edDy sYrOl

Wednesday, December 21, 2011

Perjalanan Hidup


sekali kita mula melangkah, jangan pernah terfikir untuk berpatah balik. betul ke? habis tu kalau kita melangkah ke jalan yang salah, takkan kita kena teruskan. maka menjawablah sebahagian manusia " takpe, teruskan saja. nanti ada simpang ke jalan yang benar, just turn left or right, either one ". begitu kah? fikir-fikirkan ye.

semalam adalah perkara yang boleh dianggap sebagai sejarah. adakah semalam merupakan sejarah hitam? ataupun melakar sejarah yang cemerlang? apa pun yang telah terjadi semalam, itu hanya sebuah sejarah. sejarah yang terkadang kita boleh banggakan, hanya dibanggakan. namun kita tidak pasti sama ada mampu untuk mengulanginya.

dalam hidup ini, kita sama ada sedar atau tidak, telah banyak menerima pemberian dari orang lain. segala pemberian itu menjadi tanda kasihnya seorang manusia ke atas manusia yang lain, kerana kasih mereka kepada Allah swt. tak terkecuali aku. sudah banyak menerima pemberian. tapi hari ini aku terfikir, mampukah aku membalas segala pemberian yang telah aku terima? risau.... sangat risau andai kata diri yang lemah ini tidak mampu melakukannya. walaupun, pemberian itu tidak memohon sekelumit balasan pun. aku cuma rasa mahu memberi.... semoga Allah beri peluang aku, dalam hidup ini... untuk memberi....

dijalan ini aku lalui. jalan yang sudah Allah swt tetapkan untuk aku. seperti mana manusia lain, yang sudah ada ketetapan jalan hidup masing-masing. menelusuri jalan dengan hanya sedikit kekuatan yang diberi pinjam. semoga Allah juga masih meminjamkan aku kekuatan, sedikit lagi... biar aku dapat terus berjalan lagi. aku belum sampai ke destinasi.... not even close. Bantu aku Ya Rabbi....

sekali kita mulakan langkah. pastikan kita melangkah dengan cermat. jangan sampai satu masa, kita akan menyesali langkah pertama itu. bila sudah tersalah arah, kita perlu bekerja keras, untuk kembali mengatur langkah dengan cermat....

p/s: Allah swt is always listen to you (~_~)

2 comments:

hawiz said...

ermm...menusuk kalbu entry ni..

amny said...

huuuuu... bila entry niii...sedih plak .. tapi tang tengok gamabr , macam do teringat awex je..kihkihkihh...

*gurau je :PP