i am so so so happy with my life now... i've change a lots.. walaupun hidup dah mengangkang je dkt rumah tp aku rasa happy. aku tau apa aku mau kot..kot la...
dan si dia merasakn perubahan aku, dan dia berkecil hati... baru aku rasa diri ini di hargai bila berubah.... aku biarkan sahaja perubahan ini terus berlaku, kerana kita perlu menghargai diri kita dahulu andai mahu diri kita dihargai oleh orang lain...
aku tahu si dia tidak akan berubah walau apa pun yang berlaku... jadi resolusinya, aku akan biarkan sahaja dia dengan cara dia, dan aku dengan cara aku...
selamat datang dunia baru ku.....
edDy sYrOl
Wednesday, September 29, 2010
Wednesday, September 15, 2010
peluang yang di nanti
dalam hidup ni ada banyak perkara yang kita idam-idamkan. kerana kehidupan ini terlalu complicated, complicatednya kehidupan kerana bukan senang untuk kita memperolehi sesuatu yang kita inginkan. selalunya hidup ini kita nampak tidak adil... tidak adil dari aspek apa? kadang-kadang kita berusaha, tetapi usaha kita itu gagal. kadang-kadang kita berusaha sama kuat dengan orang lain, tapi orang tu dapat, kita tak dapat. ataupun boleh jadi juga kita berusaha kuat, org lain buat slumber derk je boleh dapat... adil ke tidak?!!
tapi kita harus ingat, itulah keadilan didunia. kerana mungkin kita tidak akan dapat apa yang kita mahu sekarang. Tuhan merancang agar kita memperolehi sesuatu itu nanti... nanti.. dan nanti... bila? tunggu sahaja masanya... yang penting mmg bukan sekarang tetapi suatu hari nanti..
ada orang ckp, jangan terlalu mengharap pada sesuatu, nanti kita susah nak dapat. kalau nakkan sesuatu, just buat relax je, insyaAllah luck tu milik kita. perlu kew macam tu. bagi aku bila aku nakkan sesuatu, aku kena usaha lebih. sebab biarpun aku gagal (even terkilan la jugek kan) tapi aku puas hati kerana aku berusaha untuk perkara tersebut. dan mengharapkan peluang yang sama akan datang semula dan aku perlu melipatgandakan usaha.
Tuhan itu maha kuasa dan maha adil.. bila kita betul2 meminta insyaAllah rezkiNya akan dicurahkan seluas lautan yang ada di dunia. andai masih disekat rezeki itu, faham2 la. siapa kita utk membantah keputusannya.
aku masih terus berdoa agar mimpi dan impian serta angan2 aku akan menjadi kenyataan. aku mahu berjaya, macam orang lain. cukup dengan kehidupan sederhana (tak pernah nak mewah.angan2 ada la doe) akan membuatkan aku cukup bersyukur dengan pemberianNya.
aku akan teruskan berdoa.... dan terus berdoa....
Sunday, September 12, 2010
salam lebaran
assalamualaikum...meniti hari lebaran yang masuk hari ke-3, aku sangat happy sebab masih lagi bercuti. yang pasti hari-hari gembira akan terus dilakarkan sepanjang hari2 lebaran dan mungkin akan memulakan hari-hari gembira itu.
berduka dengan pemergian my sister sehari sebelum hari raya. got phone call, n the news... menangis melihat ibubapa yang menitiskan air mata. maka hari raya disambut dengan penuh kesederhanaan. bukan kerana berkabung, tapi kerana menghormati perasaan masing-masing yang bercampur baur. bukan senang meraikan hari kemenangan dan pada masa yang sama menerima berita pemergian insan yang disayangi. al-fatihah buat arwah.
hari ini ramai member gua datang. wah! actually member 5 orang je dtg, tapi masing-masing bawa rakyat. nah! penuh rumah. but i like!! even penat tapi puas hati melayan tetamu yang datang.satu kenikmatan di hari raya. wawawawa..... apsal tak ramai lagi? adehhhh...
