edDy sYrOl

Thursday, August 4, 2011

Menu buka puasa


ini merupakan lontong. ini merupakan menu buka puasa kami semalam. as before, benda ni lah aku makan setelah habis solat tarawih.... tapi, after makan ni utk scond time aku sakit kepala. maybe sebab benda ni lemak giler..faham lah kan, lontong mcm mana.... tapi sedap.. tq kakak yg memang selalu masak sodap2...

p/s : harini ape lak ye... hihihihi (~_~)

wordless thursday #4


Wednesday, August 3, 2011

soto home made


ini merupakan menu berbuka di masak oleh akak aku nombor 2... soto.. ekceli aku admit yg soto ni ala2 semenanjung punya soto. kalau soto kat sabah, memang totally sup (kuah sup) dan mee hoon+ayam ke daging ke ape2 lah menatang yg nak di simpan dalam soto tersebut. so, ni aku rasa soto ala semenanjung lah, sebab ada nasi impit, ada ayam, ada begedil, mee su'un (tak reti nak eja dol) dan daun bawang + bawang goreng (basic untuk mewangikan soto). so, aku minum air laici kang sebagai air pertama..hehehe... time aku buka tudung saji, nampak banyak benor mangkuk dan pinggan, rasa mcm terlalu banyak juadah berbuka. MEMBAZIR..!! eh, salah... sebenarnya, yang banyak tu sebab akak buat soto, pinggan dan mangkuk tu ada isi ayam cincang, daun bawang,begedil, nasi impit, bawang goreng, sambal soto,kuah soto, dan mee su'un.. sebab tu nampak banyak.dah masuk sekali dlm satu mangkuk, takde lah nampak meriah pun..meriah semangkuk je..hehehe

o ye...pic pertama td takde begedil, ni ada..nampak tak di celah2 tu?hehehe...
ekceli akak aku buat banyak soto ni.. maka memang tak membazir sebab ini lah yang aku makan ketika berbuka, makan lepas solat tarawih, dan sahur td..best kan...mkn sup2 bdn jd sihat... (~_~)

p/s : harini akak masak lontong katanya... korang ape nak makan nanti? (~_~)

Suasana Ramadhan

nampak tak garis putih dlm kotak merah tu? comel kan..!!!! itulah burung yg telah meng-tahi-kan kereta aku cun2 dari udara, dan kebetulan waktu tu aku baru basuh kereta dgn tulang empat kerat ni..huhuhu..takpe, sabor..puasa kan... (pembetulan, kereta akak aku..aku pemandu sajork).


suasana mcm ni mmg sangat susah nak dpt kat sini kecuali ketika bulan Ramadhan..so aku sempatlah merasakan stress sedikit...waktu ni aku tgh ondaway nak beli satay ngan murtabak kat pasar malam, bukan bazar ok...akak aku ckp bazar tak best sgt.. #okbai!!

Segman : Singgah Sahur PucukandUbi


join segmen ni sempena bulan Ramadhan.. mungkin melalui segmen ini, kita akan dapat merasai kehebatan bulan yang penuh dengan kemuliaan anugerah Allah swt.... bagi sesiapa yang nak join, boleh click pada gambar di atas.

p/s : Selamat menunaikan ibadah puasa (~_~) hari ini hari ketiga

Ketinggalan


sepanjang perjalanan yang dilalui, menjadi manusia yang sering ketinggalan jauh dari masa.
Hari ini telah siang, menggantikan malam semalam.
Sering merasakan sebagai manusia yang ketinggalan, jauh dari masanya....

Sering melihat warna cerita manusia, mereka penuh suka duka malah nestapa.
Hari ini mencerlang penuh gemilang cerita sang manusia...aku baca....
dan masih merasakan sebagai manusia yang ketinggalan, jauh dari masanya...

Hanya mengatur langkah mengikut putaran minda. Berjalan dan terus berjalan.
Hari ini perjalanan itu masih diteruskan,biarkan mereka berlari kerana aku aman berjalan.
masih merasakan sebagai manusia ketinggalan, jauh dari masanya....

Bukan selamanya akan ketinggalan, mungkin juga tanpa sedar sebenarnya kau sudah mendahului masa. Tidak kau terfikir perjalanan itu memakan masa?destinasi juga bukan dekat sepandangan mata.
Jauh.... sangat jauh....
bukan ketinggalan,kejarlah....

Monday, August 1, 2011

BN youth job fair '11


...Assalamualaikum...
hari ni dah masuk 1Ramadhan dan juga dah masuk 1 ogos 2011. tak sangkat hari-hari kita berlalu dengan cukup pantas sekali. sangat pantas. semoga bulan Ramadhan kali ini menjadi penebus segala kekhilafan yang pernah kita lakukan, bukankah bulan ini merupakan bulan yang penuh keampunan,bulan yang penuh dengan pahala dan bulan yang penuh dengan kemuliaan yang di anugerahkan oleh Allah swt.

baiklah, sebenarnya nak share tentang tajuk entry ni. semalam iaitu bersamaan dengan 31 Julai 2011, aku abang aku, abg aku lagi sorang dan anak menakan pergi lah karnival kerjaya yang diberi tajuk BN YOUTH JOB FAIR '11. karnival ni diadakan di Sabah Trade Center, Likas, Kota Kinabalu. jika merujuk kepada iklan karnival ini, dijanjikan hampir 7000 pekerjaan kepada semua yang hadir. maka, besarlah harapan pokcik ni mana tahu ada yang sangkut. dah lama dah jadi jutawan anggur freelancer ni, nak juga cari kerja makan gaji.

sesampai saja di lokasi, semua manusia yang hadir kena mendaftarkan diri,dan akan diberi pelekat seperti yang ada dalam gambar. kalau takde pelekat ni, DILARANG MASUK ok. karnival ini berlangsung dari 29 (jumaat) hinggalah 31 Julai (ahad), so tiga hari lah berlangsung. kami semua boleh masuk ke tapak karnival pada pukul 10 am. hari terakhir nampak kurang memberangsangkan kehadiran anak2 muda ni (aku pun muda ok, super muda). mungkin dua hari lepas mereka2 ni dah balun datang sini.


memang ada banyak juga peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat2 terkenal. tapi for sure, kebanyakan kalau job fair lebih banyak penyertaan syarikat swasta berbanding kerajaan. dan, kalau diikutkan, semalam mcm takda sahaja milik kerajaan (kecuali SPA dan JTK yang boleh kita daftar online, bukan immediate vacancies), mungkin yang half gov+privet adalah aku tengok. namun, ada banyak booth yang takde penjaganya. kosong......................tapi nama company ada pula tertulis di situ. menurut member aku yang datang pada hari jumaat lagi (first day), telah dimaklumkan bahawa terdapat banyak syarikat yang tarik diri untuk join karnival ini di saat2 akhir (sumber tak sahih ye). mungkin sebab itu lah ada banyak sangat booth kosong,malah ada booth yang memang kalau company tu datang, akan menarik ramai pengunjung sebab company yang memang terkenal. mungkin juga ini gambaran, demand for vacancies is higher then supply,maybe super higher lah kalau di sini...

apa pun, aku ada apply dalam 5 kekosongan. cuma, semalam takde pula yang terus interview.buat penat aku meng-emsem-kan diri berbaju formal. ada pun casting pembaca berita RTM bahasa inggeris dan kadazan/dusun.

p/s : mereka yang gagal adalah mereka yang berhenti untuk berusaha (~_~) salam Ramadhan