edDy sYrOl

Saturday, February 19, 2011

lavender



siapa antara anda semua suka dengan lavender? korang tau tak lavender ni bukan sekadar wangi tapi memiliki manfaat-manfaat lain.

lavender sebenarnya telah digunakan sejak berkurun lamanya tau. manfaat lavender sebagai bahan yang memberi faedah kepada tubuh badan menyebabkan lavender menjadi antara bahan popular untuk beberapa produk.

ketika ini, lavender boleh kita temui pada produk untuk tubuh serta haruman ruangan / kediaman. kenapa lavender? kerana lavender boleh memerikan kesan relax dan santai kerana wangian lavender umpama aroma terapi yang mampu untuk menenangkan fikiran. bagi mereka yang sedang mengalami stress, ketegangan serta perasaan cemas, anda dinasihatkan untuk menggunakan haruman lavender. InsyaAllah semua ketegangan akan beransur kurang.

sebagai haruman mandian yang cukup mahsyur, korang boleh ambil lavender ni dan campurkan dengan air hangat. selain haruman yang memang hebat, ia juga menyihatkan kulit. korang tau tak, teh herba dengan campuran lavender dapat meredakan sakit kepala, skait sendi dan sakit otot. difahamkan lavender juga dapat mengurangkan kesan alergi, sakit tekak dan masalah kembung.

korang tau tak, kalau nak tidur dengan haruman lavender akan lebih menyebabkan tidur anda lebih lena kerana aroma lavender yang menenangkan. difahamkan kalau ada masalah tidur, bolehlah anda menghidu sedikit aroma lavender ataupun untuk kesan tidur yang baik, semburkan sedikit haruman lavender pada bantal, InsyaAllah tidur anda akan lena :-)

p/s :- aku mat lavender ...hehehehhehe

3 comments:

aqim said...

wow!!
mat lavender gak rupenyer..
samelah..:)

eddy syrol said...

same ek? yey!!! ada geng!

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

uihhhhh sorry lama sungguh tak ziarah sini kesibukan yang teramat sekarang ni.... sorry

lavenderrrrr yupppp harummmm..Lavender Rose A lavender rose is a symbol of "falling in love". aya sampai sekarang masih sering pakai sabun bau harumnya ... Lavender,