edDy sYrOl

Sunday, April 10, 2011

kita SAHABAT selamanya


terpanggil untuk join sekali lagi contest dari cikgu sudir. so, siapa2 yang berminat SILA CLICK BANNER DI ATAS....

kita mulakan dengan Bismillah.... ini cerita tentang aku dan mereka. tiga orang sahabat setia yang selalu menjadi telinga, mata, dan mulut malah sudi menjadi deria kala suka dan duka aku...

* DONN

Budak yang berada di atas ini aku kenal waktu tahun satu dekat U lagi. Dulu aku tengok muka budak ni pelik saja sebab baru kenal kan.. Donn, please don’t kill me. Aku mula rapat dengan dia bila kami sama-sama repeat paper waktu tahun akhir (Donn, remember that moment..keh3x). so waktu tu kami jadi group member of 9 (if I am not mistaken) so we lead the group walaupun secara tidak rasmi dan tanpa rela..hehehe… BTW, aku dengan Donn bukan satu course, Cuma ada satu subjek teras sekolah (fakulti) yang kiteorang wajib ambil. Kiteorg satu sekolah (dekat U kiteorg fakulti di panggil sekolah). So from that time I asked so many things about that particular subject sebab Donn memang pakar lah dalam subjek tu. So kiteorang study sama-sama dan buat group assignment tu sama-sama. Aku rasa nak muntah bila fikir assignment yang Dr. Lim bagi. Really helpless…

Habis study, aku dengan Donn pernah jadi roommate selama seminggu lebih kot waktu kami bekerja. Dalam bilik sempit yang aku anggarkan panjang 3 depa lebar 3 depa itu (sangat sempit ok) kami tinggal bertiga. Rasa macam sardine on that time. Aku sangat rapat dengan Donn time ni lah. Banyak benda yang kami kongsi termasuk dengan sikap salah sorang roommate tuuuuu yang agak sengal.sorry to say lah, dia memang sengal sampai kami rasa serba salah tinggal dkt bilik sempit tu dan kami nekad keluar cari tempat tinggal baru. Walaupun kami terpisah jauh antara satu dengan yang lain, we both still keep in touch. Jumpa mesti karoks punya. Suara Donn sedap kalau nyanyi lagu-lagu tangkap leleh era 90-an dan dia suka nyanyi lagu dari seberang. Feeling2 dia…

*DIDI


Aku kenal rapat dengan dia ni sama juga aku rapat dengan Donn, waktu semester akhir di tahun tiga. Aku pun tak tahu kenapa tahun 3 baru aku kenal rapat dengan ramai orang dan hidup macam best sangat dekat U time tu. Ramai yang confuse kenapa aku rapat dengan dia, ramai yang anggap negatif. aku tidak kisah sebab janji Didi baik dan faham aku. Budak Didi ni selalu bawa beg galas warna merah dia, kecik je begnya…. Berkawan dengan Didi memang a lot of fun yang aku dapat. Dia ceria, suka buat lawak dan memang ngam kalau bab gossip (Didi it’s true..hehehhe). Didi satu course dengan Donn dan waktu aku rapat dengan dia aku selalu pinjam nota financial management dengan dia. Sampai sekarang ni aku belum bagi balik (Di, nanti aku return). Aku pernah jadi roommate Didi ni 1st waktu practical and 2nd waktu sama-sama kerja di YS,ZPBS. Susah senang bersama lah kiranya. I believe dia masih ingat waktu bilik sewa kami kena pecah masuk. Wallet Roxy dia kena kebas dan Laptop mini aku for sure hilang. Waktu itu meroyan habis aku, nasib ada Didi kalau tak mau jadi gila. Mahal tu laptop.

*SITI


Budak pompuan yang paling close dengan aku. Semenjak tahun 1 di U sampailah sekarang. First jumpa waktu pendaftaran U dia datang dengan mak ayah dia dan aku pun datang dengan mak ayah aku. Duduk satu kawasan perumahan waktu 1st year. Mula tukar-tukar number time aku jumpa dia dalam bas dan aku letak nama dia dalam HP as Siti Badin (keh3x). Badin tu sekolah menengah dia dulu (don’t kill me Siti). Kami satu course dan itu membuatkan kami tambah rapat. She always with me. Mana aku ada, confirm korang boleh jumpa dia, begitulah sebaliknya. Sampai ada orang ingat kami couple sedangkan mereka-mereka tak tahu budak Siti ni ada couple nuunnn jauh di sana. Malas fikir cakap-cakap orang kami buat bodoh jerk.. Sempoi sudah…. One of our Chinese girlfriend panggil aku boyfriend dan siti dia panggil girlfriend (sungguh salah faham yew).



