edDy sYrOl

Saturday, January 21, 2012

Segmen Abang Stalker: Kenapa Lelaki .....



gambar hiasan terlampau..kbai

Tajuk: Kenapa Lelaki Menitiskan Air Mata


Wanita menangis itu lumrah. hati yang lembut dan mudah tersentuh. Kalau lelaki pulak macam mana? takkan lelaki tak menangis, sia-sialah terciptanya air mata ye dak? sebenarnya ada beberapa sebab kukuh yang boleh menyebabkan seorang lelaki macho, comel, ohsem, maskulin, dan masjoko menangis. di sini pokcik eddy nak senarikan 5 sebab KUKUH kenapa lelaki menitiskan air mata.

1. Pemergian insan yang disayangi buat selamanya: biasanya melibatkan ahli keluarga. ibu bapa dan adik beradik yang semestinya dekat dalam hidup kami sebagai lelaki. air mata lelaki disaat ini memang sangat mudah untuk dilihat mengalir membasahi pipi (ayat syahdu kan?)

2. Ketika akad nikah: 90% lelaki soleh yang membina masjid (berkahwin) akan merasa syahdu ketika dia sah bergelar suami kepada seorang wanita yang dicintainya. rasa syahdu sebab Allah swt kurniakan seorang isteri yang menepati kehendaknya dan syahdu di atas peralihan hidup zaman bujang ke alam rumahtangga.

3. Menjadi seorang ayah: kelahiran anak pertama umpama cahaya dalam hidup bagi seorang lelaki. sebesar-besar rezki adalah kurniaan zuriat yang bakal menyambung keturunannya. air mata menitis juga kerana jerih payah serta pengorbanan isteri yang sanggup melahirkan zuriat, yang bukannya mudah prosesnya. proses yang menyakitkan. pergilah ward bersalin, korang boleh nampak lelaki-lelaki yang menangis mengazankan anak mereka.

4. Ibu Bapa ke tanah suci: ini memang lazim. melihat ayah bonda pergi jauh dari pandangan mata. mengharapkan ayah bonda pergi dan kembali dengan selamat. terharu sebab ayah bonda sedang berjuang untuk menyempurnakan rukun Islam ke-5. dan terharu kerana bukan semua orang mampu dipanggil untuk memijak tanah haram Makkah.

5. Lisa Surihani: ketika Lisa Surihani mengumumkan akan melangsungkan pernikahan dengan Yusri KRU. lelaki-lelaki yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja, berhentikan kereta di bahu jalan, pasang siaran langsung dekat hot.fm, lalu menitiskan air mata kekesalan sebab terlambat meminang cik Lisa Surihani =.=' memang syahdu.

ini top 5 ye... belum top 20 lagi. inilah dia sebabnya KENAPA LELAKI MENITISKAN AIR MATA.

p/s: nak join sila CLICK SINI untuk detail info. jangan nangis2 yaw. (!_!)

12 comments:

hawiz said...

hahaahahahaa....4 terawal tu mmg betol..tp ke5 tu mmg xleh blah...ade satu lagi...menangis ketika mendapat kejayaan..xkira la keputusan cemerlang or keje..hihi..

iAmCekbolat said...

kahkahkah.. no 5 mmg pasrahhh

amier_fekhry said...

aah yg no 5, xde mknanya sbb tu. hahaha...

Lisa Nurulain said...

haak hak hak,,,, siannya kes number 5 tu

Mr.Superman said...

no 5 err..lisa yg nangis sbb aku.hahaha

tq eddy.nice sharing. :)

hyz said...

kalo saya, no2, no 3 ngan no 5 saya x nangis kowt.

Joe_Hans said...

hsahahahaha....pe ke hei nak nangis sebab lisa... hohohoh

yunZatie said...

sebab lain ?

vendoline said...

alasan ke lima mmg takleh terima.hahaha
jenuh ko nanes ye.hehe

Unknown said...

no 5 tu pokcik la yg sayu trlampau... haha

aqmahoocyunkqamo said...

hahahaha..top 4 2 boleh diterima pakai lagi..yg no 5 2 mmg x boleh blah..kelaka abis..huahuahua

Zac Rega said...

hahahhaahaa ... sedih sangat yang num 5 tuh . wihiiii # aku ta leyh henti gelak .