edDy sYrOl

Tuesday, October 4, 2011

Kali Pertama


1. kali pertama aku masuk tadika, seingat aku abang aku yang jaga aku. abang aku nama ujang, bukan ujang si azfar roslan tu yerkk... ada lah dalam satu minggu dia teman aku dekat tadika. dari padi sampailah kol 11 lebih. lepastu aku jadi berani dah pergi tadika sorang-sorang.

2. kali pertama masuk darjah satu, aku rasa macam satu kejutan budaya. tapi takde lak siapa-siapa dari family aku teman aku. kejutan budaya sebab aku tengok kawan makin ramai. lepas tu ramai sangat yang hyperactive. takut pun ada. tapi lama-lama aku seronok.

3. kali pertama aku kena denda, waktu tu time sekolah rendah. hukumannya ialah lempang sulung dari cikgu aku. demm...! aku nak bagi tau cikgu tu yang aku tak salah. kawan aku tu yang tolak aku.tapi ntah kenapa mulut aku ni terkunci, plus malu dah time tu.

4. kali pertama kena sunat (erkk..ada kah manusia kena sunat dua kali? ade kot), time tu teruja dan takut juga. dah lah time tu naik kenderaan awam semata-mata. sumpah sampai sekarang aku tak pergi klinik doktor yang sunat aku. aku sunat sekali dengan abang aku nombor dua, dan aku lambat sembuh. sebulan lebih dol.

5. kali pertama aku join pertandingan, time tu aku join pertandingan nasyid. ketaq lutut wa cakap lu. aku solo, sekian! darjah enam ni. waktu tu ada a few members yang jd penonton cakap tangan aku bergetar waktu buat-buat gaya (taulah kan nasyid kene ada gaya2 bagai). aku jawab aku ada parkinson. =.=

6. kali pertama masuk U, giler seronok. kakak aku siap cium dahi aku bila aku dapat result yang aku dapat masuk U. ayah, mak dan my bro hantar aku time pendaftaran. bila masuk hostel, aku duduk dengan orang-orang yang cukup besar fizikalnya dari aku. kawan rapat aku time tu seorang budak kelantan nama saiful. tapi jap je, sebab after a moth, dia pindah hostel lain.

7. kali pertama aku tengok wayang, filem pertama aku tengok filem CINTA. arahan khabir bhatia. waktu tu aku first year dekat U. kawan aku belanja sempena bday aku. time tu sakai sangat!!

8. kali pertama jatuh cinta, yang betul-betul waktu aku habis form 6 (gatal result lom keluar dah bercintan). bertahan 3 tahun lebih saje. after that clash sebab dia jumpa orang lain dan kahwin dah sekarang.

9. kali pertama aku graduate (doakan aku graduate lagi yaw), aku sangat teruja. orang tak tau aku nangis malam sebelum graduate tu. bukan senang nak graduate yaw. time tu aku rasa family aku sayang sangat dekat aku. semua datang kecuali abang aku yang jaga time tadika tu. dia khoje. aku ingat lagi muka fake time senyum pandang kamera kat atas pentas. =.=

10. kali pertama aku makan durian, aku tak ingat dah bila. tapi adalah beberapa tahun lepas. tak sedap ok! busuk! tapi aku makan juga. sambil mata aku terkebil-kebil nak pitam. tapi now, aku rasa mcm nak try balik makan durian.huhuhu

p/s : kali pertama aku perlu mencari kembali saat-saat kali pertama itu (~_~)

9 comments:

hyz said...

semua orang mengalami kali pertama kan? kali pertama yang indah dan pastinya takkan terulang...

Anum said...

macam2

Unknown said...

hahahhaa...comel je ada org belanja tgk wayang hehehehe

amier_fekhry said...

Kali pertama kahwin bila lak? hehe.. semua ada cite yg best utk kali pertama kn. akan diingati sampai bl2.

Z.I Zam Ijam said...

mmang seronok bile fikerkan balek kesemua saat pertame tuu ,
tp yg pasti kali pertama sy x sebanyak abg Eddy .ahahha *16 thon je kott

eddy syrol said...

hyz : ada indah, yg yg tak indah, ada yg nebes..heheh

anum : kann

azham : comel? ade ke gitu... =.=

amier : kawin? erkk... lum jodoh..jwpan retis.. :P

zam : eh.. saya baru 12 tahun.. ngeee

kim heeruul said...

kdg2 yg kali pertama tu la akan melekat ke otak sampai mati..

Unknown said...

klinik sunt ku dh tutup.dah muflis.kekke

dhuapatah said...

awesome! huhu