Mengenali tiga orang insan yang cukup baik hati membuatkan aku rasa lengkap dalam hidup. Teman-teman yang baik, yang sanggup berkongsi suka dan duka bersama. Donn dan Didi sure masih ingat waktu kami sama-sama attend interview di salah sebuah bank. Dengan gigihnya escape kerja dan attend interview yang ntah apa-apa. Dengan yakin kami tau kami di-reject dan memang kami tidak minat sebab rupanya position yang ditawarkan memerlukan individu yang berkenderaan. Lucu tapi fun sebab itu pengalaman.


Kami semua bukan satu kepala pun. Tapi kami saling melengkapi. Suka usha2 barang baru (window shopping sambil gossiping) dan akan cari mcD bila berada di mall. Didi suka tabur garam halus banyak-banyak atas longgokan fries (dia kata sedap) dan aku pun terpengaruh dengan habit dia tu.


Siti selalu marah aku bila makan ice cube (sedap tu). Waktu aku masuk ward, dan keluar dari ward dia selalu nasihatkan aku jangan makan benda itu jangan makan benda ini. You are like my mother (@_~). Kalau aku sakit perut dalam kelas, mesti dia akan tanya “kau makan apa semalam?” . macam tau-tau aku bedal mee Maggie hehehehe.


Korang..!!! ingat cita-cita kita? Ingat impian kita? Ingat janji-janji kita? Terpisah jauh di mana pun kita, ingatan itu akan terus bersemi selamanya. Sekali bersahabat, selamanya sahabat. Donn dan Didi, ingat mimpi-mimpi kita? Kalau kita berusaha pasti mimpi itu akan menjadi kenyataan. Memang kita selalu bermimpi kan, mahu jadi itu mahu jadi ini, tapi doesn’t matter. Sekarang mungkin itu umpama mimpi, InsayAllah satu hari nanti satu daripada mimpi itu akan menjadi reality.

Dan….. korang mesti ingat yang sahabat itu akan selalu ada bersama kalian biarpun dalam kesusahan mungkin tidak dalam kesenangan. Walaupun tangan tidak mampu sampai menggapai jejari kalian semua, tapi doa aku, yang selalu dekat dengan kamu, akan semakin dekat dengan kamu.



~THE END~

P/S : nak tag semua member2 blogger yang di kasihi :-)

Saturday, April 9, 2011

contest : PENULIS SENJA TERAKHIR


Aku join contest penulis senja ni sebab aku nak menang dan for sure nak kongsi keghairahan menulis dan menghasilkan sesuatu karya.

sesiapa yang nak join sila click banner di atas.


EDDY SYROL mempersembahkan

SEWAKTU INGIN MEMILIH

Saiful memandang langit yang pekat. Malam ini tidak kelihatan sebutir bintang pun menghiasi dada langit. apatah lagi sang bulan, sejak semalam tidak kelihatan. Saiful menghembus berat nafasnya dan meregangkan otot tangan dengan melunjurkan tangan ke hadapan. Dari jendela bilik dia terus memandang langit pekat. Gelap. Kedengaran bunyi katak bersahutan dengan lagu sang cengkerik meraikan malam yang lembap setelah petang tadi hujan turun dengan lebat. Keluhan dilepaskan berat sambil jari tangannnya sibuk menarikan pen yang sejak dari sejam yang lalu tidak digunakan untuk menulis. Wajah ayah dan ibu silih berganti.

“Arghhhh… Ayah…. ,” tiba-tiba dia menyeru ayahnya dalam suara yang tertahan. Kisah semalam kebali menghantuinya.

* SEMALAM

“Alhamdulillah, ayah bersyukur dengan keputusan SPM yang kamu perolehi. Ayah yakin kamu boleh ikut jejak langkah abang Naim.” Tidak habis-habis Rustam memuji-muji anak keduanya itu. Sang istri hanya memandang gelagat sang suami sambil bibir tidak lekang dari menguntum senyuman. Jauh di sudut hati, dia amat bersyukur dengan kurniaan Allah atas kecemerlangan Saiful dalam keputusan SPM.

Saiful tersenyum tanpa putus. Dia amat bersyukur dengan kurniaan Allah padanya. Keputusan yang sama sekali tidak disangkanya. Memang dia bekerja keras untuk menandingi abangnya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Abangnya merupakan pelajar cemerlang ketika belajar di sekolah berasrama penuh. Cuma Saiful kurang bernasib baik tidak mencapai keputusan cemerlang ketika peperiksaan PMR. Namun usaha kerasnya berbaloi dan kini kecemerlangan miliknya.

