen : family 1st. lepas dh selesai dengan family dan anak buah baru abg yen mengadap blog dan fb. kalo time-time dh kering idea nk updates abg yen lebih suka dok umah kalo tgh kat umah kelantan la...kalo time tu dok kl abg yen suka tgk wayang dan jalan-jalan shopping mall tgk gajet sebab abg yen giler gajet. kalo tak pg shopping mall abg yen suke pg swim dan layan anak buah kalo mls sgt.


cuti-cuti

6. gambarkan diri anda untuk 5 tahun akan datang.

Abang Yen : usahawan yang berjaya...memang minat berniaga...bak kata org la ...org kelantan ni memang otak business... so memang akan jd usahawan. lebih cenderung dalam business makanan dan fashion... alang-alang pandai masak kan dan minat berfashion tak salah tuk jdkan ianya punca pendapatan... bak kata rasulullah 9 dr 10 rezeki dtgnya dr berniaga dan beliau pun memang saudagar berjaya...so my idol is Him...

7. Saya pantang kalau .............

Abang Yen : pantang kalau ada rambut dlm makanan, itu boleh buat abg yen hilang selera mkn. kalau ada semut ok lagi. jgn rambut, tak tau kenapa.

dengan retis tu

8. andai di beri peluang untuk kembali ke masa lalu, abang yen nak kembali ke zaman bila?

Abang Yen : zaman form 6, abg yen nak ubah kos masa isi borang upu. nak letak semua cikgu. senang dpt kerja. tp well semua tu bagai dogeng semata-mata. abg yen percaya semua yg terjadi ada hikmahnya.

9. satu perkara yang orang tak tahu tentang abang yen?

Abang Yen : abg yen ni fobia ngan labah-labah.

bersama teman-teman

10. akhir sekali, ucapan abang yen untuk semua followers blog abang yen, juga buat readers blog AKu&Hidup. silakan

Abang Yen : Abg yen pegang 1 prinsip je. blogger sentiasa menyokong blogger dan bukan menjatuhkan blogger. so buat semua pembaca setia dan pembaca baru blog abg yen sama-samalah kita menyokong satu sama lain... kalo ada kekurang kita saling lengkap melengkapi. kepada pembaca blog eddy. beliau seorang blogger yg kreatif dan penuh idea so jgn pandang blognya sebelah mata ok...blog eddy patut disegani dengan kualiti dan kelainan yg di luahkan di dlm blognya (mak aih…puji tak hengat kann =.= sigh..ngeee)

thanx so much buat semua yg sentiasa menyokong start day 1 till now. abg yen sangat-sangat menghargainya dan tq jugak yg tak terhingga kpd eddy sbb sudi memilih abg yen sbg retis di segmennya. semoga eddy terus berkarya sbb abg yen akan always sapport

done! begitulah berakhirnya sesi borak-borak bersama abang yen. semoga ada yang telah dipaparkan memberikan sedikit suntikan inspirasi dalam hidup anda semua. InsyaAllah kita akan bertemu lagi di musim baru, poster baru, dan semualah yang baru. bagi ruang dan masa sedikit ok untuk ES kumpul bahan dan mencari idea terkini untuk tatapan anda. jumpa lagi.

p/s: kekenyangan teramat malam ini

3 comments:

hawiz said...

fuyoo..abg yen tu..dasat2..hihih...

Umar Kadir said...

menarik la sesi inteview retis ni! :D

Anonymous said...

wow! abg yen ditemuramah... salah satu antara blogger femes & otai!! hehe

nk jd cikgu rupenye hehe tp insyaallah satu hari nnt akn dpt ..yg pnting kne usaha ke arah tu (^__^)