edDy sYrOl

Thursday, March 29, 2012

Motivasi Kendiri: Hati Disakiti


Pernahkah anda-anda disakiti? Pernahkah hati anda dilukai?

Jawapan: Mesti pernah.

Disakiti dan dilukai ni mungkin sinonim dengan soal cinta. Tapi apa yang aku nak kongsi di sini ialah berkenaan perasaan secara keseluruhannya. Kita merasa disakiti oleh kekasih, oleh pasangan suami/isteri, majikan, guru, sahabat, ibu bapa dan lain-lain. Boleh jadi sebenarnya kita tidak disakiti, tapi hanya kita yang tersalah tafsir lalu merasa disakiti.

Apa yang perlu anda lakukan bila diri anda disakiti?

1. Lemparkan senyuman tanda anda tidak akan menyakiti dia (yang menyakiti anda).

2. Banyakkan Istighfar untuk meredakan amarah

3. Pandang cermin dan katakan pada diri anda bahawa anda tidak akan berdendam untuk menyakiti orang lain seperti mana anda disakiti.

4. Doakan agar orang yang menyakiti anda akan sedar sikapnya telah menyentuh hati kecil anda, tapi tidak perlu mengharap agar dia datang kepada anda lalu meminta maaf.

5. Doakan diri anda agar dijauhkan dari sikap-sikap tercela.

6. Selalu muhasabah diri agar dapat merenung kesalahan yang pernah dilakukan, mana tahu ini adalah kafarah atas sikap kurang baik kita di masa lalu.

7. Luahkan pada insan yang dekat dengan anda (Ibu bapa, sahabat dll...) agar bebanan perasaan akan terlerai sedikit.

8. Kunjungi tempat-tempat yang menenangkan (club bukan tpt pilihan ok. itu lari dari fitrah..!)

9. Biasakan diri memaafkan orang lain. Ini akan membuatkan kita menjadi insan yang berperasangka baik kepada takdir yang Allah swt berikan.

10. Jaga hubungan dengan Allah, pasti Allah akan memelihara kamu, termasuk perasaan dan hati kamu.

p/s: semoga hati kita dipelihara (~_~)

10 comments:

Anum said...

thanks for tip

eddy syrol said...

Anum: sama-sama (~_~)

Ash said...

betul tu.. so sy just diamkn diri je.. tak mengharap pun perkataan 'maaf', just nak duk diam2 mengubat hati yang terasa.. :P

eddy syrol said...

yazid mana hilang? nape FB dah takde?

kurus said...

bila hati di sakiti , diri akan belajar mengubatinya sendiri , seterusnya belajar bahawa tiada yg sempurna dlm hidup ini ;)

Ash said...

Off FB jap.. Terasa hati..

Mesin Taipku said...

insyaallah.... d^_^b

ijam ismail said...

bw here...
follow u..=)

NeRBidaYu MoNer said...

em..sgt sakit bile disakiti..:(

hyz said...

siap love2 bagai... hahahha