edDy sYrOl

Wednesday, December 29, 2010

FeelFreetoFly



melompat LEBIH tinggi


mai join falihinjasmy.blogspot.com


Mari sertai FEEL FREE TO FLY CONTEST dan menangi hadiah menarik lagi tertarik (sebab wangi ) :


1 x 1st Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM100.00

1 x 2nd Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM 60.00

1 x 3rd Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM 40.00







tag : [ray jr]
asrul affendi
Dan..

Friday, December 17, 2010

komplot

lama tak mencoretkan sesuatu kat sini..rasa rindu nak menulis sesuatu di sini dengan panjang lebar...since ada facebook ni, asyik tulis dalam facebook je kan. well, facebook is phenomena.

sebenanya ada perkara yang sedikit mengganggu fikiran aku. adakah ini salah aku atau salah orang2 yang terlibat...aku dapat rasakan sesuatu yang tak betul dalam perhubungan aku dengan si dia.

ya aku akui, satu permasalahan yang kompleks bila aku couple dengan kawan baik merangkap sepupu kepada ex-couple aku. but what the hell is the problem with that? aku tak faham apa sebenarnya yg ex-couple aku mahu lakukan. bagi aku cukup dia berpura-pura selama ini memberikan alasan yang tidak2, tapi cerita dari semua orang sekeliling sudah menggambarkan siapa dia sebenarnya..walaupun apa org cakap ttg dia, aku masih terima dia sbg kawan. even dalam facebook pun tetap keep in touch.. but 1day aku perasan ex-couple aku ni dah remove aku dr friendlist dia.dan yang paling ketara, seorg kawan dia yg close dgn aku di facebook pun dah remove aku..even block aku kot..why? am i did wrong to u guys?

sekarang aku dapat lihat couple aku dan ex-couple aku membincangkan dengan jelas dkt wall FB tentang seseorang yang drg rasa tak puas hati..bukan nak terasa tp sinis perbincangan membuatkan aku tahu siapa yang di perkatakan... its ok...

maybe aku pernah buat kesilapan, tapi biarlah sebagai manusia kita saling memaafi.. aku maafkan perbuatan mereka2 yang pernah menyakiti aku dan aku harap juga org2 sekeliling memaafkan kesilapan s=aku dlm sedar atau tidak..

selamat menyambut maal hijrah....

Sunday, October 17, 2010

RISAU

hello semua...

harap semua member2 sihat hendaknyer... ade ke member kat sini? hurmmm.. well, kesihatan itu nikmat yang tak terkata dikurniakan oleh Yang Maha Esa.

semalam dapat berita, si dia (my-ex) di masukkan ke hospital sebab penyakit lama menyerang semula. semoga cepat sihat... semoga kembali mampu mengukir senyuman manis, kerana senyuman mu itu mampu untuk membuatkan orang lain merasa gembira.

di harap juga orang yang kini berada di sisinya akan mampu membahagiakannya... doa yang terbaik untuknya.. amin....

Wednesday, September 29, 2010

hidup baru, cahaya baru

i am so so so happy with my life now... i've change a lots.. walaupun hidup dah mengangkang je dkt rumah tp aku rasa happy. aku tau apa aku mau kot..kot la...

dan si dia merasakn perubahan aku, dan dia berkecil hati... baru aku rasa diri ini di hargai bila berubah.... aku biarkan sahaja perubahan ini terus berlaku, kerana kita perlu menghargai diri kita dahulu andai mahu diri kita dihargai oleh orang lain...

aku tahu si dia tidak akan berubah walau apa pun yang berlaku... jadi resolusinya, aku akan biarkan sahaja dia dengan cara dia, dan aku dengan cara aku...

selamat datang dunia baru ku.....

