edDy sYrOl

Friday, March 2, 2012

Eddy Interview Retis: Kenali Sarah Nadiah

Senyuman manis tidak terperi
Itulah tanda ceria di hati
Sarah Nadiah nama diberi
Mari bersama kita dekati

Mari kenali retissss ini. Sarah Nadiah. Ikuti temubual ES bersamanya.

1. Boleh berikan ekspresi anda tentang dunia blog?

Sarah: Bagi saya dunia blog adalah satu tempat di mana kita boleh meluahkan sesuatu, menceritakan sesuatu, memberi pendapat dan sumber pendapatan tidak kira secara sampingan atau sepenuh masa.

2. Adakah personaliti anda di dalam blog menggambarkan personaliti sebenar anda di luar?

Sarah: Ya.

3. Siapa sahabat anda yang sama-sama berkongsi minat dalam dunia blog?

Sarah: Nabeelah Husni, Shafiqah Hairiri dan Najiha Zainal

4. Pernah tidak kena reject dalam hal cinta?

Sarah: Pernah. Hehe..

5. Apa yang anda fikirkan ketika bangun tidur di waktu pagi?

Sarah: Sarapan.. hehe..

Link

6. Apa perkara yang anda tahu, tapi orang lain tak pernah tahu, tapi anda rasa nak orang lain tahu?

Sarah: saya nak orang lain tahu saya akan menjadi seorang yang tak banyak cakap dan pendiam bila dengan orang yang saya belum kenal, tak rapat dan baru kenal..


7. Apakah perhiasan yang anda tak boleh tinggal kalau nak keluar rumah?

Sarah: Jam tangan..

8. Jika anda memiliki wang sebanyak RM 1 juta, anda akan ....

Sarah: Memandangkan saya masih belajar, ½ daripada wang itu akan saya simpan untuk masa depan dan pelajaran saya. Selebihnya saya akan berikan kepada ibu bapa saya untuk menguruskannya.

9. Siapakah blogger yang anda ingin sangat temui?

Sarah: Daniel Adie

10. Akhir sekali, Ucapan istimewa anda. Silakan

Sarah: Terima kasih banyak2 kepada Eddy syrol kerana berminat untuk menemubual saya. Terima kasih juga kepada semua yang sudi mengunjungi blog saya dan follow saya. Usia blog saya sudah hampir setahun. Hampir keseluruhan entry di blog saya berkaitan dengan kehidupan saya. Jadi sekiranya ada yang perlu ditegur, silakan kerana tiada seorang manusia pun yang sempurna di dunia ini.

URL blog Sarah: http://slumberiswhoiam.blogspot.com/

Terima kasih diucapkan kepada cik Sarah kerana sudi meluangkan masa untuk mengisi segmen ES ini. Kepada semua, marilah berbondong-bondong terjah blog Sarah..!!

Editor: Eddysyrol

p/s: Sebarang maklum balas boleh emailkan kepada eddy86bloke@gmail.com.

6 comments:

hawiz said...

salam kenal cik sarah..hihi...

luqman zakaria said...

hehe :P bile nak interview saye plak..huahahahah~

Hans said...

hohoho...Daniel Adie..sila buat temujanji segera :-)

yad'z said...

waw2.. nak jumpa daniel adie tuhh.. heheehe... best nye men interbiu2.. huhu

maya diana said...

hehehe...saya xnak interview ker?? huhu..mcmla glemer spt cik sarah...huhu..pepe pun leh post pepe yg best sini gak tau http://rakanblog.com

MawardiYunus said...

suka baca blog ko bro :)