edDy sYrOl

Friday, January 20, 2012

Duit Banyak atau Duit yang berkat


Hari ini, dalam perjalanan nak pergi solat jumaat, my sister,my bro and I dalam kereta dan aku drivernya. so ape kes? hehehe.. so sebagai pemandu, aku cuma diam saja. ada perbincangan antara akak aku dan abang aku.

Perbincangan lebih menjurus soal rezeki manusia. akak aku cakap, rezeki manusia ni dah ditetapkan oleh Allah swt. dia nasihat dekat kiteorang, zaman sekarang kalau dapat peluang kerjaya, ambil saja. jangan memilih sangat dan jangan tunggu kerja yang kita idam-idamkan, tapi masih tak pasti. Akak aku cakap, kerja lah dalam apa lapangan pun ASALKAN jangan kita gadaikan ibadah.

Akak aku cerita juga pengalaman dia dulu2. waktu dia masih lagi kerja dengan company gaji kecik, dia cakap pernah dia outstation, dalam satu bas, ketika dalam perjalanan dia mintak bas berhenti. kenapa? sebab dia nak solat dulu. ada orang dalam bas protes, kata nanti lambat sampai ke destinasi. akak aku berkeras, dia cakap kalau semua nak rush, tinggalkan saja dia dekat tempat solat tu. akhirnya, bas tu berhenti juga untuk turunkan akak aku solat dan most of insan2 dalam bas tu muka masam termasuk yang sepatutnya mengerjakan solat. akhirnya, yang paling best ialah, pemandu bas yang bukan beragama Islam tersebut pula yang bertanya dalam perjalanan seterusnya di mana bas perlu berhenti untuk solat. tak ke sentap semua yang dalam bas? moral di sini, kita kena tegas dengan prinsip kita terhadap pegangan agama. orang akan beri rasa hormat pada kita bila kita tahu menghormati perintah Allah. Akak aku cakap, itu janji Allah. Allah tidak akan tinggalkan orang2 yang selalu ingat padanya.

Akak aku cerita lagi, dia pernah datang interview dekat sebuah company juga. dan kebanyakan orang atasan, termasuk yang jadi interviewers adalah bukan beragama Islam. so, dalam sesi temu duga, sebelum apa2 soalan ditanya, soalan pertama yang interviewer tu tanyakan ialah "sanggupkah awak buka tudung jika diterima bekerja di syarikat ini? kami mahukan pekerja yang berfikiran terbuka, termasuklah dari aspek berpakaian." bila dengarkan sahaja soalan itu, akak aku jawab "Tidak apa lah encik. saya tarik diri." ada a few kawan2 akak aku yang sanggup buka tudung, dah keje disyarikat tersebut sampai sekarang. tapi, akak aku cakap, kerjaya mereka takat tu sajalah. prinsip mereka dalam agama dibuang begitu sahaja.

beginilah, sebenarnya semua orang nak bekerja sebab nak mendapatkan rezeki. rezeki dalam bentuk apa? sudah pasti dalam bentuk wang ringgit bukan? sebenarnya, rezeki/duit yang kita ada ni, yang kita pegang ni, yang ada dalam bank account kita, bukan diukur dari banyaknya jumlah wang tersebut. tapi percayalah, ianya akan lebih indah dengan berkatnya wang yang kita miliki. trust me, wang yang sedikit jumlahnya, tapi jika ianya adalah hasil yang barokah, pasti ianya mencukupi untuk kamu kamu semua menjalani hidup.

Sedikit perkongsian: Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)"

p/s: marilah kita sama-sama ingatkan diri kita (~_~)

2 comments:

hawiz said...

betol3..setuju..dah salute kpd ur sister..tabik2...mmg terbaik!..

Anonymous said...

emm, rezeki tak berkat selalu tak kekal lame...