edDy sYrOl

Sunday, April 10, 2011

kita SAHABAT selamanya


terpanggil untuk join sekali lagi contest dari cikgu sudir. so, siapa2 yang berminat SILA CLICK BANNER DI ATAS....

kita mulakan dengan Bismillah.... ini cerita tentang aku dan mereka. tiga orang sahabat setia yang selalu menjadi telinga, mata, dan mulut malah sudi menjadi deria kala suka dan duka aku...

* DONN

Budak yang berada di atas ini aku kenal waktu tahun satu dekat U lagi. Dulu aku tengok muka budak ni pelik saja sebab baru kenal kan.. Donn, please don’t kill me. Aku mula rapat dengan dia bila kami sama-sama repeat paper waktu tahun akhir (Donn, remember that moment..keh3x). so waktu tu kami jadi group member of 9 (if I am not mistaken) so we lead the group walaupun secara tidak rasmi dan tanpa rela..hehehe… BTW, aku dengan Donn bukan satu course, Cuma ada satu subjek teras sekolah (fakulti) yang kiteorang wajib ambil. Kiteorg satu sekolah (dekat U kiteorg fakulti di panggil sekolah). So from that time I asked so many things about that particular subject sebab Donn memang pakar lah dalam subjek tu. So kiteorang study sama-sama dan buat group assignment tu sama-sama. Aku rasa nak muntah bila fikir assignment yang Dr. Lim bagi. Really helpless…

Habis study, aku dengan Donn pernah jadi roommate selama seminggu lebih kot waktu kami bekerja. Dalam bilik sempit yang aku anggarkan panjang 3 depa lebar 3 depa itu (sangat sempit ok) kami tinggal bertiga. Rasa macam sardine on that time. Aku sangat rapat dengan Donn time ni lah. Banyak benda yang kami kongsi termasuk dengan sikap salah sorang roommate tuuuuu yang agak sengal.sorry to say lah, dia memang sengal sampai kami rasa serba salah tinggal dkt bilik sempit tu dan kami nekad keluar cari tempat tinggal baru. Walaupun kami terpisah jauh antara satu dengan yang lain, we both still keep in touch. Jumpa mesti karoks punya. Suara Donn sedap kalau nyanyi lagu-lagu tangkap leleh era 90-an dan dia suka nyanyi lagu dari seberang. Feeling2 dia…

*DIDI


Aku kenal rapat dengan dia ni sama juga aku rapat dengan Donn, waktu semester akhir di tahun tiga. Aku pun tak tahu kenapa tahun 3 baru aku kenal rapat dengan ramai orang dan hidup macam best sangat dekat U time tu. Ramai yang confuse kenapa aku rapat dengan dia, ramai yang anggap negatif. aku tidak kisah sebab janji Didi baik dan faham aku. Budak Didi ni selalu bawa beg galas warna merah dia, kecik je begnya…. Berkawan dengan Didi memang a lot of fun yang aku dapat. Dia ceria, suka buat lawak dan memang ngam kalau bab gossip (Didi it’s true..hehehhe). Didi satu course dengan Donn dan waktu aku rapat dengan dia aku selalu pinjam nota financial management dengan dia. Sampai sekarang ni aku belum bagi balik (Di, nanti aku return). Aku pernah jadi roommate Didi ni 1st waktu practical and 2nd waktu sama-sama kerja di YS,ZPBS. Susah senang bersama lah kiranya. I believe dia masih ingat waktu bilik sewa kami kena pecah masuk. Wallet Roxy dia kena kebas dan Laptop mini aku for sure hilang. Waktu itu meroyan habis aku, nasib ada Didi kalau tak mau jadi gila. Mahal tu laptop.

*SITI


Budak pompuan yang paling close dengan aku. Semenjak tahun 1 di U sampailah sekarang. First jumpa waktu pendaftaran U dia datang dengan mak ayah dia dan aku pun datang dengan mak ayah aku. Duduk satu kawasan perumahan waktu 1st year. Mula tukar-tukar number time aku jumpa dia dalam bas dan aku letak nama dia dalam HP as Siti Badin (keh3x). Badin tu sekolah menengah dia dulu (don’t kill me Siti). Kami satu course dan itu membuatkan kami tambah rapat. She always with me. Mana aku ada, confirm korang boleh jumpa dia, begitulah sebaliknya. Sampai ada orang ingat kami couple sedangkan mereka-mereka tak tahu budak Siti ni ada couple nuunnn jauh di sana. Malas fikir cakap-cakap orang kami buat bodoh jerk.. Sempoi sudah…. One of our Chinese girlfriend panggil aku boyfriend dan siti dia panggil girlfriend (sungguh salah faham yew).



Mengenali tiga orang insan yang cukup baik hati membuatkan aku rasa lengkap dalam hidup. Teman-teman yang baik, yang sanggup berkongsi suka dan duka bersama. Donn dan Didi sure masih ingat waktu kami sama-sama attend interview di salah sebuah bank. Dengan gigihnya escape kerja dan attend interview yang ntah apa-apa. Dengan yakin kami tau kami di-reject dan memang kami tidak minat sebab rupanya position yang ditawarkan memerlukan individu yang berkenderaan. Lucu tapi fun sebab itu pengalaman.


Kami semua bukan satu kepala pun. Tapi kami saling melengkapi. Suka usha2 barang baru (window shopping sambil gossiping) dan akan cari mcD bila berada di mall. Didi suka tabur garam halus banyak-banyak atas longgokan fries (dia kata sedap) dan aku pun terpengaruh dengan habit dia tu.


Siti selalu marah aku bila makan ice cube (sedap tu). Waktu aku masuk ward, dan keluar dari ward dia selalu nasihatkan aku jangan makan benda itu jangan makan benda ini. You are like my mother (@_~). Kalau aku sakit perut dalam kelas, mesti dia akan tanya “kau makan apa semalam?” . macam tau-tau aku bedal mee Maggie hehehehe.


Korang..!!! ingat cita-cita kita? Ingat impian kita? Ingat janji-janji kita? Terpisah jauh di mana pun kita, ingatan itu akan terus bersemi selamanya. Sekali bersahabat, selamanya sahabat. Donn dan Didi, ingat mimpi-mimpi kita? Kalau kita berusaha pasti mimpi itu akan menjadi kenyataan. Memang kita selalu bermimpi kan, mahu jadi itu mahu jadi ini, tapi doesn’t matter. Sekarang mungkin itu umpama mimpi, InsayAllah satu hari nanti satu daripada mimpi itu akan menjadi reality.

Dan….. korang mesti ingat yang sahabat itu akan selalu ada bersama kalian biarpun dalam kesusahan mungkin tidak dalam kesenangan. Walaupun tangan tidak mampu sampai menggapai jejari kalian semua, tapi doa aku, yang selalu dekat dengan kamu, akan semakin dekat dengan kamu.



~THE END~

P/S : nak tag semua member2 blogger yang di kasihi :-)

2 comments:

hawiz said...

foyuuu..memahami tol..bgs la.....cool..gud lux!..

eddy syrol said...

lerr....dah nama pun geng keras kan...