edDy sYrOl

Wednesday, August 1, 2012

Maruah diri


Ada orang yang senang-senang menilai maruah diri orang lain. Oleh kerana mereka ada kemampuan dan kuasa, maka mereka melihat maruah orang lain itu boleh dijual beli seperti satu barang perdagangan. Malah harganya juga lebih murah dari barang-barang yang paling murah.

Mungkin manusia itu lupa, kemampuan dan kekuasan malah kudrat yang kita miliki sekalipun adalah pinjaman sementara dari Yang Maha Kuasa. Tiada sebab untuk kita menggunakan ia dengan cara yang salah dan merendah-rendahkan orang lain.

Maruah diri.....

Satu perkara yang perlu dijaga. Sekali ia tercemar, belum tentu ianya dapat dibersihkan. Kadang-kadang maruah itu dapat dibersihkan dari segi rohaninya, dan Allah mengetahui penyesalah manusia. Namun fitrah manusia, mana boleh melupakan titik noda. Yang buruk itu juga yang ingin dicerita ria.

Betul kata orang, jagalah tutur bicara. Kerana dengan berbicara tanpa kewarasan minda, akan menyebabkan kekacauan. Aku selalu berharap agar apa yang aku bicarakan tidak mengguris mana-mana pihak. Ya, tidak dinafikan guruan adalah rencah hidup manusia. Tetapi, kita perlu selalu berwaspada. Semoga apa yang aku tuturkan tidak mengaibkan sesiapa. aku takut kehilangan keluarga dan teman-teman. Apatah lagi jika mereka adalah yang sering mendoakan aku.

Ya Allah, bantulah kami yang sering terlupa. Ampunkan kami yang selalu menzalimi diri kami.

p/s: sentiasalah bermohon pada-Nya.. Tanpa henti

7 comments:

hawiz said...

sabar keh...bykkn bersabar di buln puasa ni..senyumm..=)

AQ Eyfa said...

Kadang2 ada manusia yg melepaskan amarah tnpa pikir dulu apa yg bakal diluahkan terhadap seseorg sebenarnya mampu meninggalkan kesan yg sgt pedih dan sukar dilupakan.

Anum said...

banyakkan berdoa ya

Asri ali gur said...

relaks ... dan elakan emosinal.... :D

hazwan hairy said...

amin..bykkan berdoa saja...hehe

Aku pengembara said...

Nice.. entry penuh makna dan bawa maksud yg mendalam.. terbaekk!

vendoline said...

arghh aku tidak suci lagi.hahaaaaaaaaaaaa kiddng