Maaf, entry ini bukan berniat untuk menimbulkan kemaharan kepada sesiapa. Bukan juga untuk mewujudkan permusuhan kepada mana-mana pihak. Cuma, entry ini untuk kita sama-sama fikirkan.
Layak tidak untuk kita membuat kesimpulan berdasarkan satu dua tiga empat lapan sepuluh hal yang kita temui, dan kita rangkumkan ia menjadi satu kesimpulan muktamad bagi memburukkan sesuatu subjek? bagi aku tidak adil.
why?
macam print screens di atas, jelas kan ada piha yang telah merendahkan sesebuah negeri. Bukankah ianya seperti tidak menghormati sebuah negara yang diduduki, malah melanggar etika dan prinsip masyarakat majmuk yang saling menghormati. Aku percaya, orang yang bercakap tersebut menghadapi masalah pergaulan sosial yang teruk sehinggakan tidak mampu untuk berpandangan jauh dalam mengutarakan pendapatnya... semuanya membabi buta....
Aku bangga lihat ada orang yang boleh berkawan dengan sesiapa sahaja, tidak kisah dari negeri mana. Semua boleh menjadi kawan, sahabat atau teman. Memang mana-mana negeri pun ada keburukan dan sudah tentu ada kebaikan. Itu lumrah sesebuah tempat. Cuma kita sebagai manusia, kalau hidup di tempat orang, tahu membawa diri, tahu menjaga diri.
p/s: pengajaran untuk semua. hormati sesiapa sahaja, atau lebih tepat HORMATI APA SAHAJA
5 comments:
xbaik sikap diskriminasi terhadap sstu negeri or kaum...mcm mna nk aman klo kenegerian sgt..huhu..
sepatutnya kita rakyat Malaysia haruslah bersatu padu. Barulah wujudnya keamanan sejagat. Blergh.. Huhuhu... =p
wujudkan keharmonian dengan saling bersangka baik..
kenapa perlu ada sikap mcm nie
mcm2 hal skrg ni..makin byk laman sosial mkin mnjdi2 lak..
Post a Comment