edDy sYrOl

Wednesday, October 17, 2012

Interview: Rekod Kehadiran Paling Lewat (Siri 2)

Perlu kah ada siri? hahaha.... Apa boleh buat, kalau dah bercerita meme taknaknya sikit2 kan..!!

Siapa nak baca siri pertama, boleh pergi older post. siri pertama sebelum entry siri kedua sajork...

Baiklah, setelah menghadapi siri kena marah dan kena sindir oleh pegawai bertugas menyambut kehadiran kami para contestants, maka kami-kami yang lambat ni di persilakanlah masuk ke dewan peperiksaan. fuhhh...nasib kami berlima yang lewat dibenarkan masuk. 4 orang lelaki dan 1 orang wanita YANG LEWAT. Sebenarnya ada sorang lagi yang tak hadir, nama dia Mohd Suhaimi. Hey Mohd Suhaimi, apsal kaw tak datang?!!! kalau kaw datang, aku tak jadik lah orang yang paaaling lewat datang.

Apabila buka soalan ujian ni, aku agak terkejut badak. Badak pun tak terkejut macam aku (Eh.!!). Walaupun soalannya berbentuk objektif, tapi semuanya 30 soalan berkaitan AUDIT. demm demm demm... cane ni? dari soalan ujian ni lah aku tahu bahawa jawatan aku ni adalah sebagai auditor. Sebelum ni yang aku tau aku mohon sebagai Eksekutif Kewangan, so  kena tambah kurungan lah kat belakang jawatan tu ye dak seperti ini ------->  Eksekutif Kewangan (Audit).  =.='

Setellah melalui ujian  selama 30 minit, tibalah masa interview. Oleh kerana aku peserta ke 20 (Terakhir... =.=' ) aku dapat tengok semua muka-muka sebelum dan selepas masuk bilik interview. Yang aku hairan, tiap kali keluar dari bilik interview, mesti semua senyum sambil melafazkan haaaaaaahhhh kelegaan. Perlu  kew? hewhewhew.... Tapi ada juga yang muka ketat, macam mana muka dia masuk, macam tu jugak lah muka dia keluar. kaw dah kenapa ketat2? hehehee...

Malas nak cerita panjang lebar (padahal dah panjang kannn..) tibalah giliran aku iaitu peserta ke-20. Bangga wei jd peserta terkahir (padahal......). Aku ketuk pintu dan bagi salam. kemudia dipersilakan masuk dan duduk. Selain muka penemuduga, first aku masuk aku nampak makanan berupa kuih muih enak di sebelah kakak bilik. erkk...aku meme lapaqqqq....  =.=' lama tunggu kan.

Antara soalan yang penemuduga (3 orang semuanya, salah satu adalah GM HR) oleh 2 orang wanita dan sorang pegawai lelaki yang menemuduga aku ialah:

* Babak awal
1. Macam mana mau sebut nama kamu ni? <--- nama aku meme susah nak sebut yew
2. Kamu jawa kan, pandai cakap jawa? 
3. Pandai cakap bajau? 
4. Perkenalkan diri kamu, cakap bajau pun tak pe...  =.='
5. Kamu kerja apa sekarang?

* Babak Cemas
1. Ceritakan Pengalaman kamu  dalam hal audit atau apa yang kamu tahu tentang audit?
2. Apa yang kamu akan lakukan bila terjadinya error data?
3. Apa yang akan dilakukan kepada person in charge bagi data fixed asset di jabatannya mengalami error? 
4. Apa alasan-alasan yang biasa diberikan oleh person in charge terhadap error data? 
5. Siapa yang bertanggung jawab membuat keputusan dan mengesahkan laporan audit?
6. Apakah contoh fixed asset?

* Babak Akhir (giliran aku pula di mintak menyoal)
1. Adakah hanya yang ada kelayakan bidang akauntan sahaja yang berpeluang besar mendapat kerja?
2. Apa tugas auditor bagi jawatan ini di SESB?

fuhh... aku keluar, ruangan menunggu dah kosong. Tinggal Cik Intan dan seorang wanita yang baru saja muncul. mmg lega tapi nebes jugak.. Harap aku berjaya lah yoo.. doakan

p/s: marilah berdoa....

6 comments:

Anum said...

nice entry

Unknown said...

bah,semoga berjaya..:)

ayut said...

harap berjaya dgn kerja yg diminta...auditor ok gak keje yer..cume byk bkak fail kot.btul tak?

Anisa Anuar said...

hehhee...pengalaman kena audit best..

owh yea post dari saya

http://anisa-mylife.blogspot.com/2012/10/41-wordless-wednesday-choi-minho.html

eddy syrol said...

thx semuaaa

Unknown said...

apa2 soalan objektif yg kena tnya tu?