edDy sYrOl

Friday, January 20, 2012

Bapa Borek Anak Rintik

Gambar Hiasan

Pernah tak dengar Pepatah BAPA BOREK ANAK RINTIK. Eh... betul ke pepatah?ke peribahasa? hehehe... mana-mana lah ya. like father like son. itu omputihnya. ok cukuplah mukadimah ini dah cukup panjang ye dak?

hari ini aku terasa nak ekspresikan pendapat. tadi terdengar seorang hamba Allah ni cakap "budak ni mesti kena pantau, mulut dia boleh tahan. kadang-kadang suka merendah-rendahkan orang lain". FYI, budak yang dimaksudkan itu baru berusia 6 tahun.

Secara tidak langsung bila hamba Allah ni cakap macam tu, aku terus terfikir siapa bapa budak ni eh? hah...!! aku ingat bapa dia. terus otak aku scan bapa dia ni atas bawah depan belakang luar dalam. hebat tak? ngeh3x. alkisahnya aku kenal lah juga dengan ayahanda budak ni. seorang guru sekolah rendah. dan kebetulan berjumpa dengan si ayahanda ni somewhere. aku amati cara ayahanda ni bercakap. siap dalam kata-kata dia ada perkataan lahanat bla bla bla.

baiklah, aku nak tanya korang la ye hadek2, kalau budak-budak ni kita ajar dua jenis perkataan.
1. perkataan baik baik belaka/sopan
2. perkataan tak baik/tak sopan

pada pandangan korang, mana satu yang mudah melekat dalam minda buadak2? 90% aku cakap dengan kaw kaw sekalian bahawa budak2 akan lebih mudah ingat perkataan tak baik. kenapa?itu aku tak tahu pula. so, bila kita sebagai orang dewasa, apatah lagi ayah ibu kepada anak-anak yang shomelll, apakah wajar untuk kita menuturkan perkataan yang tak elok di hadapan anak-anak? cuba kaw jawab (touching jap). sikap kita sebagai orang dewasa akan secara langsung mempengaruhi sikap anak-anak. walaupun pokcik eddy takde anak kandung lagi, tetapi anak menakan dah bersusun juga. so, pokcik dapat lihat lah bagaimana sikap ibubapa kepada anak menakan pokcik ni memang mempengaruhi sikap anak-anak mereka. yang baik, yang tak baik, yang positif, yang negatif semua pokcik boleh nampak.

jadi, tolonglah risaukan perkembangan anak-anak. jangan sebab kita sombong menganggap sikap kita ni dah baik sangat, sampai jadi tahap lupa diri, dan sikap tu pengaruhi pada anak. macam harta pula kan? boleh main turun temurun. tapi, hal ini realiti guys. jangan ambil mudah. sebab itu dalam Islam ada konsep muhasabah diri. kita cermin diri kita, imbau kembali apa yang dah kita buat. bila kita selalu muhasabah, InsyaAllah kita akan dihindarkan daripada pengaruh sikap2 mazmumah.

Sedikit perkongsian: Sabda Rasulullah SAW: “Dan barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia mengatakan perkara yang baik atau diam.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

bertapa pentingnya menjaga tutur kata/lidah yang mana setiap apa yang kita katakan itu, sebenarnya menggambarkan sikap kita. jangan kerana lidah kita yang tidak menuturkan perkara yang tidak elok, maka tempiasnya terpalit kepada anak-anak kita yang masih polos.

p/s: muhasabah diri kita (~_~)

4 comments:

iAmCekbolat said...

hrap ank2 nnt xmcm tuh..

hyz said...

hamboi.... scan bapak budak atas bawah luar dalam segala. bahaya.. erk!!!

hawiz said...

ouh...ntah laa...diri saya sediri pon xbetol encik eddy..hihi...kan3..tp mmg kene pntau la sikit..kot2 nnti xterkawal..ehh..ape nih..haaha

Unknown said...

btol3.. dari kecik saya tak pernah ckp tak terus.. sbbnya ayah ibu ajaq ckp perkataan yg btol.bkn ajaq ckp tak terus.. :D