edDy sYrOl

Tuesday, December 6, 2011

Menu menu last week


ayam masak kicap. menu ayam yang biasa kaw-kaw semua buat seperti mana ayam goreng. boleh dikatakan pilihan kedua kot setelah ayam goreng. first time buat ayam masak kicap (seingat aku lah). before, aku buat daging masak kicap saja. (~_~)

o... ini kakak aku yang masak. sort like ada santan, so aku memang tak reti guna-guna santan kecuali nak buat agar-agar special. ini sayur labu. at first bila kakak aku cakap dia masak sayur labu, aku mcm tak suka. sebab makan labu yang disayurkan, puhlisss.. tapi bila aku rasa sikit, memang sedap. dalam sayur ni siap ada ikan masin.pedas2 sikit (~_~)

yang ini telur masak sos. aku buat walaupun masak sos tapi taklah pedas. aku buat yang sedap dirasa oleh semua lidah. pedas tol takley. aku sendiri tak makan kang.hohoho

aku tak tau macam mana idea lempeng kismis ni boleh datang. aku just ternampak kismis, dan selongkar laci dapur kakak aku, then jumpa tepung. so, terhasillah lempeng ni. aku guna olive oil, bagi sedap ler... terhasillah lempeng kismis. lempeng ni tak berbentuk bulat sebab kesilapan aku.patutnya masukkan adunan dalam kuali tdulu, baru letak kismis. biar lempeng tu bulat dulu baru letak kismis..takpe, sedap gak. (~_~)


finally, rebina shake. ni senang je kot. letak susu rasa rebina yang masam ni masih terasa tapi masam-masam lemak. sedap bagi aku. (~_~)

ini semua menu last week, sebab tak sempat nak post satu-satu, aku bagilah mcm ni. sekali harung. maybe utk cara membuatnya, sila buat experiment.ngeh3x... try la google, mana tau ley jumpa mana2..

p/s: tenang (~_~)

Sunday, December 4, 2011

Telan Kegagalan

kehidupan itu umpama menempuhi pelbagai laluan yang penuh persimpangan. malah, dipermulaan langkah kita juga tidak pasti apa yang ada di hujung jalan yang kita pilih. adakah jalan yang kita pilih akan membawa kita kepada lorong yang di hujungnya terdapat sungai yang menyejukkan dahaga tekak yang keletihan ATAU membawa kita kepada cenuram yang sangat dalam dan berbahaya.

namun, hal ini bukan bermakna kita perlu rasa takut. sedangkan dalam hidup ini Allah swt telah menciptakan pelbagai kebahagiaan di sebalik apa sahaja kesulitan yang menimpa. malah, percayalah di sebalik kesulitan itu tidak pernah wujud derita. derita itu wujud apabila kita tidak yakin kepada ketentuan Allah swt. sedangkan derita itu mewujudkan kemanisan, salah satunya kemanisan mengingati Allah swt. bukan senang kita mampu berlembut hati untuk sentiasa mengingati Maha Pencipta.

kegagalan? satu perkara yang wajib kita tempuhi sebagai seorang manusia. aku yakin, setiap manusia di dunia ini pernah melalui sekurang-kurangnya sekali kegagalan. rasanya semua orang takut pada kegagalan. umpama sebuah mimpi buruk yang menjadi kenyataan. perit, pahit, sakit.

adakah kegagalan perlu disulami dengan tangisan. andai sekali sahaja kegagalan berlaku, maka sekali sahaja tangisan itu menghiasi diri. tapi, bayangkan andainya kegagalan yang datang 10000 kali, adakah kamu ingin menangis meratap untuk 1000 kali juga?

memang, kegagalan itu pahit untuk ditelan. lebih pahit daripada hempedu. apalah sangat hempedu jika dibandingkan dengan remuknya hati dan impian akibat kegagalan. malah, kegagalan boleh menyebabkan luka yang sukar disembuhkan dalam waktu yang singkat. sangat sukar. mungkin mereka yang tidak biasa menghadapi kegagalan akan beranggapan kegagalan yang hadir menjengah sisi hidupnya bagaikan tsunami yang menghentam ketenangan dan keharmonian hidup.

namun, bagi kita yang sudah biasa menghadapi kegagalan, kegagalan adalah makanan kita. untuk apa berasa sedih. memang, sedih itu fitrah, tapi jangan sampai memakan diri. bangkitlah dari kegagalan. tiada yang mampu membantu diri kita andainya kegagalan itu menjadi duri yang setia menusuk tangkai hati. teruskan berjalan. biarpun langkah kita perlahan. biarpun rentak kita tidak sama dengan yang lain. teruskan sahaja langkah itu. asalkan kita temui kemenangan yang pastinya melakar sejarah terbaik dalam hidup kita.

