edDy sYrOl

Friday, January 11, 2013

Siapa Makan Cili, Dia Rasa Pedasnya

Cili, 
Siapa suka makan cili?
Pokcik yakin ramai yang suka makan cili. Buat mereka yang memang dah biasa dengan juadah pedas, kalau tak ada kepedasan tu memang tak sah kan. Maka, ada yang sanggup ambik garam dengan cili, jamah dengan ikan goreng atau ikan masin. Perabih 3 pinggan baq hangggg.....

Sebut pasal cili ni, cili yang diberi nama Trinidad Moruga Scorpion (tak ke panjang nama cili ni, kalah nama kaw) meruakan cili paling pedas di dunia. Ini merujuk kepada kajian yang dijalankan oleh New Mexico State University. 


Bayangkan (cuba pejam mata dan bayangkan cepat..!!) cili padi tu kalau kita makan pun boleh merah telinga (ok mitosss), maka cili ini pula diiftiraf sebagai cili paling pedas di dunia. Hebat kaw cili Trinidad Moruga..!!  Teringin pulak pokcik nak merasanya ye dak. Mesti buasir bila makan ni.. huhuhuhu...

Sebut pasal buasir, setau pokcik penggemar makanan pedas memang terdedah kepada penyakit ini. Maka berwaspadalah ya. Selain tu, orang yang ada gastrik teruk, kaw jangan nak bernafsu sangat makan cili satu kuali ok. Sila jaga usus anda. Pokcik sendiri kalau makan mesti ada at least satu lauk yang pedas-pedas manja. Kalau tak ada yang pedas langsung, memang susah nak lalu makan. Tapi pokcik masih berwaspada, sebab pokcik ada sedikit masalah perut ya. Bukan perut membuncit, tetapi sensitif terlampau. So, makanan memang kena jaga. 

p/s: Jangan nak cili mulut orang dengan cili Trinidad ni ok.. hohoho

6 comments:

hazwan hairy said...

suka gila mkn cili..kami mkn pedas2..ahha

eddy syrol said...

sama lah hery... hahaha

ieza ashaari said...

sakit perut r mkn pedas.. huhu..

eddy syrol said...

izfanora: jgn mkn bnyak ok :)

Unknown said...

pergh..kalau makan bende ni..takpayah exercise pun tape..

confirm peluh tahap abnormal.

! Arjunakirana ! said...

perghhh... cili nie lain macam je bentuk nye... gagagaga