edDy sYrOl

Wednesday, December 28, 2011

ALkisahnya Ombak Rindu


Filem Ombak Rindu menjadi satu fenomena di Malaysia. semua orang dok bercerita tentang filem ini. jadi, baru-baru ini aku berkesempatan untuk menonton filem ini dengan my bro. ambik waktu tayangan pada pukul 9.10pm di GSC 1borneo.

Ekspresi ES:
secara peribadi, filem ini tidak mampu menawan hati aku untuk rasa puas menonton filem melayu. aku pernah beberapa kali (sebab jarang sangat ok) menonton filem melayu, dan aku pernah rasa puas menonton filem melayu apatah lagi yang berkisarkan tentang kehidupan seperti filem Cinta dan filem Sepi. malah, kalau dibandingkan dengan filem adaptasi novel Lagenda Budak Setan, filem Ombak Rindu masih agak terkebelakang dari aspek penceritaan di dalam filem. so, aku terasa nak baca novel dia lak. sebab, aku pernah baca novel ketika cinta bertasbih dengan filem ayat-ayat cinta. even, kedua-dua filem adaptasi novel ini HEBAT, tetapi novel dia LAGI HEBAT.

Apa Yang Hebat?
Maya Karin mampu pamerkan emosi terbaik. kita dapat rasa kesedihan izah. apa yang lebih hebat ialah, maybe aku suka sangat2 ialah sebutan maya karin. bukankah sebutan malay Maya sangat unik. aku suka....

Aaron aziz kalau kaw kaw perasan sangat best bila dia nangis. nampak real. muka maintain macho tapi tetiba air mata keluar. that great.

Lisa Surihani mungkin penyeri filem ini. lakonan tak sehebat Maya, tapi dah banyak improve berbanding dekat Lagenda Budak Setan.

Lagu latar filem ini juga best. memang sesuai dengan emosi.

Yang Tak Best..!!
I am not so sure, adakah filem ini ataupun panggung di GSC 1Borneo ni yang bermasalah. sebab, aku dan abang aku sendiri perasan ada banyak part yang dialog belum habis, tetibe cut dan ganti dengan scene baru. memang pooootooongg feel sangat2. sort like filem ini tak diedit dengan betul.adakah kaw kaw sekalian mengalaminya?

kejahatan haris yang bertukar baik nampak sekelip mata sahaja. kita tak perasan sgt perubahan yang terjadi. tup tup jadi baik bila dia tersalah sangka. berbanding dengan bila dia dah baik dan bertukar kembali jahat. rentetan kisah dr baik kepada jahat itu lebih menyerlah.

Bintang:
cane ek? ini cuma pendapat peribadi. aku rasa filem ini boleh diberikan 3 bintang dari 5.

p/s: Lisa Surihani sangat shantekkk ok!! =.='

3 comments:

Unknown said...

walaupon ramai yg tengok..tp masih xtgk lg...xde minat dgn cite melayu n cinta sgt...

haffizmohdnoor said...

macam best...Apis tak tgk lagi hehe

::FAIZ:: said...

walaupun org cakap cite tu best la, or whatever... serius, aku blm tgk....