esok dah start kerja!! aku nak ambik cuti suka suki aku...so, tengok la dulu kalau aku rajin aku masuk keja. lau aku malas aku tak masuk keja...jom buat opis tu mcm opis bapa aku..hehhehe...
tapi aku rasa aku ada hak untuk buat hal, sbb apa, sbb apa yg mereka buat dekat aku. tiada kata maaf.....susah ke nak minta maaf?tak kan? we r so sorry... kami minta maaf sesangat di atas segala kesulitan yang berlaku.... hello! tak susah pun.... tapi takpe, tak minta maaf pun aku maafkan je la..hari raya kanz....
so buat semua member2 blogger ni, selamat menyambut aidilfitri... raikanlah lebaran ini dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan.....
aku rindu korang.................!!! tetibew laks...ahaks
Thursday, September 2, 2010
hidup umpama sebuah pertaruhan..
sama ada kau menang atau kalah....
kalau kau selalu kalah, berusaha la untuk menang walau cuma sekali....
bahagia tak korang?
konsep bahagia tu mmg pelbagai bergantung pada individu itu sendiri.
so bila korang rasa bahagia, korang patut rasa bersyukur....
selamat menjalani ibadah puasa untuk hari2 dan malam2 terakhir
~eddy syrol~

Monday, August 30, 2010
Assalamualaikum
so, apa prasaan hangpa semua sekarang? ada rasa tak sabar nak raya tak? mesti ada yang dah beli baju raya, kasut raya, songkok baru, sofa baru, langsir baru - ada tu sampai nak barukan bilik tidor pun adew ek? sempoiii....
ramadhan kali ini sememangnya benar2 menguji kesabaran aku... mana taknya, dengan lambakan kerja. di tambah lagi tekanan yg wujud kerana memikul tanggungjawab kerja.
aku pun excited gaks nak raya ni...masakan tidak...semua aku nak mulakan yg baru...termasuk la hidup aku ni...hehehehhe..ok la....

Friday, August 20, 2010
sebaris kata
assalamualaikum....
sesungguhnya tiap kali hari jumaat, memang tangan ni sangat suka untuk menulis sesuatu.... bukan apa, mesti ada sedikit perkongsian kanz....
hari ni hari yang ke sepuluh kita berpuasa.. dan hari ini juga aku merasakan ada satu semangat yg membara. walaupun hari ini kesekian kalinya aku merasa disakiti tanpa sedar, tapi aku tetap berusaha menguntum senyum indah.....
aku perlukan teman - dan dialah teman yang aku mahu bersama....tapi dia juga yg telah mengguris hati aku..
tapi aku tetap ada teman-teman...yang sebenarnya teman... alif fadli, insan yang selalu mendengar masalah, keluhan dan kejatuhan aku.thx bro sbb menjadi telinga dan mata yang setia mendengar serta melihat tulisan2 aku.terima kasih juga buat aku selalu tersenyum...aku doakan alif fadli bahagia selamanya dalam apa juga yang dia lakukan. maaf aku pohon kalau aku buat dia rasa bosan lak.. yew arr, asik dengar masalah aku jerk...
aku juga ada siti. walaupun dia tak tau aku siapa pada dalaman, tp dia selalu memberikan aku semangat...aku syg kau siti. teman yang tahu suka duka aku semenjak di universiti lagi. sampai saat ni dia jadi teman aku yang sangat baik. maafkan aku kerana aku tak bgtau dengan kau aku ni siapa....tp aku yakin kau akan tahu juga satu hari nanti, dan hati kau itu pasti akan terus menerima aku sebagai teman. tapi, semua terpulang dia lah...
well, aku sebut dua org jew la ek...juga buat yang lain2 yg aku tidak tersebut nama korang. thx bagi aku semangat....
well, mood raya dah nak tiba... bagi yg keje GOV, mood gaji minggu depan kan...so, berpada2 la ek... kiteorg lama lagik..ngeeee....

