edDy sYrOl

Wednesday, October 10, 2012

Carta 10: Situasi Memalukan Eddy Syrol

Tugasan Imunity minggu ini untuk pertarungan Battle Royale ialah kena buat satu entry betemakan "CARTA 10". Sebut tentang carta-carta ni, pokcik ingat lak top 5 yang pokcik selalu buat. Pokcik biasa mampu buat 5 je anak-anak...hohohoho...

lets cekidaud Carta 10 situasi memalukan bagi eddy syrol..


10. Salah tegur orang

Huh! Always terjadi. Kaw tau lah dekat dunia ini ada ramai muka seiras. This thing happen kalau dalam dua situasi bagi aku. First di shopping mall. Kedua dulu-dulu waktu dekat U. Untuk cover kemalu-maluan, just senyum dan blah dengan lelaju kemudian berdoa semoga orang tu tak jumpa kita lagi selama-lamanya. =.='

9. Demam pembentangan

Zaman sekolah, aku memang jenis yang paling sakit otak bila kena buat pembentangan, DI DEPAN KELAS. Muka merah, telinga merah dan panas, air mata dah bertakung, kaki bergetaran, tangan apa lagi, otak blur, suara dengar hujung2 sajork. Tapi itu dulu lah, sekarang dah sihat.. erkkk

8. Kantoi tak puasa

Ini sengal. Ketika zaman nakal-nakal rebina, aku ni nakal dalam diam tau. SO, waktu budak-budak dalam umur 8/9 tahun (xingat sangat), aku pernah sehari tu curi-curi makan. Dan kantoi oleh sorang budak kampung yang mengaji dengan bapa aku. Heboh le hari tu. Mula saat tersebut, dah tak curi-curi makan waktu puasa lagi. =.='

7. Lupa teks pidato

form 5 sampai form 6 sampai masuk U aku ni suka join pertandingan pidato. Tengok muka memang takde muka pemidato kan!! so, form 6 aku ada join Pidato Pencegahan Rasuah. Naik stage memulakan pidato meme kompiden terlampau. Mukadimah sajork gempak, masuk isi blur. Bijaknya aku tulis kat tangan, so aku jeling2 tangan. NAMUN, tangan aku bergetar. Semua penonton gelak. LOL. So, aku kena bahan....

6. Kantoi bonceng awek

Aku ni mat motor time form 6. pergi sekolah bawa motor WALAUPUN takde lesen.hew3.. Geng aku geng motor yang baik-baik (bajetttttt). SO, time hari raya kami ni mesti la naik motor dengan members tak kisah lelaki dan pompuan. At that time, motor aku kosong dan ada sorang awek yang tak naik motor lagi. Ekceli bukan awek pun, memang geng kami jugak. Sampai di satu round about, kami selisih dengan kereta guru ekonomi yang meme garang..hayoooo.... habis cuti raya, cikgu tu masuk sindir-sindir kami. Then. aku kena panggil masuk bilik guru kena ceramah dengan guru BM. Lagi, sebagai Ketua pengawas (ni paling lol), aku masuk bilik disiplin pun kena ceramah. Sekarang tak bonceng awek lagi...percaya lah.... =.='

5. Jatuh masuk lantai bocor

Dulu, aku selalu tunggu pengangkutan awam dengan kawan-kawan di sebuah gerai tinggal. gerai ni gerai lama yang dah takda orang meniaga, tepi jalan saja. So, tunggu punya tunggu pikap (pengangkutan awam zaman aku dulu dkt kg adalah pikcap, sampai skrg masih lagi ada), tetiba ada pikap datang. Aku ni lari la lelaju nak tahan pikap kan. tetiba KEDEBOOOOMM...sebelah kaki aku dah masuk dalam lantai gerai yang bocor. Nasib kawan2 bagi muka simpati, so malu dalam hati saja. =.='