“Lepas ni boleh lah Saiful jadi doktor kan?” Marlia memandang anaknya sambil tangannya tangkas melipat kain sebakul. Hatinya berbunga-bunga indah.

Saiful tersenyum sambil berpaling pada ibunya. “Epol rasa nak ambil kursus Penulisan Kreatif, tak kisah lah dekat mana-mana pun,” matanya bersinar-sinar memandang ibunya. Marlia memandang suaminya dengan pandangan redup. Rustam dengan pantas mengalihkan pandagan dari kaca televisyen tepat kepada anaknya.

“Penulisan Kreatif? Kenapa penulisan kreatif?” Rustam bertanya sambil mengerutkan dahi. Dia mengharapkan kata-kata anaknya itu Cuma sekadar gurauan.

“Epol minat bidang penulisan ni abah. Lagipun abah kan tahu Epol selalu menulis.” Kata-kata Saiful cukup yakin. Rustam dan Marlia saling berpandangan. Memang mereka akui Saiful gemar mengisi masa lapang dengan menulis puisi mahupun cerpen. Malah ada beberapa naskah novel telah dihasilkan. Paling membanggakan beberapa karya yang dihasilkan memenangi Anugerah Penulisan Remaja.

“Kenapa tak ikut jejak abang Naim? Tinggal dua tahun lagi selesailah pengajian master perubatan tu,” Rustam bertanya dengan suara yang agak mendatar namun cukup meyakinkan. Dia takut anaknya akan tersalah pilih bidang pegajian.

“Takkan Epol nak ikut apa yang abang Naim buat abah. Epol pun ada cita-cita Epol sendiri,” kata Saiful sambil memandang ibunya. Saiful tahu ayahnya kini sedang dalam keadaan protes. Berbeza dengan ibu yang selalu sahaja menyokong kehendaknya, asalkan tidak memudaratkan.

“Fikir baik-baik Mohd Saiful. Jangan ikutkan hati sangat. Fikir baik-baik.” Rustam lalu berdiri meninggalkan dua beranak itu di ruang tamu menuju ke bilik tidur. Saiful terdiam tunduk memandang hujung jari kakinya. Marlia sekilas memandang anaknya sambil menggelengkan kepala, lalu segera menyudahkan kerja.

*******************************************

Saiful mengeluh lagi. Dipandangnya jarum jam yang semakin mendekati waktu subuh. Kelicap burung semakin jelas kedengaran. Sungguh awal burung-burung tersebut bangun mencari kehidupan, entah apa jenis burung dia tidak tahu. Bertapa dia tidak mampu untuk melelapkan mata. Fikiran yang berkecamuk umpama dadah yang menjadikannya tahan ngantuk.

Saiful mencapai pen biru berdakwat cair lalu menulis sesuatu pada sehelai kertas A4 kosong tanpa garisan.

Engkau bebas sang burung

Jadilah apa sahaja, ibu ayahmu pasti gembira

Jangan kau mohon untuk menjadi manusia

Pasti kau akan sesal dengan rumitnya hidup kami


Wahai makhluk pencinta waktu pagi

Nyanyikan aku lagu semangat

Lagu merdu penghibur lara

Lagu indah penawar nestapa

Lagu tanpa kata namun penuh bersuara


Esok akan hadir seperti waktunya semalam

Namun cerita hari esok bukan seperti cerita semalam

Aku bimbang, dan aku tahu semua akan bimbang

Menghadapi hari esok seperti menanti hukuman gantung yang tidak tahu tarikhnya

Berdoa agar hadirnya cahaya

Bukan sekadar cahaya bahang mentari

Namun…. Mengharap cahaya itu datang dengan rahmat dari Yang Maha Memberi

Saiful memandang ke luar jendela. Hari masih pekat, azan subuh sudah berkumandang. Pen dibiarkaan berteleku di atas kertas yang sudah berisi tiga rangkap puisi. Saiful bingkas bangun untuk menunaikan kewajipan semua umat manusia. Dia pasti akan berdoa, berdoa semahu-mahunya agar benar dia tidak akan salah pilihan. Hidupnya, masa depannya.

Karya EDDY SYROl

nak tag :-

hawis

husna

naim


Friday, April 8, 2011

semalam yang eksiden

huaaaaaaaaa..... pagi ni cukup nice view dari rumah aku. matahari fuhhh...memancar..banyak vitamin D ni...

ohh, pasal tajuk entry aku yew? hohoho..smlm hari yang agak malang bagi aku derr... apa taknya..

1. kereta merah rosak tak boleh start. guna jumper baru boleh start. conclusion, mesti masalah dengan batry so pegi lah cas dekat bengkel. 3 jam derr... BTW, hari ni pun takleh start lagi.. bikin panas kereta ni!