Sunday, August 15, 2010
happy 1st year anniversary

rasa sangat gembira kerana perhubungan ini telah menjangkau usia setahun.... mungkin ada yang akan cakap "eleh...baru setahun jagung, tapi bagi aku jarak masa itu sudah cukup membuatkan aku matang dalam perhubungan. dan aku bukan BUDAK-BUDAK OK!!!!
tapi ada perkara yang menyedihkan... bila anniversary ini dia telah melakukan sesuatu yang cukup menghiris hati aku. bila dia juga turut menyatakan aku tidak memahami kehendaknya. kehendak apa? kehendak dia untuk bersuka ria bersama org lain di sana? itu kah kehendak dia.? mungkin dia fikir aku tidak tahu, tapi syukur aku memiliki sahabat yang loyal dan tahu akan keinginan aku dalam perhubungan antara aku dgn si dia ini. walaupun dia menyampaikan berita yang menyedihkan, namun aku tahu niat dia baik agar aku dapat mampu memperbaiki hubungan yang sudah menginjak usia setahun ini.
cuma apa yang aku tidak habis fikir ialah, perlukah dia berada di sana bersendirian (kononnya)... kononnya dia berada di suatu tempat (yang jauh dari rumah) dan aku tidak memahami kehendak dia sehinggakan dia tega berbuat demikian. adakah dia bermaksud untuk menyatakan hukumannya pada aku kerana tidak memenuhi permintaannya dan mementingkan urusan kerja? sebenarnya dia yang tidak faham. berfikiran seperti budak-budak tapi mementingkan dirinya sendiri. maaf buat dirinya yang aku cintai kerana berkata begini. cuma apa yang terjadi semalam sangat melampau dan aku tahu semuanya. aku tahu dari A to Z apa yang berlaku. meskipun aku sekarang tidak seobses dulu, yang obses kepada kehidupan internetnya. namun aku masih boleh membuat akses melalui laman maya aku sendiri dan melihat serta mengkaji apa yang terjadi. walaupun melakukan kesalahan, mana ada kata maaf di bibir itu terpacul kepada aku. tapi aku tidak mengharap itu. biarlah..
dia pernah berkata mahu cuba untuk berubah. kalau setakat untuk berkata-kata dan tidak melakukannya, perkara itu hanya akan jadi CUBA DI MULUT SAHAJA. namun melalui tindakan tidak akan berlaku. aku rasa mungkin kau tak akan berubah. sebab aku dapat lihat sebenarnya kau sendiri seakan tidak membenarkan aku masuk sepenuhnya dalam diri mu. aku dapat rasakan aku cuma secebis rasa dan keinginan sahaja, namun seakan akan aku tidak dikehendaki untuk ada dalam dunia mu. malah kau membenarkan orang lain untuk sama-sama memiliki diri mu seperti mana aku merasakan kau milik aku - maknanya kau bulan milik aku sepenuhnya tapi juga dikongsi dengan yang lain.
syg, kau bukan bersendirian. aku tahu dan aku cuma berdiam. mengharapkan kau mengaku, jauh sekali. sudah lah.... kau buatlah apa yang kau rasa cukup menggembirakan kau. aku redha dan sekarang akan pasrah sahaja dengan ketentuan ini, yang kau sendiri kehendaki. aku tidak akan bercakap lagi. cukup aku melihat dari jauh dan membiarkan hati aku hancur dan derita, dan kau tidak perlu risau tentang itu (atau kau mmg tak risau pun). tapi kata-kata aku tentang siapa engkau di hati aku pasti tidak akan pernah aku mungkiri. kau tetap insan yang satu di hati aku. tak usah kau ragui itu. cuma, kau hiduplah dengan kehendak mu itu. teruskanlah merasakan kebenaran atas semua tindakan mu. teruskanlah memperlakukan aku umpama tidak mengetahui apa-apa. aku relakan kini (malah dari dulu pun aku biarkan tanpa kerelaan).
* terima kasih atas hadiah ulang tahun perhubungan kita yang pertama ini. aku hargai dan pasti aku kenang sampai bila-bila. kau tetap insan yang aku cintai.
Subscribe to:
Comments (Atom)