*
*
*
*
*
*
*
*
*


hadapilah semuanya dengan senyuman. senyuman akan mententeramkan hati kita. bukan salah menangis, tapi menangislah untuk perkara-perkara yang lebih bermanfaat. senyumlah dalam tangisan, bagaikan sebuah senyum kebahagiaan. jadikan senyuman sebagai ubat, sebagaimana tangisan juga sering menjadi penawar kegusaran.

hari ini kau gagal, mungkin esok kau akan gagal lagi, malah mungkin kau akan terus mendepani kegagalan. tetapi yakinlah, dalam perjalanan hidup yang kau lihat penuh dengan kegagalan, Allah swt pasti menyelitkan kejayaan tanpa kau sedar sedikitpun. biarpun kecil, itu adalah anugerah. hargai anugerah yang kita terima. hargai..............

p/s: hujan yang mendamaikan. berdoalah tanpa henti, dalam jaga dan lena mu (~_~)

Friday, December 2, 2011

Senarai Retis dalam segmen EIR #1


dah baper bulan ek buat segmen ni? rasanya sampai ada yang cakap ES syok sendiri buat segmen ni. hehehehe.. takpe, ES terima dengan berlapang dada. lagipun, ES bukan susahkan orang lain kan? ES just buat dengan usaha ES juga dengan kelapangan para blogger sekalian yang sudi di temu bual...

oklah, macam yang ES pernah habaq. ES dah sampai kepada entry terakhir untuk segmen Eddy Interview Retis. InsyaAllah akan ada segmen seumpama ini lagi di lain masa. tapi, bagi ES masa untuk cari idea dan perbaharui segala kelemahan ya. sedangkan nak buat segmen ni dulu ES fikir paaaaaaaaaaaaaaaanjang sangat. segmen ni perlukan masa yang banyak.

untuk terakhir kalinya, ES nak tampilkan semua blogger yang sudi untuk ditemu bual dalam segmen ini. untuk u guys yang terlepas entry2 sebelum ini, bolehlah click pada link di bawah.

1. Ady Budika (30 likes)

2. Daniel Adie (32 likes)

3. Yazidy (16 likes)

4. Hizami Li (14 likes)

5. Fiq Fikri (18 likes)

6. Hyz (105 likes)

7. Hans Hanis (33 likes)

8. Eqbal Zack (16 likes)

9. Fadli Sabri (74 likes)

10. Piqah Bagus (25 likes)

11. Sudirman (22 likes)

12. Amezy (28 likes)

13. Keyrill (41 likes)

14. Hawis (42 likes)

15. Adibah (46 likes)

16. Abang Yen (22 likes) <------------ni terbaru yaw...!!

ini merupakan update sehingga 10.30 pm hari ini. hehehe..saje je nak show off kat kaw kaw sekalian *booooooooo kat ES. so, anda-anda sekalian, silalah click mana-mana link yang dah ES tepek kat atas tu. anda boleh baca sesi temu bual tu sampai lebam =.=

InsyaAllah, panjang umur, kita akan bertemu lagi untuk musim baru. *tak habis2 musim baru dan InsyaAllah segala kelemahan akan cuba diperbaiki. maaf salah silap ES sepanjang buat segmen ini. maaf juga kepada mana-mana retis kat list tu sebab ES main songlap je pics kalian.huhuhuhu.. semoga dengan segmen seumpama ini, kita semua semakin rapat. kita kan saling menyokong sesama kita. am i right?

tekan SINI untuk baca sekali harung

jumpa lagi....................................... (~_~)


Kentang Berkeju


what do u think? sedap kan? opkos sedap.. ni ada jual di gerai waktu pesta konvo tamu gadang UMS 2011. gua cakap lu, memang makanan ni sedap sangat-sangat. dekat KFC pun korang ley mkn gak, tapiiiiiiiiiiiiiiii........... yang ini lagi power. BBQ powder + Cheese powder pun dia letak. tak ke hebat tu. harga RM3.00 saja. banyak dia memang kenyanglah untuk menggantikan lunch. esok-esok nak buat sendiri..

p/s: makan hari-hari pun takpe benda ni dol (~_~)

Gado-gado


ini merupakan menu breakfast pagi semalam. kakak aku juga yang buat. ahh...banyak kisah semalam yang tak sempat nak update. sokey...

nama menu ni gado-gado. bukan gaduh-gaduh ye.. dia lebih kurang macam pecal. ataupun rojak, sebab ada kuah kacang lah. paling mantap kalau korang tabur keropok atas tu. baru sedap. rangup-rangup ketika makan.

p/s: lapar balik =.=

Kacang Panjang Ikan masin dengan sos tiram


howaaaaaaa... panjang meraban tajuk menu yaw.. bior ler kann..hehehe.. ni sebenarnya menu tengah hari semalam.

bahan2:
1. kacang panjang (dihiris comel)
2. Bawang merah, bawang putih, halia, cili hijau(secukupnya + hiris halus2)
3. ikan masin (secukupnya + potong sederhana)
4. sos tiram (ikut sukatan kuantiti kacang panjang)
5. perasa
6. Daun bawang

cara membuat:
panaskan minyak, setelah itu masukkan bawang merah+putih+halia. tumis. kemudian masukkan cili hijau. cili ni akan bagi wangi yang enak sebab cili hijau memang wangi yaw. setelah kekuningan, masukkan ikan masin. goreng sampai separuh garing. kemudian, masukkan kacang panjang. letak sos tiram secukup rasa. taburkan perasa tambahan jika diperlukan. tunggu sampai masak. jangan lembek sangat yaw..

done!

p/s: tgh hari nanti masak apa? =.=

Nasi Lemak Home Made

apa perasaan anda-anda sekalian dengan nasi lemak di atas? banyak kan? kalau dekat kedai ntah berapa hengget lah kan.. terima kasih buat kakak tersayang yang buatkan nasi lemak pagi2 jumaat ini. cuma kami takde kacang, sokey lah..kacang buat tumbuh jerawat *katakauuu..ngeh3x...

p/s: perut meragam sebab durian =.=