edDy sYrOl

Wednesday, October 17, 2012

Interview: Rekod Kehadiran Paling Lewat


Pada 15/10/2012 (Isnin) yang lalu, aku telah menyertai (mcm pertandingan pulak) satu sesi temuduga di sebuah syarikat swasta berstatus monopoli. malaih la berahsia sakan kan...hohoho... Syarikat itu dinamakan Sabah Electricity Bhd (SESB). SESB ni kalau dekat semenanjung kaw panggil TNB lor....

Hari tu, person in charge bahagian panggilan temuduga iaitu cik Intan call aku minta datang pukul 8.00am bertempat di Dewan Patau-patau, tingkat 2, bangunan SESB Kota Kinabalu. Maka, aku dengan gigihnya bangun seawal pukul 4.40am untuk solat bersiap bagai. Subuh kan awal sekarang, so bolehlah bersiap laaaagi awal. Untuk pengetahuan (kalau kaw nak tahu lah) perjalanan dari kampung aku ke KK sekitar sejam perjalanan kot. Lebih kurang lah. Sebab tu lah pokcik bersiap awal2...

Namun, pagi-apagi meme kena hantar akak dulu pergi kerja before boleh pinjam sat kereta BMW dia (tipu jenama kereta). Dalam pukul 6.30am gerak ke tempat kerja akak, dan terus memecut ke KK. Walaupun pokcik cuba melajukan BMW tersebut, tapi banyak sangat halangan di hadapan. Kaw tahu kan hari isnin ni memang jem teruk sangat!!! aku tersangkut dalam jem sedangkan perjalanan ada lagi dalam beberapa puluh KM dan jam menunjukkan 20 minit lagi pukul 8am. Dalam hati aku tak keruan dah. 

Setibanya aku di KK, jem di tengah pusat bandar ni lagilah hazab kan.... walaupun jarak dah tinggal dalam 1km, tapi tersangkut dia boleh tanah lah buat naik darah ke otak. Aku tengok jam, fine!!! dan pukul 8.20am. Member yang kerja SESB call aku (sebab aku ada misscall dia), aku inform yang aku dah lewat. Dia terkejut beruk (beruk? eh sorry member). So member aku bagi phone number bahagian HR beserta person in charge bahagian interview haritu dan mintak aku call selajunya untuk nyatakan yang aku OTW. 

Belum sempat aku call, aku dah sampai dekat car park. Aku lari-lari anak (cam comel je kan? puiii...) menuju bangunan SESB. dengan laju pergi kaunter pertanyaan sambil bertanya dengan suara yang cemas-cemas nebes "Akak, yang interview hari ni di mana?". Setelah mendapat petunjuk, aku pun segera ke tingkat dua dan cari bilik kuliah seperti yang akak kaunter nyatakan. As i expected, dah ramai calon-calon memenuhi kerusi menunggu. Aku tengok jam dah pukul 8.45am. berlakulah dialog seperti ini:

Cik Intan: Ya ada apa (sambil menunjukkan muka garang)
Pokcik: errrr.... interview (sambil buat muka babyface)
Cik Intan: Pukul berapa interview?
Pokcik: pukul 8am cik. Sorry saya lambat.
Cik Intan: Kamu ni belum kerja sudah lambat. Baru interview. Tulis nama sini, kerusi sudah penuh. Tunggu di sini dengan ni kawan-kawan yang lewat. Kamu terlewat sudah ujian bertulis.

Erkk.... ada ujian bertulis? tokozutt pokcik. Dalam pada terkejut tu, pokcik sempat beramah mesra dengan geng-geng lambat. hohohoho.... Walaupun mendapat pandangan something wrong dari geng-geng awal yang jejeling kami sambil senyum-senyum cimpanzy, kami geng-geng lewat tetap yakin berdiri tanpa kerusi..gituhhhh...!!

p/s: bersambung........

3 comments:

cherry_ijau said...

mengade ah nak bersambung-sambung .

eddy syrol said...

cerry: ha3 :P

hawiz said...

semoga berjaya...^_^