edDy sYrOl

Friday, April 27, 2012

Contest Review dan promo Nota Hati



Sesuatu yang sangat hebat apabila mengetahui Nota Hati baru sahaja berada di arena laman sesawang tidak lebih dari sebulan iaitu bermula pada 1 April 2012. Apa yang hebat ialah Nota Hati telah memiliki pengikutnya tersendiri kerana content yang dimuatkan cukup lengkap untuk para viewers.

Nota Hati mengetengahkan isi kandungan yang berkaitan dengan sisi hidup manusia dari hal berkaitan lelaki, wanita, perkahwinan, motivasi, agama, masakan dan sebagainya. Hal ini menjadikan Nota Hati sebagai satu website lengkap untuk panduan semua. Nota Hati juga menjadikan beberapa majalah terkemuka di Malaysia sebagai sumber rujukan bagi menjadikan isi kandungan yang dimuatkan adalah seiring dengan tuntutan semasa masyarakat dan pembaca.

Dalam aspek template, Nota Hati memilih warna utama putih serta top side berwarna warni dimana apabila seseorang melawati laman ini, memang cukup menarik minat. Side bar juga disusun dengan rapi dan memperlihatkan admin mengutamakan unsur kemasan yang baik. Ruangan komen di bawah tiap entry memang berpadanan dengan sebuah laman informasi seperti ini kerana ianya boleh menarik pengunjung memberikan buah fikiran bagi menambah baik lagi isi kandungan Nota Hati di masa akan datang.

Secara peribadi, saya merupakan seorang individu yang sangat suka dengan website atau blog yang menampilkan isi kandungan berbentuk motivasi. Diharap agar admin Nota Hati akan memperbanyakkan lagi pengisian berbentuk motivasi. Saya juga percaya bahawa ramai masyarakat celik IT di luar sana yang memang inginkan satu laman web yang boleh menjadi sumber rujukan mereka dalam pelbagai aspek kehidupan, maka kewujudan Nota Hati adalah sangat tepat untuk semua.

P/s: Jemput singgah ke ------> NOTA HATI dan jangan lupa click SINI.

4 comments:

hawiz said...

wahhh....good luck!

eddy syrol said...

tinkyu... huhuhu

WebRosak said...

Kesini dari NotaHati.

thanks sbb join contest kami dan memberikan review yang sangat baik :)

insyaAllah kami akan memperbanyakkkan lagi artikel mengenai motivasi. buat masa ini kami belum ada penulis yang betul2 penulis dan akan datang kami akan mengupahnya sebagai staff kami untuk menghasilkan artikel yang lebih berkualiti setaraf majalah :)

eddy syrol said...

tengah mencari kah?