edDy sYrOl

Sunday, December 4, 2011

Telan Kegagalan

kehidupan itu umpama menempuhi pelbagai laluan yang penuh persimpangan. malah, dipermulaan langkah kita juga tidak pasti apa yang ada di hujung jalan yang kita pilih. adakah jalan yang kita pilih akan membawa kita kepada lorong yang di hujungnya terdapat sungai yang menyejukkan dahaga tekak yang keletihan ATAU membawa kita kepada cenuram yang sangat dalam dan berbahaya.

namun, hal ini bukan bermakna kita perlu rasa takut. sedangkan dalam hidup ini Allah swt telah menciptakan pelbagai kebahagiaan di sebalik apa sahaja kesulitan yang menimpa. malah, percayalah di sebalik kesulitan itu tidak pernah wujud derita. derita itu wujud apabila kita tidak yakin kepada ketentuan Allah swt. sedangkan derita itu mewujudkan kemanisan, salah satunya kemanisan mengingati Allah swt. bukan senang kita mampu berlembut hati untuk sentiasa mengingati Maha Pencipta.

kegagalan? satu perkara yang wajib kita tempuhi sebagai seorang manusia. aku yakin, setiap manusia di dunia ini pernah melalui sekurang-kurangnya sekali kegagalan. rasanya semua orang takut pada kegagalan. umpama sebuah mimpi buruk yang menjadi kenyataan. perit, pahit, sakit.

adakah kegagalan perlu disulami dengan tangisan. andai sekali sahaja kegagalan berlaku, maka sekali sahaja tangisan itu menghiasi diri. tapi, bayangkan andainya kegagalan yang datang 10000 kali, adakah kamu ingin menangis meratap untuk 1000 kali juga?

memang, kegagalan itu pahit untuk ditelan. lebih pahit daripada hempedu. apalah sangat hempedu jika dibandingkan dengan remuknya hati dan impian akibat kegagalan. malah, kegagalan boleh menyebabkan luka yang sukar disembuhkan dalam waktu yang singkat. sangat sukar. mungkin mereka yang tidak biasa menghadapi kegagalan akan beranggapan kegagalan yang hadir menjengah sisi hidupnya bagaikan tsunami yang menghentam ketenangan dan keharmonian hidup.

namun, bagi kita yang sudah biasa menghadapi kegagalan, kegagalan adalah makanan kita. untuk apa berasa sedih. memang, sedih itu fitrah, tapi jangan sampai memakan diri. bangkitlah dari kegagalan. tiada yang mampu membantu diri kita andainya kegagalan itu menjadi duri yang setia menusuk tangkai hati. teruskan berjalan. biarpun langkah kita perlahan. biarpun rentak kita tidak sama dengan yang lain. teruskan sahaja langkah itu. asalkan kita temui kemenangan yang pastinya melakar sejarah terbaik dalam hidup kita.

*
*
*
*
*
*
*
*
*


hadapilah semuanya dengan senyuman. senyuman akan mententeramkan hati kita. bukan salah menangis, tapi menangislah untuk perkara-perkara yang lebih bermanfaat. senyumlah dalam tangisan, bagaikan sebuah senyum kebahagiaan. jadikan senyuman sebagai ubat, sebagaimana tangisan juga sering menjadi penawar kegusaran.

hari ini kau gagal, mungkin esok kau akan gagal lagi, malah mungkin kau akan terus mendepani kegagalan. tetapi yakinlah, dalam perjalanan hidup yang kau lihat penuh dengan kegagalan, Allah swt pasti menyelitkan kejayaan tanpa kau sedar sedikitpun. biarpun kecil, itu adalah anugerah. hargai anugerah yang kita terima. hargai..............

p/s: hujan yang mendamaikan. berdoalah tanpa henti, dalam jaga dan lena mu (~_~)

4 comments:

iAmCekbolat said...

jgn nges T^T
cekbolat pon sdeyhh .. Y^Y

hawiz said...

baguslah...terus bgn..jgn give..insyaALLAH...pray 4 u

Joe_Hans said...

saya pown takowt kegagalan!!!

Zuwairi said...

dan anggaplah kegagalan itu bukan satu kesalahan.. malahan patut bersyukur kerna ujian tersebut memberikan seribu pengalaman dan pengajaran supaya kita dapat memperbaiki diri dan secara tidak langsung dapat bangkit semula agar kegagalan itu tidak berulang lagi.. peace eddy!!