2. sewaktu aku berjalan penuh keriangan menuju bengkel (time tu aku kekenyangan sebab baru pekena soto ayam + tea O ice baeekkk punya) sambil membawa surat khabar harian metro, aku ternampak seekor hanjeng yang juga sedang bz berjalan di bahu jalan. aku mmg tak suke hanjeng2 ni (kebetulan kat surat khabar harian metro ada kisah budak kene gigit hanjeng sampai telinga hampir putus).... agak trauma yew... aku dengan automatiknya cuba lah mengelak dari bertemu bahu dengan bahu dengan sang hanjeng.. tak tahu lah disebabkan apa, aku terjelepuk jatuh dekat bahu jalan itu di kawasan jalan raya yang memang banyak kereta lalu lalang (sebab ada round about)...demm...!! maka aku dengan yakinnya bangun semula dan menyapu segala kecelaan dan najis2 habuk yang melekat kat seluar aku. pandang kiri dan kanan, melintas jalan kemudian berlalu pergi. @_@ malu siiot... aku tengok hanjeng tu pun lari terkejut nampak aku terjelepuk.. nasib hanjeng tu tak gelak, kalau dia gelak sah2 aku lempang laju2....

kesannya, dua2 kaki aku melecet dan berdarah... memang sakit bila duduk tahiyyat derr... sabor je lah...

P/s : memang hari yang cukup panjang semalam... (~_~)

Tuesday, April 5, 2011

setiap hari berubah



setiap hari kita akan menghadapi perubahan. perubahan yang berlaku itu wujud sama ada kita sedar ataupun tak sedar. kadang2 perubahan yang berlaku itu sedikit sahaja, sebab itulah kita tidak sedar akan perubahan tersebut...

angin akan bertiup lain arah
bintang yang berkelip juga membentuk buruj lain berbeza
matahari kurang bersinar
bulan di litupi awan nano
ada garis baru pada bawah mata
bibir mula berat berbicara
lelah dengan hidup yang beranjau duri

semua akan berubah.... dan kita sebagai manusia kena menerima perubahan itu dalam erti kata fitrah seorang manusia dan hamba Allah swt...

Sunday, April 3, 2011

budak lelaki selalu ada, tapi aku TAKDE...

best tak tajuk? hehehe... aku nak citer la sikit apa benda2 yang budak lelaki zaman ni selalu miliki lah, tp aku tak ada pun benda2 tersebut..dan kenapa aku takde benda2 yang akan di nyatakan nanti... meh bace....

1. kasut, key chain, sticker atau ape2 barang berkaitan bola... aku memang takda..apsal ek? tak jantan lah ko eddy takde benda2 macam ni... ada aku kesah ke? dah aku tak suka main bola (sebab takda skill lah nak main bola) so takda benda yang menyebabkan aku perlu memiliki benda2 mcm ini...


2. cleanser for man... serius aku takda benda ni.. kan lelaki zaman sekarang jaga gak kesihatan kulit muka. asset tu derr.. aku takda sbb muka aku tak brapa nak biasa pakai pencuci muka bagai ni. aku akan pakai kalau memang muka rasa gatal sangat, itu pun kebas abang aku nyer..keh3x..

3. 10 helai seluar jeans... aku ada tak sampai 5 helai seluar jeans ni... mahal la seluar jean, apa lagi yang lawa. lagipun susah nak basuh seluar ni..aku pakai sekali sekala saja...

4. pics dedah dada sampai pusat.. keh3x... takde maknanya... alasan paling mudah untuk ini ialah sebab aku ni kurus giler.. so takde makna aku nak dedah tubuh badan ku. biasa yang dedah badan ni dak laki yang badan cantik dan rajin g gym...

5. chewing gum.. biasalah kan dak lelaki kadang tgh bersukan pun mkn benda ni. aku boleh mkn benda ni, tapi takleh lama sangat dan takleh kerap sangat. nanti rahang aku kejang... seyes cakap..

6. spek hitam... aku takde koleksi spek mata hitam derr... tp pic berspek itam blambak..keh3x... nape takde koleksi? sbb aku dah rosakkan banyak giler spek hitam... ~lalalalalala~

ni cuma sebahagian yang lelaki zaman ni ada yang aku takda...ada banyak lagi sebenarnya tp nanti lah share citer lain..

p/s : yang aku ada org takde ada tak? hayoo...

tiring

sangat penat ok...!

walaupun takde benda yang moving in my life, tp aku rasa penat dengan hari2 yang tak moving ni... dengan orang2 yang kadang2 menguji kesabaran aku...

p/s :- minta Allah swt kuatkan hati nurani aku.