edDy sYrOl

Monday, October 17, 2011

breakfast : chopped eggs with potatoes


hahaha..gempak giler tajuk breakfast ni.. actually biasa je...

siapa pernah buat inti karipap? kira macam buat inti karipap lah ni...

bahan-bahan :
1.kentang
2.sebiji telur
3. seulas bawang merah
4. seulas bawang putih
5. dua ketul fishball
6. mee soo hoon (tak tau kalau eja salah ye)
7. perasa (garam+gula+apa2 yang berkenaan)
8. serbuk kari
9. cili hijau

cara buat :

panaskan minyak dalam kuali. kemudian, masukkan hirisan bawang merah dan bawang putih. jangan biarkan garing, masukkan hirisan fishball. bagi fishball masak dulu. kemudian, masukkan kentang yang telah di potong dadu. goreng bagi masak (sampai kentang tak keras mcm asal).

kemudian, masukkan hirisan cili hijau (sukatan ikut tahap kepedasan yang anda suka). goreng lagi. make sure, gorengan ini tidak garing. kemudian, pecahkan sebiji telur ke atas gorengan. gaul/gorengkan sampai sebati.. masukkan serbuk kari sedikit, dan kemudian perasa secukupnya. akhir sekali, masukkan soo hoon (yang telah dicelur dalam air putih).

dah siap..!! sebenarnya sesuai dimakan dengan bread. tapi, oleh kerana aku takde bread, aku makan dengan biskut marie...hehehhee..mmg tak match lah...

p/s : selamat mencuba.. errkkkk =.=

3 comments:

haNIz said...

wa..
cam sedap je.. sket2!

athirah salleh said...

sedap tapi takde tempat nak masak. i kat hostel. huhuu.

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

best! boleh buat esok, karipap. karipap karipap cinta! hehe