edDy sYrOl

Thursday, September 27, 2012

Cita-cita Kita Zaman Sekolah

Sebut tentang cita-cita ni, memang zaman sekolah merupakan zaman kita nak jadi itu ini. Selalunya, tahun satu cita-cita lain, tahun dua cita-cita lain. so, kalau 6 tahun di sekolah rendah, enam kalilah cita-cita berubah. Itu kira ok lagi, ni kalau satu hari (waktu awal tahun sesi suai kenal), 4 guru masuk kelas tanya cita-cita, empat cita-citalah yang berubah.ye dak? tak ke sadis tu? hewhewhew....

sumber gambar: google

Aku pun dulu meme banyak sangat cita-cita.Waktu sekolah rendah lah. Waktu sekolah menengah cita-cita tu ada sedikit konsisten. Sedikit sahaja (maksudnya ada jugaklah berubah bagai). aku masih ingat waktu darjah 5, awal tahun biasalah kan ada sesi suai kenal PADAHAL dalam kelas tu memang kita dah kenal semuanya. Cuma cikgu cekgi saja yang tak kenal kita ye dak? So, pada ketika itu, guru yang masuk adalah Ustaz Z dan sure-lah mengajar Pendidikan Islam. Wahai Ustaz Z, dimanakah anda kini?

As usual, ustaz minta kami semua untuk berdiri sorang-sorang kemudian nyatakan nama dan cita-cita. Make it fast katanya. Kaw tahulah kan ramai murid dalam satu kelas. Kalau nak tanya nama, tarikh lahir, cita-cita hobby, makanan kegemaran bla bla bla tak ke mengambil masa satu jam lebih untuk 30 orang murid. Pada waktu tu aku duduk paling antara baring belakang, so memang aku dengarlah semua cita-cita rakan taulan ni.

Maka, tiba giliran aku. Dalam kepala otak ni memangfikir nak sebut cita-cita lain dari yang lain. Nak pilih guru orang dah ambil. Polis pun dah. Bomba pun member dah kebas. Saintis pun dah ada yang sebut. Maka dengan yakinnya, menyebut "cita-cita saya ialah angkasawan". Bila dengar saja perkataan angkasawan, pecahlah gelak seluruh kelas termasuklah Ustaz Z tu. demm..!! what so funny. Sampaikan ustaz Z siap cakap "Roket baru nak naik ke bulan, tiba-tiba jatuh mendarat dengan kepala kapal dahulu ke tanah". sadis sadis sangat ustaz Z tu.. =.=' 



Sebenarnya, dizaman pokcik sekolah dulu, impian untuk jadi angkasawan tu memang tidak pernah ada seorang pun yang terfikir. Mungkin juga menjadi angkasawan bagi kanak-kanak zaman kami adalah satu kemustahilan di negara ni. Malah ada antara kami-kami yang tak tahu pun apa itu angkasawan. Cuma anak-anak zaman sekarang sahaja yang dapat lihat masa depan sebagai angkasawan dengan lahirnya angkasawan pertama negara yo dak?



Sekarang, pokcik ada cita-cita sendiri. Kekal dan teguh. Well, masih belum tercapai tapi doa-doakanlah pokcik semoga cita-cita tersebut tercapai. Aminn...

p/s: marilah berusaha, berdoa dan bertawakkal

8 comments:

hawiz said...

saya sedang berusaha menukar cita2...hihi

Nursha said...

Kan kan kan??
tringt zaman budak2 dulu..
*even skrg pun msih budak*
banyak giler cita2..
tpi bila dh masa untuk make decision untuk pilih kerjaya..
tbe2 jdi blur..
then, tnya balik kat diri
"erk, apa cita2 aku dulu?"
huiish..

Unknown said...

hehe. angkasawan yerr. baguih naa :)

Awie Omar said...

INFO TERKINI – BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE
SISTEM UNDIAN untuk episod 4 telah dimulakan sejak jam 12 tengah malam 27/9/12. Ini kerana TUGASAN IMUNITI episod 3 tamat pada jam 12 tengah malam 27/9/12. Hanya 3 cadangan diterima sebelum masa yang ditetapkan. Cadangan cadangan dari peserta selepas jam 12 tengah malam 27/9/12 tidak akan diterima. Harap Maklum.
Keputusan TUGASAN IMUNITI episod 3
DEUX : 1 cadangan (Haz)
Senshi BurogÄ : 2 cadangan (Lokman, Adindanil)
Kumpulan Senshi BurogÄ menang IMUNITI. Manakala kumpulan DEUX dikenakan PENALTI.

Awie Omar said...

INFO TERKINI – BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE
Segala cadangan anda semua akan saya balas dalam entri B3:BR episod 4. Sabar ye :) Terima kasih atas cadangan dan pendapat anda semua.

eddy syrol said...

hawis: tekpe banyak cita2...pelan2 kayuh

aini: hehee...skrg dah capai tak?

ammelia: dulu r... :P

awie: info anda mengelirukan =.='

Anonymous said...

aku menjadi apa yg aku cita-citakan.

tapi setelah mencapainya ada sesuatu yg lebih sukar...

eddy syrol said...

rapunzeel: takpe, itu cabaran (~_~)hadapilah