edDy sYrOl

Monday, November 21, 2011

permulaan hari ini


Assalamualaikum.. selamat pagi semua yang sudi baca blog aku.

korang dah bangun? waktu di sini for sure dah bangun semua, sebab solat subuh. yang tak solat subuh pun sure bangun awal (kalau jadi morning bird lah kan) sebab nak mengejar masa kerja. pagi ni sejuk, aku mulakan dengan isi tangki air kat rumah aku. tangki dah kosong daa....

semua orang mengharapkan pagi hari isnin adalah permulaan hari baru yang baik. begitu juga aku, mengharapkan hari ini adalah hari baru yang baik. perjalanan hidup selepas ini semuanya baik. ada orang cakap, tak sah hidup tanpa cabaran. memang betul!! tapi kalau hidup yang aman damai itu boleh datang tanpa cabaran, why not kita mengharap. betul tidak?

jom lupakan perkara-perkara yang tidak menyenangkan hati. tidak ditimpakan sebarang masalah pada kita umat manusia, andai kita tidak mampu menanganinya. so, hadapi..! jalani hidup seperti mana orang lain. ceria, gembira, asalkan tidak lari batas agama [ni pinjam ayat seorang blogger].

p/s: teringin nak makan soto panas2 kat pekan.boleh?heheehe

2 comments:

SHAFIQ HASHIM said...

Wslm..
Selamat Pagi..

Anum said...

apa pun kita kena berbalik kepada agama