edDy sYrOl

Showing posts with label sport. Show all posts
Showing posts with label sport. Show all posts

Sunday, April 24, 2011

wajib pakai skirt..!!!


TINDAKAN Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mewajibkan pemakaian skirt kepada pemain wanita bermula Siri Super Terbuka India 26 April hingga 1 Mei depan terus mengundang reaksi pemain badminton.
Pada sesi latihan skuad negara di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam, beregu wanita utama negara Chin Eei Hui berkata BWF tidak sepatutnya mewajibkan dan melaksanakan kod etika pakaian kepada pemain wanita kerana ia bersifat tidak adil.
“Pada dasarnya saya tiada masalah memakai skirt, tapi apabila perkara ini diwajibkan, saya rasa tidak patut. Kenapa perlu mengatur pemakaian kami selagi ia tidak mendatangkan masalah kepada sukan ini,” kata Eei Hui yang sering memakai seluar pendek ketika beraksi.
“Saya pernah memakai skirt, tapi lebih selesa dengan seluar pendek ketika bermain.” BWF mendakwa dengan pengenalan peraturan mewajibkan pemakaian skirt ke atas pemain wanita akan dapat menarik lebih ramai minat penonton dan penaja, sebagaimana evolusi fesyen dalam tenis yang menjadikan sukan itu lebih menarik.
Tindakan BWF ini bagaikan cuba menggunakan tarikan pemain wanita untuk menarik minat penonton ke stadium bagi menyaksikan perlawanan, namun pemain beregu campuran negara Goh Liu Ying, beranggapan memakai skirt tidak menunjukkan seseorang pemain itu berpakaian seksi.
“Memakai skirt tidak seksi kerana bahagian dalam skirt itu ada seluar ketat. Saya selesa dengan peraturan ini kerana saya sentiasa memakai skirt,” kata Liu Ying.
Liu Ying memilih pemakaian skirt sebagai pakaian yang lebih selesa berbanding seluar pendek ketika bermain badminton.

p/s : (~_~) nampaknya takde pihak yang nampak ini sebagai satu exploitasi. dan tak sangka pihak kita yang terkenal dengan adab dan budaya sopan sedikit pun tidak tercuit dengan keputusan ini. peace no war.

Sunday, January 23, 2011

lee chong wei terbaekk

holla...
td aku tgk badminton malaysian open...
female final di menangi oleh China dah memang China vs China kan..hehehe...bila lah malaysia nak amik balik? korg rase?

male final di menangi oleh Datuk Lee Chong Wei menewaskan Taufik Hidayat. menang bergaya lorr.. tak sampai sejam pun dia main dah tumbangkan taufik. cuma mlm ni permainan agak slow sikit, tak brapa hot. tp ok..

tahniah datuk..!!

p/s :- dah lama tak main badminton...

Friday, January 21, 2011

Misbun muncul


KUALA LUMPUR – Tiada yang mengejutkan apabila Datuk Lee Chong Wei ke suku akhir Terbuka Malaysia semalam, namun yang mencuri tumpuan adalah kemunculan jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Ini merupakan kali pertama Misbun hadir menyaksikan perlawanan Chong Wei sejak meletak jawatan pada 31 Disember lalu.

Berkat kehadirannya, Chong Wei hanya memerlukan 23 minit untuk mengalahkan pemain Hong Kong, Hu Yun 21-6, 21-9.

Sejurus tamat perlawanan, Chong Wei bingkas memeluk jurulatihnya, dan kelegaan jelas terpancar di wajah jaguh No. 1 dunia itu selepas bergelut dalam saingan pembukaan menentang pemain Indonesia, Tommy Sugiarto kelmarin.


p/s :- inilah semangat kesukanan.. :)

Tuesday, January 11, 2011

isu kem latihan di RANAU


ape ni ape ni?

KUALA LUMPUR - Idea untuk memindahkan kem latihan olahraga Sukan SEA ke Ranau, Sabah mengundang reaksi kurang menggembirakan di kalangan beberapa atlet utama, apatah lagi pada ketika Malaysia berdepan masalah kekurangan atlet dan kemerosotan prestasi.

Semalam, lapan atlet senior negara mengadakan pertemuan tertutup dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di Asrama Casa 1 Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil.

Pertemuan itu untuk membincangkan kebimbangan mereka mengenai keadaan semasa olahraga yang dilihat bukan saja semakin merosot, malah gagal menarik minat lebih ramai atlet baru.

Pada ketika ada isu lebih besar perlu diberi tumpuan, mereka terkejut bagaimana Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) boleh tampil dengan rancangan untuk memindahkan kem latihan ke Ranau, tindakan yang bukan saja menelan kos yang tinggi (RM3 juta), malah dianggap sebagai tidak relevan.

Ratu 400 meter lari berpagar, Noraseela Khalid mengetuai lapan atlet senior yang mengadakan pertemuan hati ke hati dengan Ahmad Shabery.

Turut hadir jaguh lompat bergalah wanita, Roslinda Samsu, bintang lompat tinggi, Lee Hup Wei, bintang 110m lari berpagar, Robani Hassan, P. Yuvaraaj (400m), M. Vadivellan (800m), Lo Choon Sieng (jalan kaki) dan Tan Song Hwa, pemegang rekod baling tukul besi wanita.

"Hari ini, atlet meluahkan pandangan mereka mengenai sistem latihan kita, terutama KOAM. Kami prihatin dengan perkembangan olahraga yang semakin merosot. Dulu kita boleh memenangi 15 atau 16 pingat emas pada Sukan SEA tetapi di temasya terbaru (Laos 2009) kita hanya meraih enam emas.

"Pada Sukan Asia tahun lalu (Guangzhou, China) kita gagal membawa pulang sebarang pingat. Bilangan atlet olahraga juga semakin merosot, tidak ramai yang memilih untuk menyertai olahraga, malah dalam kejohanan tempatan tidak ramai yang masuk bertanding,'' kata Ahmad Shabery.

Menurut Ahmad Shabery, beliau dapat memahami kekecewaan yang dirasai oleh atlet, yang bukan saja tidak mendapat sistem latihan terbaik, malah pada masa yang sama melihat tiada pertumbuhan berlaku dalam sukan olahraga tempatan.

Susulan pertemuannya dengan lapan atlet senior semalam, beliau akan mengadakan perbincangan hati ke hati dengan jurulatih olahraga kebangsaan, sebelum bertemu Presiden KOAM dalam masa terdekat.

Mengenai rancangan KOAM untuk memindahkan kem latihan Sukan SEA ke Ranau, Ahmad Shabery menegaskan, perkara tersebut perlu diperhalusi kerana selain melibatkan isu kos, ia turut tidak relevan bagi sesetengah atlet, terutama yang masih menuntut di pusat pengajian tinggi.

"Atlet tidak kata mereka menolak cadangan berlatih ke Ranau, cuma menganggap ia tidak sesuai terutama bagi yang masih menuntut. Lagipun ia melibatkan kos. Kalau libatkan dana MSN (Majlis Sukan Negara) kita kena tengok dulu keadaan di sana,'' kata Ahmad Shabery.


sumber utusan online


p/s :- sabah pun nak juga menjadi tumpuan. so bila ada prasarana seperti ini, akan menggalakkan lagi org tempatan nak join sukan olahraga.. kalau org sabah leh bekorban nak buat latiahn di sana, takkan org di sana tak sanggup buat latihan di sini.. tentang kos, itu boleh bawa bincang derr.. kena buat baik2 kalau betul kita nak maju kehadapan. kita kan 1Malaysia :-)


peace no war