edDy sYrOl

Monday, September 5, 2011

Hati-hati bila berkata/menulis

sekadar hiasan dan renungan

Assalamualaikum...
good morning blogger and readers

aku nak kongsi satu perkara pagi ini. sebelum ni, a few days back aku ada follow satu misi untuk mengetahui siapa sebenarnya manusia di sebalik nama makcik sitt al wazura, yang menghina agama Islam. difahamkan dia adalah wanita melayu yang dah murtad. so, aku memang follow lah sorang blogger ni buat siasatan bermula dari cik Tan, sampailah kepada penemuan seorang individu kedua. cukup di sini pembukaan...

oleh kerana individu kedua ini lebih di yakini identitinya, maka telah dibuat satu petition bagi menyokong tindakan undang2 dikenakan kepada si pelaku, melalui website petitionbuzz (korang boleh search je nama sitt alwazura kat FB, boleh auto link ke situ). dalam web ini kita boleh kemukakan komen. so, aku terpanggil untuk menandatangani petition ini (dengan bagi full name yang sama dlm IC) serta komen one of the status di situ. dan di bawah inilah status yang aku komen/reply.

aku reply dengan ayat yang agak simple, iaitu di bawah ini.


ya, aku akui statement aku ni sangat simple. lalu menimbulkan salah faham kepada ada beberapa orang follower di web tersebut, sehinggakan wujud komen2 yang tidak menyenangkan. aku akui salah aku sebab buat statement yang tergantung macam ini. dan di bawah inilah tindak balas dari beberapa pihak.




ada dua warna anak panah yang tertera pada komen2 tersebut bukan? mula2 mari kita selidik kenapa ada anak panah merah. anak panah merah ini aku nak gambarkan sebagai mereka yang suka main lepas. bagi aku, orang2 yang macam inilah yang akan meruntuhkan adab dan tatasusila sebagai manusia. mereka bercakap/menulis umpama perkataan itu memang ada di hujung lidah dan terus di lepaskan, tanpa proses dahulu di minda sama ada kata2 mereka boleh mendatangkan rasa tidak senang pada si penerima.

mari kita baca reply bagi anak panah hijau. aku tabik kat dua ini. ini adalah cara teguran yang baik. menjaga adab dan tatasusila ketika menulis/bercakap. siapa kita nak bercakap tak elok. betul tidak? kalaupun nak tegur seseorang, tegurlah cara baik.

aku yakin, malah semua orang tahu muslim ni tergambar dari setiap sudut dan hal, dari hujung rambut sampai hujung kaki, dari luar badan sampai ke dalam hati. menurut IKIM ....

"DUA perkara penting yang sering diperingatkan Islam kepada manusia supaya menjaga dan memelihara dengan baik ialah penggunaan lidah dan tingkah laku.Rasulullah s.a.w berpesan kepada semua orang iaitu sekiranya mereka beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka hendaklah ia mengeluarkan tutur kata yang baik, dan sekiranya tidak ada sesuatu yang baik yang hendak diperkatakannya, maka hendaklah ia berdiam diri sahaja.Pesanan ini menekankan tentang kepentingan manusia menjaga tutur katanya supaya tidak mengucapkan sesuatu yang buruk dan menyakiti hati orang lain, kerana tutur kata yang tidak baik akan membawa kepada krisis lain yang boleh menimbulkan permusuhan, kekacauan dan ada kalanya membawa kepada pertumpahan darah dan melibatkan nyawa manusia sendiri. Maka dengan menjaga lidah dan tutur kata, manusia akan dapat menjamin ketenteraman, perdamaian dan kesejahteraan masyarakat mereka sepanjang masa. Dalam konteks inilah Rasulullah s.a.w berpesan supaya menjaga lidah, maka tentulah amat diharapkan bahawa manusia juga haruslah menjaga tingkah laku dan perbuatannya agar tidak mengganggu dan melampaui batas sehingga menyentuh hak dan maruah orang lain dengan perbuatan dan gerak geri fizikalnya sendiri"

jelas bukan? aku dah betulkan statement aku di laman web petitionbuzz tersebut dengan memperjelaskan lagi maksud kata2 aku yang simple itu. harap insan2 yang tersebut faham dan tidak berperasangkan buruk pada aku. sifat perasangka buruk akan mengundang fitnah, dan fitnah itu tergolong dalam sifat2 keji.

p/s : mari jaga tutur kata/penulisan. peringatan KUAT untuk diri sendiri (~_~)

10 comments:

nini said...

yerp...sometimes...erk rasanya almost kot...penulisan tu menggambarkan diri kita...

Unknown said...

aku fully sokong entry ni..

kadang2 orang tak fikir terlebih dahulu sebelum bertindak or leave a comment....terlalu mengikut emosi dan tak fikir pro n contra..

itula dia fb life kan..

ed shokolath said...

komen salah..x komen pon salah.. tp biasa la.. manusia.. pemikiran berbeza2...

macam ku kata said...

nasihat dengan hikmah..insyaLallah pahala berterusan..orng yg terima nasihat senng hati lalu mendengarnya dan mengamalkan..kalau nasihat dengn hikmah..kalo nasihat ganas...khuatir akan membawa kepd kebncian..wallahualam..;-)

eddy syrol said...

terima kasih semua yang membaca dan like entry ini. (~_~)

mieza said...

komen bertaip ni memg menimbulkan kontroversi..
sebb dia tak de intonasi..
itu yg menimbulkan salah faham..

so, same2 lah kita jge perckpn n also ape yg kte taip

Unknown said...

dia mungkin trlepas hukuman di dunia, di akhirat?

♥♥ miracle ara ♥♥ said...

smtmes orng terlalu hemo kan.. bergantung kepade isu yg dibincangkan...

semutsengal said...

huhuh,

aku taktau nak ckp cmne dah pasal benda ni.

faiz said...

tula bosan btol dgn org yg nak ckp psl agama tapi ckp xmencerminkan mcm Islam..