edDy sYrOl

Saturday, April 9, 2011

contest : PENULIS SENJA TERAKHIR


Aku join contest penulis senja ni sebab aku nak menang dan for sure nak kongsi keghairahan menulis dan menghasilkan sesuatu karya.

sesiapa yang nak join sila click banner di atas.


EDDY SYROL mempersembahkan

SEWAKTU INGIN MEMILIH

Saiful memandang langit yang pekat. Malam ini tidak kelihatan sebutir bintang pun menghiasi dada langit. apatah lagi sang bulan, sejak semalam tidak kelihatan. Saiful menghembus berat nafasnya dan meregangkan otot tangan dengan melunjurkan tangan ke hadapan. Dari jendela bilik dia terus memandang langit pekat. Gelap. Kedengaran bunyi katak bersahutan dengan lagu sang cengkerik meraikan malam yang lembap setelah petang tadi hujan turun dengan lebat. Keluhan dilepaskan berat sambil jari tangannnya sibuk menarikan pen yang sejak dari sejam yang lalu tidak digunakan untuk menulis. Wajah ayah dan ibu silih berganti.

“Arghhhh… Ayah…. ,” tiba-tiba dia menyeru ayahnya dalam suara yang tertahan. Kisah semalam kebali menghantuinya.

* SEMALAM

“Alhamdulillah, ayah bersyukur dengan keputusan SPM yang kamu perolehi. Ayah yakin kamu boleh ikut jejak langkah abang Naim.” Tidak habis-habis Rustam memuji-muji anak keduanya itu. Sang istri hanya memandang gelagat sang suami sambil bibir tidak lekang dari menguntum senyuman. Jauh di sudut hati, dia amat bersyukur dengan kurniaan Allah atas kecemerlangan Saiful dalam keputusan SPM.

Saiful tersenyum tanpa putus. Dia amat bersyukur dengan kurniaan Allah padanya. Keputusan yang sama sekali tidak disangkanya. Memang dia bekerja keras untuk menandingi abangnya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Abangnya merupakan pelajar cemerlang ketika belajar di sekolah berasrama penuh. Cuma Saiful kurang bernasib baik tidak mencapai keputusan cemerlang ketika peperiksaan PMR. Namun usaha kerasnya berbaloi dan kini kecemerlangan miliknya.

“Lepas ni boleh lah Saiful jadi doktor kan?” Marlia memandang anaknya sambil tangannya tangkas melipat kain sebakul. Hatinya berbunga-bunga indah.

Saiful tersenyum sambil berpaling pada ibunya. “Epol rasa nak ambil kursus Penulisan Kreatif, tak kisah lah dekat mana-mana pun,” matanya bersinar-sinar memandang ibunya. Marlia memandang suaminya dengan pandangan redup. Rustam dengan pantas mengalihkan pandagan dari kaca televisyen tepat kepada anaknya.

“Penulisan Kreatif? Kenapa penulisan kreatif?” Rustam bertanya sambil mengerutkan dahi. Dia mengharapkan kata-kata anaknya itu Cuma sekadar gurauan.

“Epol minat bidang penulisan ni abah. Lagipun abah kan tahu Epol selalu menulis.” Kata-kata Saiful cukup yakin. Rustam dan Marlia saling berpandangan. Memang mereka akui Saiful gemar mengisi masa lapang dengan menulis puisi mahupun cerpen. Malah ada beberapa naskah novel telah dihasilkan. Paling membanggakan beberapa karya yang dihasilkan memenangi Anugerah Penulisan Remaja.

“Kenapa tak ikut jejak abang Naim? Tinggal dua tahun lagi selesailah pengajian master perubatan tu,” Rustam bertanya dengan suara yang agak mendatar namun cukup meyakinkan. Dia takut anaknya akan tersalah pilih bidang pegajian.

“Takkan Epol nak ikut apa yang abang Naim buat abah. Epol pun ada cita-cita Epol sendiri,” kata Saiful sambil memandang ibunya. Saiful tahu ayahnya kini sedang dalam keadaan protes. Berbeza dengan ibu yang selalu sahaja menyokong kehendaknya, asalkan tidak memudaratkan.

“Fikir baik-baik Mohd Saiful. Jangan ikutkan hati sangat. Fikir baik-baik.” Rustam lalu berdiri meninggalkan dua beranak itu di ruang tamu menuju ke bilik tidur. Saiful terdiam tunduk memandang hujung jari kakinya. Marlia sekilas memandang anaknya sambil menggelengkan kepala, lalu segera menyudahkan kerja.

*******************************************

Saiful mengeluh lagi. Dipandangnya jarum jam yang semakin mendekati waktu subuh. Kelicap burung semakin jelas kedengaran. Sungguh awal burung-burung tersebut bangun mencari kehidupan, entah apa jenis burung dia tidak tahu. Bertapa dia tidak mampu untuk melelapkan mata. Fikiran yang berkecamuk umpama dadah yang menjadikannya tahan ngantuk.

Saiful mencapai pen biru berdakwat cair lalu menulis sesuatu pada sehelai kertas A4 kosong tanpa garisan.

Engkau bebas sang burung

Jadilah apa sahaja, ibu ayahmu pasti gembira

Jangan kau mohon untuk menjadi manusia

Pasti kau akan sesal dengan rumitnya hidup kami


Wahai makhluk pencinta waktu pagi

Nyanyikan aku lagu semangat

Lagu merdu penghibur lara

Lagu indah penawar nestapa

Lagu tanpa kata namun penuh bersuara


Esok akan hadir seperti waktunya semalam

Namun cerita hari esok bukan seperti cerita semalam

Aku bimbang, dan aku tahu semua akan bimbang

Menghadapi hari esok seperti menanti hukuman gantung yang tidak tahu tarikhnya

Berdoa agar hadirnya cahaya

Bukan sekadar cahaya bahang mentari

Namun…. Mengharap cahaya itu datang dengan rahmat dari Yang Maha Memberi

Saiful memandang ke luar jendela. Hari masih pekat, azan subuh sudah berkumandang. Pen dibiarkaan berteleku di atas kertas yang sudah berisi tiga rangkap puisi. Saiful bingkas bangun untuk menunaikan kewajipan semua umat manusia. Dia pasti akan berdoa, berdoa semahu-mahunya agar benar dia tidak akan salah pilihan. Hidupnya, masa depannya.

Karya EDDY SYROl

nak tag :-

hawis

husna

naim


6 comments:

peNulis SeNjA said...

thhnks bro dh join .. tunggu pengumuman 25 apriL yer ..

eddy syrol said...

sure :)

DanieL AdiE said...

GOOD LUCK!!

Helmi Effendy said...

best . :)

eddy syrol said...

thx el

thx adie

hawiz said...

tengkiuk tag yer..gud lux!.