edDy sYrOl

Thursday, November 3, 2011

EqbalZack Writing Contest [2]: Lecturer-student relationship, anything wrong?

klik di ----------SINI untuk maklumat lanjut

Jika guru diibaratkan sebagai lilin yang menerangi gelita muridnya, pensyarah pula layak diibaratkan sebagai batu asah, yang menggilap kilauan permata Negara. Tanggungjawab pensyarah cukup besar umpama tangan yang memimpin manusia yang celik, lebih sukar dari memimpin seorang buta. Orang buta pasti akan menurut tangan yang memimpinnya, tetapi orang celik belum tentu mahu patuh kepada si tukang pimpin biarpun dia diheret ke jalan yang selamat.

Tidak dinafikan hubungan pensyarah dan pelajar sangat penting bagi memastikan matlamat mencapai kejayaan akademik terlaksana. Pensyarah berperanan penting dalam memberi rangsangan kepada mahasiswa agar berfikir secara kritis dan dinamik. Pensyarah juga boleh menjadi idola kepada pelajar dalam memburu kejayaan yang mereka impikan sejak sekian lama.

Namun, terdapat segelintir pihak yang menyalahgunakan konsep perhubungan akademik antara pelajar dan pensyarah. Hal ini terjadi kerana akal fikiran yang dikurniakan tidak dijana dengan baik sehinggakan wujud salah laku yang menjurus kepada perhubungan tidak baik seperti hubungan cinta terlarang, malah ada pelajar yang menjadikan hubungan baik dengan pensyarah sebagai “bodek membodek” agar memperolehi gred yang baik dalam peperiksaan. Bukankah ini menghancurkan kualiti sesebuah institusi?

Untuk mencapai kejayaan di dalam sesuatu bidang, seseorang itu perlu memiliki kepintaran yang tinggi di dalam kemahiran-kemahiran tertentu. Menurut Howard Gardner, Kepintaran ini saling berkait, tidak bersifat autonomi. Maka pensyarah harus memainkan peranan dalam menjaga hubungan akademik yang sewajarnya bersifat profesional melalui penguasaan kemahiran yang mereka miliki. Pada prinsipnya, perhubungan di antara lelaki dan wanita tidaklah ditolak secara total, malahan dibolehkan selagi mana ia bermatlamatkan kebaikan dan atas perkara-perkara yang dibenarkan syarak, dan wajib patuhi kehendak dan ajaran Islam serta perihatin tentang akhlak dan adab (Yusuf Al-Qaradhawi).

Kesimpulannya, pensyarah dan mahasiswa perlu bersifat matang dalam memahami fitrah sesebuah perhubungan. Janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Jangan kerana sikap tidak cermat kita dalam menjalinkan hubungan, sesebuah hubungan yang seharusnya memberi makna positif bertukar kepada negatif.

tag : hawiz

6 comments:

hawiz said...

wow..sib baik hawiz lecturer yg baik..kan2...hot lec!..hahaha..=P

Mr.Superman said...

pergh..skli lg eddy nk rangkul hadiah. :D kali ni abg stalker pun join.blm publihsh lg.hee..gud luck yup.

::FAIZ:: said...

itula yg di katakan menyelam sambil minum air.. kan? hehe

caer sasuke said...

nice..just like reading article..not essay =)

Unknown said...

nice!!!!! :)

fRaMe+LenSeS said...

Nadh datang melawat peserta contest mr.Eq. tahniah.. Suka cara kamu menyampaikan pendapat.

moga berjaya. ;)