Wednesday, September 15, 2010

peluang yang di nanti


dalam hidup ni ada banyak perkara yang kita idam-idamkan. kerana kehidupan ini terlalu complicated, complicatednya kehidupan kerana bukan senang untuk kita memperolehi sesuatu yang kita inginkan. selalunya hidup ini kita nampak tidak adil... tidak adil dari aspek apa? kadang-kadang kita berusaha, tetapi usaha kita itu gagal. kadang-kadang kita berusaha sama kuat dengan orang lain, tapi orang tu dapat, kita tak dapat. ataupun boleh jadi juga kita berusaha kuat, org lain buat slumber derk je boleh dapat... adil ke tidak?!!

tapi kita harus ingat, itulah keadilan didunia. kerana mungkin kita tidak akan dapat apa yang kita mahu sekarang. Tuhan merancang agar kita memperolehi sesuatu itu nanti... nanti.. dan nanti... bila? tunggu sahaja masanya... yang penting mmg bukan sekarang tetapi suatu hari nanti..

ada orang ckp, jangan terlalu mengharap pada sesuatu, nanti kita susah nak dapat. kalau nakkan sesuatu, just buat relax je, insyaAllah luck tu milik kita. perlu kew macam tu. bagi aku bila aku nakkan sesuatu, aku kena usaha lebih. sebab biarpun aku gagal (even terkilan la jugek kan) tapi aku puas hati kerana aku berusaha untuk perkara tersebut. dan mengharapkan peluang yang sama akan datang semula dan aku perlu melipatgandakan usaha.

Tuhan itu maha kuasa dan maha adil.. bila kita betul2 meminta insyaAllah rezkiNya akan dicurahkan seluas lautan yang ada di dunia. andai masih disekat rezeki itu, faham2 la. siapa kita utk membantah keputusannya.

aku masih terus berdoa agar mimpi dan impian serta angan2 aku akan menjadi kenyataan. aku mahu berjaya, macam orang lain. cukup dengan kehidupan sederhana (tak pernah nak mewah.angan2 ada la doe) akan membuatkan aku cukup bersyukur dengan pemberianNya.

aku akan teruskan berdoa.... dan terus berdoa....

Sunday, September 12, 2010

salam lebaran

layan jerkkk


assalamualaikum...meniti hari lebaran yang masuk hari ke-3, aku sangat happy sebab masih lagi bercuti. yang pasti hari-hari gembira akan terus dilakarkan sepanjang hari2 lebaran dan mungkin akan memulakan hari-hari gembira itu.

berduka dengan pemergian my sister sehari sebelum hari raya. got phone call, n the news... menangis melihat ibubapa yang menitiskan air mata. maka hari raya disambut dengan penuh kesederhanaan. bukan kerana berkabung, tapi kerana menghormati perasaan masing-masing yang bercampur baur. bukan senang meraikan hari kemenangan dan pada masa yang sama menerima berita pemergian insan yang disayangi. al-fatihah buat arwah.

hari ini ramai member gua datang. wah! actually member 5 orang je dtg, tapi masing-masing bawa rakyat. nah! penuh rumah. but i like!! even penat tapi puas hati melayan tetamu yang datang.satu kenikmatan di hari raya. wawawawa..... apsal tak ramai lagi? adehhhh...

esok dah start kerja!! aku nak ambik cuti suka suki aku...so, tengok la dulu kalau aku rajin aku masuk keja. lau aku malas aku tak masuk keja...jom buat opis tu mcm opis bapa aku..hehhehe...
tapi aku rasa aku ada hak untuk buat hal, sbb apa, sbb apa yg mereka buat dekat aku. tiada kata maaf.....susah ke nak minta maaf?tak kan? we r so sorry... kami minta maaf sesangat di atas segala kesulitan yang berlaku.... hello! tak susah pun.... tapi takpe, tak minta maaf pun aku maafkan je la..hari raya kanz....

so buat semua member2 blogger ni, selamat menyambut aidilfitri... raikanlah lebaran ini dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan.....

aku rindu korang.................!!! tetibew laks...ahaks


Thursday, September 2, 2010

hidup umpama sebuah pertaruhan..
sama ada kau menang atau kalah....
kalau kau selalu kalah, berusaha la untuk menang walau cuma sekali....


bahagia tak korang?
konsep bahagia tu mmg pelbagai bergantung pada individu itu sendiri.
so bila korang rasa bahagia, korang patut rasa bersyukur....

selamat menjalani ibadah puasa untuk hari2 dan malam2 terakhir


~eddy syrol~