Tarikh : 14 Januari 2012
Tempat: Perkarangan Masjid Jamek Kg. Taun Gusi, Kota Belud, Sabah.
Masa: 8.00am - 11.30am
Anjuran: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kota Belud dengan kerjasama Jawatan kuasa Masjid Jamek Kg, Taun Gusi.
Majlis ini dirasmikan oleh En. Abdul Gari Hj. Itam, Pegawai Daerah Kota Belud merangkap Pengerusi Badan Dakwah Daerah. [gambar di atas]
Ustazah Suraya (JHEAINS) selaku ahli panel menerima cenderahati daripada YDP ABIM Kota Belud, En. Abdul Adis Abdullah.
Prof. Madya Dr. Arsiah Hj. Baharom, Dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, UMS juga menjadi salah seorang ahli panel, yang satu-satunya bukan berasal dari Kota Belud.
Ustaz Melih Bidin (Guru) turut memeriahkan pentas forum.
forum yang membawa tema "terdidik wanita terdidik ummah" ini sememangnya sangat menarik. dengan ahli panel jemputan yang cukup berwibawa menambahkan lagi kehangatan forum. walaupun diadakan dalam suasana sederhana, program ini telah berjalan dengan baik. walaupun sasaran hadirin tidak mencapai target, namun dalam sesebuah majlis ilmu kita biasa mendengar "kualiti lebih penting dari pada kuantiti". Semoga hadirin yang turut serta telah memperolehi manfaat daripada program ini.
di sini disediakan sedikit sorotan sesi forum yang berlangsung.
ingatlah bahawa "wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah". maka para wanita diluar sana perlu tahu mereka ini sebenarnya telah diciptakan sebagai makhluk yang menghiasi dunia. maka, mereka perlu tahu ciri-ciri atau maksud kepada perkataan "hiasan" itu sendiri. hiasan bukan barang tontonan. tapi wanita merupakan umpama perhiasan yang berharga yang perlu disimpan dengan rapi.
analoginya : Anda ada permata. permata disimpan di dalam kotak, dan kotak itu berkunci. kotak disimpan di dalam almari, dan almari itu dikunci. almari terletak di dalam rumah, dan rumah dikunci. rumah terletak di dalam pagar, dan pagar berkunci. inilah ibaratnya wanita. umpama hiasan yang sangat dijaga keselamatannya.
p/s: Terima kasih mama kerana melahirkan saya (~_~)
2 comments:
forum wanita ..tapi nmpk mcm laki yg ramai.hehe
betul2.. wanita sememangnya hiasan dunia.. :p
Post a Comment