edDy sYrOl

Tuesday, September 4, 2012

Bersyukur 100%



Semalam merupakan hari yang agak mengejutkan aku. Seorang rakan FB dan juga seorang rakan blog telah membuat pengakuan yang sangat jujur pada aku. Dia ada HIV +VE.

Terkejut, sebab at the first place dia boleh dikatakan seorang yang sangat ceria. Once dia cakap yang dia dah kena that virus since 2009, aku lebih terkejut. Terkejut bukan sebab apa, sebab how strong dia hadapi situasi kesakitan yang bukan semua boleh nampak. kaw tahu kan, bila kita sebut tentang HIV, most of human in the world akan tahu yang HIV is just like "menyusahkan" masyarakat. Hakikatnya, hanya Allah yang tahu apa yang penghidapnya tanggung. Aku kagum dengan kekuatan yang kawan aku kumpul untuk teruskan hidup di bumi Allah ini.

Aku harap kawan aku tu tahu bahawa Allah itu maha mengasihani. Aku tak boleh bagitahu apa hikmah di sebalik dia diberikan penyakit tersebut. Siapa aku yang kurang ilmu ni untuk mengandaikan. Cuma yang aku boleh kata, pasti janji Allah itu hanya memberikan yang terbaik untuk hamba-hambaNya yang menyayangi-Nya.

InsyaAllah, dalam diri aku malah dalam hati aku, tak ada sekelumit pun diskriminasi kepada kawan aku ni. Siapa aku nak diskriminasi manusia lain. Even nak diskriminasi makhluk lain selain manusia pun aku takde hak.Bukankah manusia itu dibekalkan dengan kasih sayang. InsyaAllah aku akan selalu ingat beliau dalam doa.

Bersyukur kita yang tidak ditimpa musibah seperti ini. Bersyukur kita Allah masih memelihara diri kita. Tapi, bagi mereka-mereka yang menghidapi penyakit yang sama dengan kawan aku, harap mereka tidak berputus asa dengan nikmat Allah. Selagi nyawa masih bersisa, maknanya Allah masih memberikan peluang. Siapa tahu, tiba-tiba Allah sembuhkan anda. Percaya pada kuasa Allah yang tidak terjangkau oleh manusia. Tabahlah menghadapi dugaan. Kuatkan semangat, kentalkan kepercayaan kepada Sang Pencipta. InsyaAllah kamu dan kita semua akan baik2 sahaja.

p/s: sedih tapi gembira kerana kawan percayakan saya.

5 comments:

Unknown said...

Ujian Allah menandakan Allah sentiasa ingat hamba-Nya... Sabar meningkatkan lagi darjat hamba di sisi-Nya...

hawiz said...

hurm..moga2 kwn pokcik lgi tabah hadapi...

Mohamad Fathi said...

Bila dapat ujian daripada Allah S.W.T... Kena lah sabar.. kerna yg maha esa nak menguji tahap kesabaran kita... =)

hazwan hairy said...

semoga beliau tabah lah weh....

vendoline said...

pesan kat kawan ko..be strong