edDy sYrOl

Wednesday, January 25, 2012

Jika Ingin Difahami

Aku yakin, semua manusia yang hidup melata di muka bumi ni mahukan manusia lain memahami diri mereka, memahami prinsip mereka, memahami kehendak mereka, dan memahami apa sahaja sisi hidup mereka.

Tapi kadang-kadang kita lupa. Dalam kita mahu orang lain memahami kita, kita lupa untuk cuba memahami orang lain. Ini namanya selfish. Mementingkan diri sendiri sehinggakan lupa akan peranan mereka terhadap orang lain. Sebenarnya, jika kita mahu orang lain memahami diri kita, terlebih dahulu kita perlu berusaha untuk memahami orang lain. Sebab, kadang-kadang orang lain sudah cuba memahami diri kita, tetapi oleh kerana sikap kita sendiri yang mementingkan diri sendiri menyebabkan kita tidak menghargai sikap orang lain terhadap kita yang selalu cuba memahami diri kita. Akhirnya, yang ada di dalam kotak fikiran kita ialah "orang lain tidak faham kita".

Cuba amalkan dari sekarang sikap cuba berusaha untuk memahami orang lain. Jika kita amalkan sikap ini, kita akan lebih menghargai orang-orang di sekeliling kita. Selagi mana kita tidak cuba memahami sikap orang lain, janganlah kita bermimpi untuk berpuas hati dengan layanan dan sikap orang sekeliling kita. Kita akan terus hanyut dalam dunia negatif lagi dan lagi dan lagi.

p/s: tak faham dengan sikap kaw *tetibe =.='

6 comments:

Awie Omar said...

hidup bermasyarakat kena saling hormat menghormati.
http://awieomar.blogspot.com/2011/04/10-sebab-kenapa-aku-buat-spot-check.html

hyz said...

pening la ayat. berbelit2. hahah kat perenggan 2 tu ha...

Unknown said...

even mcm susah nk faham ayt awak tu..tp iqa rse semuanya tertulis dan tersingkap dr hati yg ikhlas

PemilikCahaya said...

betol tu eddy..aku pon salah sorg org yg selalu harapkan org lain fhm aku, tp aku jarang cuba phm dorg yg akhirnye selalu berakhir dgn pertelingkahan dan masa tu aku trfikir kenapa dorg susah sgt nk fhm aku? pdhl aku yg x cuba phm dorg..btw, nice word

Unknown said...

tak faham dengan sikap kaw *tetibe =.='

okay! tak paham tak apa!

nii makan dia kang! pang!
:))

vendoline said...

mcm ni la dunia..manusia mudah lupa.haha mcm dunia blog gak...nak org lawat kita, jgn lupe lawat org gak