malam ini, aku dengan gigihnya masak menu seperti yang bertajuk di atas. hohoho.. percubaan pertama kot. Daging Masak Sos Cili. sure pedas dol..
Bahan2:
1. cili merah dikisar
2. Bawang merah, bawang putih, bawang besar (tumbuk halus.kalau malas sangat sila kisar yaw)
3. Sedikit halia dan buah keras (tumbuk sekali dengan bawang2 di atas)
4. jus asam gelugur
5. sos cili (apa2 jenama pun boleh)
6. sedikit bunga lawang (sikit je tau..sikit sgt2)
7. perasa yang bersesuaian dengan cita rasa
8. daging
kuantiti bahan2 di atas adalah bergantung kepada berapa banyak daging yang korang masak.err..i mean, berapa gram/kg..hehehe.
Cara Buat:
panaskan minyak, kemudian masukkan bahan2 yang dah ditumbuk tadi. tumis sampai naik wangi. masukkan bunga lawang pun tumis sampai wangi. masukkan juga cili merah ye. taknak cili merah fresh, cili boh pun boleh. bila dah nampak kekuningan dan naik bau, silalah masukkan daging. masukkan air secukupnya, juga sos cili. kacau sampai sebati. masukkan perasa dan jus asam gelugur. kacau lagi sampai sebati. pastikan daging benar2 empuk sebelum dihidangkan.
hiris daun bawang dan bawang besar sebagai hiasan. letak atas daging tu biar naik bau. kalau nak buh bawang goreng sekali pun boleh.
done..!! selamat makan.
p/s: sangat pedas ok.. perut oh perut... =.=
5 comments:
nampak asap, buih2 ngn kuah.. daging x nampak.. heheh
tu baru je di masak lah..hehehehe..air melimpah..nak bg daging empuk.
mampu tgk jer!! nak masak x reti..mintak sikit!
mai sini (~_~)
sedap la kot..
Post a Comment