edDy sYrOl

Saturday, December 31, 2011

Selamat Tinggal 2011


Tahun baru masihi 2011 akan berakhir secara rasminya malam ini. Semua orang yang sedang men-join-kan diri berpesta akan ramai-ramai membuat kiraan 10 dan melaungkan HAPPY NEW YEAR 2012. yang dekat rumah pun mesti dok melekat menonton rancangan sempena tahun baru 2012. mungkin ada juga yang tengah berfikir apa yang akan berlaku esok. Ya, esok adalah hari pertama yang perlu difikirkan dengan penuh teliti.

Malam ni, aku ada baca entry bloggers yang buat ulasan apa yang berlaku sepanjang tahun 2012. aku dah drop comment, yang dapat komen tu kira aku ada baca lah. Yang aku tak drop komen tu, aku baca juga, tapi tangan ni tak berjalan pula untuk komen. Maaf, jangan kecil hati. Kejayaan demi kejayaan, kenangan manis demi kenangan manis yang dilakarkan sepanjang tahun 2011 bagi mereka. Aku turut tumpang gembira.

Well, aku pun rasa nak kongsi apa yang berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun 2011. Tapi guys, aku tak tahu apa yang nak aku tulis. Buat masa ini, belum ada kejayaan yang dapat aku rasakan deep in my heart. Sumpah tak tipu. Kenangan manis tu memang ada, tapi matlamat masih tidak tercapai. Mungkin kenangan manis tu lenyap oleh kegagalan demi kegagalan yang datang.

Tapi guys, kegagalan demi kegagalan yang datang tu mungkin pengajaran buat aku. Pengajaran yang tak ternilai untuk aku tidak mendongak langit sahaja. Pengajaran yang mahukan aku terus berusaha dan bekerja lebih keras lagi untuk mencapai matlamat. Bukan senang kan nak bangun dari kegagalan, hari ini kaw gagal, esok kaw gagal, hari-hari seterusnya kaw masih gagal. Alhamdulillah, Allah swt masih memberikan kekuatan kepada aku untuk terus mengharungi apa sahaja yang berlaku.


Tahun 2011 juga merupakan tahun bertemu dengan insan-insan yang cukup dekat di hati aku. Mereka-mereka yang bersama aku di saat susah. Yang tidak kisah sangat dengan saat gembira aku. Mereka yang selalu memberi suntikan kata semangat ketika aku rasa down. Mereka-mereka yang faham situasi diri aku dan tak pernah membilang jasa mereka terhadap aku. Hebat..! memang hebat..! aku sangat berterima kasih dan tak mungkin melupakan mereka-mereka ini.

Aku tak ada azam untuk tahun 2012. azam aku untuk tahun 2009 sampailah saat ini, juga sehinggalah tahun hadapan masih sama. Selagi belum terlaksana, ia tetap menjadi azam aku. Aku doakan semua, sahabat-sahabat bloggers sekalian agar mencapai azam 2012 dengan jayanya. Semoga kita tidak lupa diri pada malam ini, sebab kegembiraan itu sebentar sahaja. Esoknya, adalah hari yang sepatutnya lebih gembira dengan langkah pertama di tahun 2012.

p/s: mak bapak, doakan aku =.='

8 comments:

Unknown said...

happy new year 2012!!

hawiz said...

insyaALLAH...kejayaan akan dtg...sama2 berdoa,,tp usaha tu yg penting..orait..selamat tahun baru yaw..

iAmCekbolat said...

Selamat Tahun Baru ^^

muke cam sdih je.. heheh

nasha sanza said...

selamat tahun baru..semoga berjaya apa yang diimpikan..

Zac Rega said...

eppy new year .. ^^

Aku By Pojie said...

Gambar 1st tu macam kat New Zealand..

Hehhe Happy 2012

SyedGraphix Dot Com said...

Selamat tahun baru abg.
Smoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnye :)
Smoga terus tabah menghadapi cabaran hidup! teehe :D

hyz said...

saya baca, so saya nak komen gak... haha.. kgagalan buat kita semangat utk usaha lagi. kegagalan juga buat kita putus asa. tapi.... kena tabahkan hati la kalau nak berjaya kan? hepi new year incik syrol