Assalaamu'alaikum Semorang.
Sihat Kah? Harap semua sihat2 saja lah. Dalam keadaan jerebu melanda negara kita, harap semua hati2 ketika berada di Luar rumah. sila jaga kesihatan ya. Dekat sini, bacaan IPU tak seteruk di semenanjung. Maybe dalam sekitar 50 ke 60 kot. Less 100 lah. Kira masih ok, jarak pandangan pun masih releven. Maka, untuk teman2 yang berada di kawasan yang teruk bacaan IPU, sila pakai mask.
WHAT? Malu pakai mask? Tak hilang punya Henseum, jambu, jelita, comei kurang kalau pakai mask tu ya. Healthy first...
Harini pokcik langgar bucu kayu. Blatant hidunag aku luka Dan beradarah. Ok sedih, kesian hidung aku kan. Maka, minyak gamatlah disapu untuk menyembuhkan luka.
P/s: berparutlah wajah pokcik. Masih sayang pokcik tak? Kbai..!!!!!
edDy sYrOl
Sunday, June 23, 2013
Sunday, June 9, 2013
Pen Merah Pen Biru
Kalau dulu, warna pen merah dan pen biru menjadi debaran bagi pelajar sekolah. Dakwat pen merah pada kad kemajuan sekolah menunjukkan pelajar gagal. Dakwat pen biru (atau kadang-kadang hitam) menandakan pelajar lulus.
Dulu, yang guna pen merah guru saja. Pelajar guna pen biru. Sekarang pelajar pun guna pen merah, nak buat garisan pada buku bagi cantik.
Ada juga dulu, orang-orang yang sedang mabuk asmara berpantun ria. Pen merah pen biru, you marah i love you.
Tapi kan, adakah merah dan biru dulunya merupakan warna masa hadapan? Mungkin masa kini yang kita sedang lalui adalah rentetan dari si merah dan si biru.
sumber grafik dari google |
Pen merah dan pen biru menghasilkan warna berbeza. Warna merah dan warna biru. Masa depan kita juga berwarna. Dari satu kain putih bersih, dipalitkan warna yang berbeza-beza. Akhirnya timbul corak yang menjadikan siapa kita sekarang.
Tapi apa yang lebih menakutkan, apabila kita tidak pasti adakah corak yang terhasil adalah corak yang memberi makna, atau hanyalah satu corak yang sia-sia. Dalam satu penghasilan seni, tiada corak yang sia-sia. Tetapi bagaimana dengan hidup?
p/s: kita tidak tahu nasib kita, dan itu amat menakutkan.
Sunday, June 2, 2013
Weekend is Lovely
Assalamualaikum...!!
Hari ini hari ahad, aku rasa macam nak buat terjunan superman pulak dari atas bangunan Yayasan Sabah. Mesti nikmat...!! Grrrr
Inilah faktor kebosanan yang amat. Well, pokcik tak boleh nak merayap sangat sekarang ni. Kerja sedang berbaris menanti untuk diselesaikan. Perghhhh... kan bagus kalau ada PA, boleh tolong aku.
Sebenarnya entry ni pasal begini:
Jika kamu melihat kejayaan seseorang, apa kata kamu raikannya. Raikannya dengan memanjatkan kesyukuran atas kejayaan mereka. Mintaklah Allah permudahkan jalan hidup kamu supaya masa kamu akan tiba kelak untuk mengecapi kejayaan seperti mana orang lain.
Memang betul, satu perkata yang paling susah untuk kita lakukan dalam hidup adalah ikhlas. Ikhlas memberikan sesuatu, ikhlas membantu, ikhlas mendoakan. Ada yang mampu ikhlas, tapi dalam tempoh kiraan masa yang singkat.
Tapi, semoga kita semua ikhlas dengan takdir hidup kita yang telah ditentukan-Nya.
p/s: amin.... (~_~)
Subscribe to:
Posts (Atom)