4. Lupa tutup pintu toilet

Ni waktu mengaji. Bapa aku dulu buka kelas mengaji di area rumah ni saja. Satu hari tu pokcik sakit perut, nak mengehem ehem... dengan tergesa-gesa pergi toilet dan melakukan hajat. Tetiba, tengah fefiling dalam toilet, someone telah buka pintu toilet secara tetiba. Gilo tak tutup pintu. Yang lebih gilo aku just tutup muka dan badan cover dengan besen, nasib besen besar muat seluruh tubuh ku... =.='

3. Kena sepak cikgu

Ini waktu sekolah rendah. Waktu tu subjek apa tah kami satu kelas kena berkumpul di dewan terbuka atas arahan cikgu B ni. So, cikgu B mintak kami berbaris dalam beberapa barisan berasingan. Aku ni macam agak kompius la keluar masuk barisan sambil ketua kelas tolak-tolak aku untuk betulkan barisan. Tetiba PANGGGGG PANGG PANGGG... tiga das u'ols kena tepat di pipi mungil ceq... berpinar jap... sepanjang hari dekat sekolah pokcik sugul sebab malu.

2. Suara ayam

Kaw tau tak apa suara ayam? Suara yang kalau kita menyanyi or bercakap, tiba2 pecah tu. Itulah suara ayam paling merdu. Ni cerita waktu perkemahan pengakap, time tu aku form 6. Setiap sekolah yang join mesti buat persembahan. Sekolah aku pilih boria. So, aku ditugaskan jadi penyanyi utama selain mendendangkan syair di permulaan persembahan boria. So, dengan yakin pokcik melantunkan vokal lantang dan mendayu serangkap syair. Sampai baris ketiga (yang biasanya penyair akan tarik suara tinggi), suara ayam keluar PUN DENGAN NYARINGNYA. Satu dewan gelak gua cakap lu. So, sepanjang perkemahan berlangsung pokcik kena bahan =.='

1. Zip

Ok. Aku yakin cerita macam ni selalu jadi kat kaw2 semua kaum adam. Dulu aku ni pengawas pusat sumber dari form 1 - 5. Waktu aku form 4, aku jadi ketua librarian ni. Satu hari yang indah, cikgu N yang merupakan guru penasihat perpustakaan panggil aku masuk bilik. Dia nak bagi arahan la pada aku sang ketua pengawas kan. tapi muka dia macam nak gelak sambil seyum 5 cm. Selesai, aku keluar bilik dia. Betul-betulkan seluar di depan kaunter pertanyaan library. Tetiba aku rasa sesuatu kat zip. Ya Rabbi, zip lupa tutup, terbuka lebar lak tu. Nasib pakai dalaman kannnnn... So, seminggu aku boikot jumpa cikgu N.

Carta 10 ni, habis ja baca kaw orang delete dari ingatan ok..!!!!

p/s: kisah memalukan ni jadi kenangan seumur hidup.

12 comments:

Anum said...

nak gelak leh..?
hehe

eddy syrol said...

jangan!! AWAS.. !! huhuhu

nadia farhana said...

hehe sangat kelakar

hazwan hairy said...

gua penah kena sepak weh..hahaha..berdesing!

eddy syrol said...

nadia: jangan la =.='

hery: sakit kannnn

KorN said...

kantoi puasa.. seb baik umur mase tu 8 ke 9 tahun.. kalo 19 tahun..? mmber aku ade jer kantoi mase study dlu... sebab ape, die makan meggi sedap, satu asrama boleh bau.. hahahaha

eddy syrol said...

korn: aku rasa nak kenal je dgn kwn ko tu atas kebijaksanaan dia..huhuhu

Fendy said...

zip tu common...haha

eddy syrol said...

fendi: kann.... =.='

Lelaki Ini said...

4 DAN 1...
ARGHH!
tidak!!!!

eddy syrol said...

lelaki ini: huhuhu....sadiss

Haris Khairuddin said...

x paham nape cikgu ko lempang ko?

zip x tutup dah common sangat.. ada dulu sekali cikgu kompang aku lupa tutup zip, aku tegur la slow2. terus dia infom kitorang konon dia ada benda nak amik kat keta n blah.. lol. ;p

kantoi posa umur 9 tahun apa ada hal..normal la budak2. tapi kalau 19 tahun.. memang nak kena libas la..